Hadiah merupakan satu pemberian yang menggambarkan bagaimana hati dan perasaan kita sekali gus membuatkan penerima tahu kita benar-benar ikhlas dengan pemberian itu.
Namun begitu, selain daripada hadiah mahal serta mewah yang boleh dibeli menggunakan wang ringgit, ada hadiah-hadiah lain yang sebenarnya jauh lagi ‘berharga’.
Hadiah-hadiah ini juga akan dianggap sebagai pemberian terbaik dari seseorang kepada seseorang dalam hidupnya :
1. Hadiah terbaik untuk seorang guru : Penghormatan
2. Hadiah terbaik untuk seorang murid : Teladan
3. Hadiah terbaik untuk kematian : Doa @ Al-Fatihah
4. Hadiah terbaik untuk orang tua : Berbakti
5. Hadiah terbaik untuk isteri : Penghargaan
6. Hadiah terbaik untuk suami : Kesetiaan
7. Hadiah terbaik untuk anak : Pendidikan
8. Hadiah terbaik untuk diri sendiri : Kejujuran
9. Hadiah terbaik untuk Rasulullah : Selawat
10. Hadiah terbaik untuk sahabat : Doa
11. Hadiah terbaik untuk musuh : Pemberian maaf
12. Hadiah terbaik untuk kehidupan : Berkasih-sayang
13. Hadiah terbaik untuk orang tak dikenali : Senyuman
Sumber : Kisah Zakat Malaysia