Kecantikan

Cara Trim Janggut & Jambang Di Rumah, Ikuti Langkah Demi Langkah Ini Agar Penampilan Kemas

Share

Apakah cara trim atau memangkas janggut dan jambang yang bukan sahaja boleh menjimatkan kos, tetapi juga memberi kebebasan untuk menyesuaikan penampilan mengikut citarasa peribadi.

Pertama sekali anda perlu yakin ia boleh dilakukan oleh anda sendiri. Paling penting kena tahu cara trim yang baik dan berkesan.

Dengan alat yang sesuai dan teknik yang betul, anda boleh trim atau memangkas janggut di rumah dan mendapatkan gaya yang diingini tanpa perlu ke kedai gunting rambut.

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk memastikan janggut anda kelihatan kemas dan bergaya.

Langkah 1: Sediakan Peralatan Diperlukan

Sebelum mula memangkas janggut, pastikan anda mempunyai semua peralatan yang diperlukan:

  • Gunting janggut atau pencukur elektrik: Pilih gunting dengan pelbagai panjang mata atau pencukur elektrik yang berkualiti.
  • Sikat janggut: Untuk menyikat dan mengasingkan janggut semasa pemangkasan.
  • Gunting kecil: Untuk mengemaskan kawasan yang sukar dicapai.
  • Minyak janggut atau pelembap: Bagi menjaga kelembapan dan kesihatan janggut selepas pemangkasan.
  • Cermin yang jelas: Pastikan pencahayaan mencukupi untuk mengelakkan kesilapan.

Langkah 2: Cuci dan Keringkan Janggut

Mulakan dengan membersihkan janggut menggunakan syampu janggut atau pembersih muka yang lembut. Ini akan menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan.

Setelah dicuci, keringkan janggut dengan tuala sehingga lembap. Elakkan memotong janggut yang basah kerana ia kelihatan lebih panjang, dan boleh menyebabkan anda memotong terlalu banyak.

Langkah 3: Sikat Janggut Anda

Sikat janggut ke arah pertumbuhan semulajadi rambut untuk memastikan tiada simpulan atau rambut yang kusut.

Menyikat janggut juga akan membantu menyerlahkan bahagian yang lebih panjang dan tidak kemas. Ini memudahkan anda untuk mengenal pasti kawasan yang memerlukan pemangkasan.

Langkah 4: Mulakan Pemangkasan Mengikut Panjang yang Diingini

Gunakan gunting janggut atau pencukur elektrik untuk trim janggut. Mulakan dengan panjang yang lebih panjang terlebih dahulu untuk mengelakkan kesilapan.

Fokuskan pada bahagian pipi dan leher untuk memberikan bentuk yang lebih kemas. Anda boleh menyesuaikan panjang alat pemangkasan untuk mendapatkan kesan ‘fade’ yang lebih rapi.

Tip tambahan: Sentiasa memangkas sedikit demi sedikit untuk mengelakkan janggut menjadi terlalu pendek. Anda sentiasa boleh memotong lebih banyak jika perlu.

Langkah 5: Bentuk Garis Leher dan Garis Pipi

Bentuk garis leher dengan mencukur rambut yang berada di bawah garis rahang, kira-kira satu atau dua jari dari tulang rahang.

Untuk garis pipi, anda boleh memilih untuk mencukurnya mengikut bentuk semulajadi atau mencipta garisan yang lebih tajam. Gunakan gunting kecil untuk kawasan yang lebih terperinci bagi mendapatkan kemasan yang lebih rapi.

Langkah 6: Kemaskan Misai & Rambut Halus Lain

Jangan lupa memangkas misai jika anda memilikinya. Pastikan ia tidak melebihi garisan bibir.

Gunakan gunting kecil untuk memotong rambut halus di sekitar mulut dan hidung. Ini akan memberikan penampilan yang lebih bersih dan kemas.

Langkah 7: Sikat dan Semak Sekali Lagi

Setelah memangkas, sikat janggut sekali lagi untuk memastikan semuanya kemas dan panjangnya sekata.

Lakukan pemeriksaan akhir di hadapan cermin untuk memastikan tidak ada bahagian yang terlepas. Anda boleh melakukan pemangkasan kecil jika masih terdapat rambut yang tidak sekata.

BACA: Warnakan Janggut Dengan Inai? Ini Hukumnya Mengikut Sunnah Rasulullah

Langkah 8: Gunakan Minyak Janggut atau Pelembap

Langkah terakhir ialah menggunakan minyak janggut atau pelembap bagi melembutkan dan mengekalkan kelembapan janggut.

Ini penting untuk mengelakkan kulit menjadi kering dan gatal. Pilih minyak janggut yang berkualiti untuk memberikan kilauan yang sihat dan menambah wangi pada janggut anda.

Semoga tip grooming MASKULIN kali ini dapat membantu anda tampil dengan gaya lebih hebat dan kacak. Selamat mencuba!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim