Image by rawpixel.com on Freepik

Tahukah anda pada tahun 2021 dianggarkan kira-kira sebanyak 29 juta telefon pintar digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ia merupakan satu angka yang sangat besar.

Apa tidaknya, boleh dikatakan setiap individu dari usia remaja dan dewasa rata-ratanya pasti mempunyai satu peranti pintar ini.

Penggunaan telefon pintar banyak bergantung kepada bateri yang boleh dicas. Jadi tidak hairanlah budaya mengecas telefon sepanjang malam ketika tidur sudah menjadi satu perkara biasa dan normal.

MASKULIN percaya anda pun hampir setiap hari mengecas telefon pintar ketika tidur bukan? Namun adakah ia merupakan satu tindakan yang baik untuk bateri atau selamat untuk anda?

Cas Telefon Pintar Sepanjang Malam Ketika Tidur, Adakah Baik Untuk Bateri & Selamat?
Image by rawpixel.com on Freepik

Memilih waktu malam untuk mengecas telefon menjadi pilihan ramai kerana ia lebih senang dan mudah. Pada waktu inilah kita tidak menggunakan peranti tersebut kerana sedang tidur.

Tapi tahukah anda tindakan rutin seperti ini tidak elok untuk ‘kesihatan’ bateri anda untuk jangka masa panjang?

Ads

Menurut satu artikel dari cae-mate.com menjelaskan amalan cas telefon pintar pada waktu yang lama ketika tidur boleh menjejaskan prestasi bateri dengan cepat.

BAIK & BURUK

Perkara pertama yang perlu kita pertimbangkan ialah adakah amalan mengecas telefon pintar benar-benar tidak baik untuk telefon? Mereka menjelaskan jawapannya tidaklah begitu ringkas seperti kita sangka.

Sebagai contoh jika menggunakan pengecas tanpa wayar atau wireless charger. Apabila bateri sudah penuh pada tahap 100 peratus ia akan terus kekal pada angka itu dan ia tidak baik untuk kesihatan hayat bateri.

Cas Telefon Pintar Sepanjang Malam Ketika Tidur, Adakah Baik Untuk Bateri & Selamat?
Image by Freepik

Sesetengah telefon pintar akan berhenti melakukan pengecasan bila sudah mencapai tahap

Ads

Kebanyakan telefon pintar masa kini memerlukan hanya satu hingga dua jam sahaja untuk pengecasan penuh. Jadi jika dibiarkan telefon yantg sudah penh dicas pada pengecas ia tidak baik untuk bateri.

Telefon pintar secara automatik akan berhenti mengecas bila sudah penuh namun ia tidak akan terus kekal pada keadaan beigtu. Jika anda tinggalkan terlalu lama bateri akan ‘drain’ dan turut ke 99 peratus.

Jadi cara terbaik untuk pastikan pengecasan yang paling eifisien ialah mencabutnya segera selepas betul-betul penuh atau mencapai 100 peratus. Atau anda boleh sahaja mengecasnya ketika tidur dengan syarat bila tersedar pada waktu malam tutuplah plag atau alihkan telefon pintar dari pengecas dengan segera.

Ads

MASALAH BAKAL BERLAKU

Pengecasan berpanjangan walaupun bateri sudah penuh boleh menyebabkan berlakunya kepanasan melampau pada telefon pintar. Ramai pakar berpendapat salah satu cara untuk kurangkan suhu panas ini ialah melakukan pengecasan dengan mencabut dahulu casing pelindung.

Selain itu jangan sesekali meletakkan telefon yang sedang dicas di bawah bantal. Ia bukan sahaja membuatkan telefon menjadi lebih panas malah boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada anda.

Cas Telefon Pintar Sepanjang Malam Ketika Tidur, Adakah Baik Untuk Bateri & Selamat?
Image by Freepik

Faktor menggunakan kabel yang berkualiti juga memainkan peranan dalam pengecasan telefon. Sebagai contoh pada iPhone pastikan anda hanya menggunakan kabel pengecas yang mendapat pensijilan MFi (Made for iPhone).

Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI