Cara Untuk Elak Sembelit, Jika Dibiarkan Boleh Jadi Punca Penyakit Kronik

Share

Bayangkan anda sedang syok menyiapkan kerja di pejabat di mana tugasan itu perlu dihantar kepada bos secepat mungkin. Dalam tengah syok itu tiba-tiba anda rasakan perut tiba-tiba senak dan memulat.

Sembelit datang menyerang! Aduh, lecehnya!

Ya, kemungkinan besar apabila perkara itu berlaku anda sebenarnya berdepan dengan sembelit.

Apa itu sembelit?

Sembelit merupakan kesukaran membuang air besar yang boleh berlarutan selama jam, hari atau dalam kes lebih kritikal beberapa minggu. Dan jika anda memandang ringan dan mebiarkan masalah ini berlarutan ia mengakibatkan anda berdepan risiko dengan penyakit lebih serius.

Punca sembelit selalunya berlaku kerana cara pemakanan yang tidak sihat. Penting untuk mengambil makanan yang mengikut piramid makanan iaitu makanan yang tinggi dengan serat. Ia adalah salah satu daripada makanan yang penting dalam diet bagi membolehkan sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik dan memduahkan kelawasan perut.

Kes sembelit yang berlaku lebih dua minggu ke atas dianggap sebagai kronik. Atau jika sembelit berlaku dua atau lebih secara berulang dalam tempoh tiga bulan. Antara simptomnya ialah pembuangan najis kurang dari tiga kali seminggu dan pembentukkan najis yang berketul atau keras.

Selain itu, sewaktu proses pembuangan individu perlu meneran dan juga memerlukan jari untuk menekan perut untuk mengeluarkan najis.

Jika dibiarkan ia boleh menyebabkan individu mendapat penyakit yang lebih teruk seperti radang usus, kanser perut, kanser esofagus an kanser usus.

Kanser usus merupakan pembunuh kedua wanita selepas kanser payudara. Jadi cuba kawal supaya dapat mengelak daripada berlaku perkara yang lebih buruk. Di bawah merupakan antara beberapa cara boleh anda amalkan untuk elak sembelit.

Makan teratur

Setiap apa yang anda masukkan ke mulut dan badan itulah yang akan menentukan kesihatan. Pertama sekali minum air masak sehingga anda perhatikan air kencing berwarna agak jernih. Minum air yang mencukup boleh mengelakkan anda berdepan masalah sembelit. Selain itu anda harus lebihkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta pengambilan serat yang seimbang.

Bersenam

Kajian mendapati bahawa pemakanan yang kurang seimbang membantu anda untuk mendapatkan sembelit dan dalam masa yang sama jika anda tidak bersenam, perlawasan akan menghantui anda. Ini kerana senaman membantu untuk merenggangkan otot pada perut membantu perlawasan najis anda.

Tidur yang cukup

Dapatkan tidur yang mencukupi. Jika anda tidak mendapat tidur yang cukup ia boleh menyebabkan anda mendapat sembelit dan mengurangkan stres ketika proses pembuangan air besar.

Makan ubat melembutkan najis

Pelembut najis selalunya diambil oleh mereka yang baru sahaja melakukan pembedahan, ia mungkin mengambil masa seminggu atau lebih bagi julap tersebut berkesan.

Published by
Farizul Izwany