Memulakan tahun baru dengan melakukan perubahan kecil terhadap gaya hidup seperti menghentikan pengambilan gula dan memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membawa perubahan yang besar kepada kesihatan.
Tabiat berkenaan jika dilakukan secara konsisten selama tiga minggu tanpa henti, secara automatik mampu menjadi rutin harian yang akan berkekalan ke hari, bulan atau tahun seterusnya.
Selain itu, kajian lain melaporkan 45 peratus rakyat Malaysia dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Malah, kajian berkenaan turut mendedahkan 48 peratus rakyat Malaysia dewasa mempunyai paras kolesterol tinggi atau hiperkolesterolemia manakala 18 peratus orang dewasa di negara ini menghidap diabetes.
Tabiat pemakanan tanpa pengambilan buah dan sayur dalam jumlah mencukupi juga dikaitkan sebagai punca kepada masalah kesihatan berkenaan.
Hasil kajian menunjukkan individu yang memakan lebih banyak sayuran hijau dan buah mempunyai kerentanan (kekurangan imun terhadap penyakit) pada kadar antara lima dan 12 peratus lebih rendah terhadap kanser.
Berat badan ideal
Bagi membantu menurunkan dan mengekalkan berat badan ideal, ikut cara ini!
Ads
1. Menetapkan matlamat dan azam khusus yang mampu dicapai
Perubahan gaya hidup yang mampu dicapai boleh membawa kepada hasil yang mampan dan berpanjangan berbanding diet secara bermusim atau ‘terikut-ikut’ rakan.
Jangan berkata, ‘saya ingin sihat’, sebaliknya memasang azam dengan ‘saya akan berjalan selama 30 minit sehari’ atau ‘saya akan meletakkan kenderaan lebih jauh dan berjalan ke pejabat’.
lMulakan dengan membuat pilihan makanan sihat sekali sehari. Pilih makanan yang lebih menyihatkan sama ada untuk sesi makan tengah hari atau makan malam.
Jika boleh hentikan pengambilam makanan bergoreng ketika makan tengah hari atau mengelakkan minum air manis dan bergula pada salah satu sesi makan dalam sehari.
Misalnya, menggantikan air bikarbonat dengan air kosong pada salah satu sesi makan kerana ia boleh membantu mengurangkan sekurang-kurangnya 150 kalori dan kira-kira 10 sudu teh gula dalam tempoh sehari.
Ads
Mulakan sasaran sekali seminggu. Contohnya, mula mengikuti kelas yoga sekali seminggu atau menyediakan sendiri bekal makan tengah hari sekali seminggu.
2. Melakukan perubahan kecil terhadap gaya hidup
Tambahkan buah-buahan dan sayuran ke dalam pemakanan, pergi ke lokasi berdekatan dengan berjalan kaki, menaiki tangga dan bukan lif atau meletakkan kereta lebih jauh dari pintu masuk bagi membolehkan anda berjalan.
Pembentukan tabiat ini lazimnya memerlukan amalan selama tiga minggu.
Ads
3. Segera bertindak dan tingkatkan kecergasan
Pengurusan berat badan adalah hasil daripada pemakanan dan senaman yang seimbang. Perlu diingat anda hendaklah membekalkan otot dengan protein dan nutrien penting untuk pemulihan selepas latihan fizikal.
Jika tidak mempunyai banyak masa terluang, boleh cuba melakukan senaman mencangkung (squat) dengan bersandar di dinding ketika menonton televisyen atau di tempat kerja.
Latihan senaman itu boleh meningkatkan stamina, menguatkan otot teras dan membantu kita menjadi lebih fokus dalam menyiapkan tugasan.
4. Kekalkan pemakanan seimbang
Pemakanan seimbang merangkumi buah dan sayur, bijirin tulen serta bahan makanan yang mengandungi protein yang boleh membantu anda mengekalkan tenaga di samping mengurangkan selera makan.
Anda akan dapat mengurangkan pengambilan makanan dengan ketara jika mengetahui saiz hidangan yang perlu diambil agar tidak berasa lapar dan bukannya kenyang semata-mata.
Strategi pengawalan saiz hidangan makanan termasuk menggunakan pinggan yang lebih kecil, mengambil makanan sendiri di dapur berbanding menghidangkannya di atas meja dan mengambil makanan gantian seperti bancuhan protein, bar protein atau makanan sejuk beku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ini la yang dinamakan hobi hingga ke akhir hayat, seorang lelaki yang meninggal dunia tidak dikebumikan dalam keranda, sebaliknya mayatnya diletakkan dalam kereta. Mungkin kita sering mendengar tentang wasiat yang ditinggalkan seseorang sebelum meninggal dunia. Tapi wasiat yang ditinggalkan oleh lelaki ini memang betul-betul rare.
Dalam kejadian di utara China, tindakan ini dilakukan kerana wasiatnya, menurut laporan.
Menurut laman web Kankan News, Qi, seorang lelaki pencinta kereta dari bandar Baoding, wilayah Hebei telah meminta dirinya dikebumikan di dalam kereta jenis Hyundai Sonata berwarna perak miliknya, apabila dia meninggal dunia, laporkan laman berita Sohu pada Rabu.
Dalam video yang disiarkan di Weibo, kereta itu kelihatan digantung dengan tali sebelum perlahan-lahan diturunkan ke dalam lubang kubur yang besar dari saiz biasa.
Penduduk kampung hanya menyaksikan upacara itu, dengan beberapa orang daripada mereka membantu menahan kenderaan itu ketika ia diletakkan di dalam lubang.
Video itu telah dilihat lebih 1.6 juta kali pada petang Khamis.
“Ia adalah permintaannya, yang mana dia menyatakan mayatnya tidak memerlukan keranda, hanya guna keretanya untuk dikebumikan,” kata seorang penduduk yang tidak didedahkan identitinya dalam video tersebut.
“Dia minat kereta sejak kecil.”
Pengguna Weibo membanjiri ruangan komen.
“Nasib baik si mati hanya minat dengan kereta,” tulis seorang pengguna.
“Saya minat pesawat, apa yang akan saya lakukan?” kata seorang lagi, sementara pengguna ketiga bergurau: “Minta pemilik kubur bawa lesen memandu, polis sangat tegas sejak akhir-akhir ini.”
Ramai yang telah membuat spekulasi tentang apa yang akan berlaku jika kereta itu digali suatu hari nanti. -South China Morning Post
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam masyarakat hari ini tidak sah kalau tidak meminjam. Meminjam bukan sahaja dalam bentuk wang , tetapi meminjam juga boleh dikaitkan dengan apa sahaja bentuk barangan, termasuk barang-barang bernilai seperti kenderaan ataupun apa sahaja aksesori kesayangan. Etika kali ini, mengajar anda untuk lebih beretika apabila sudah meminjam barang orang lain, walaupun rakan karib sendiri.
1-Pulangkan dalam keadaan asal
Ini masalah orang kita sekarang. Tahu meminjam tetapi tidak pandai menjaga harta barang yang dipinjam. Sebelum meminjam pandai berjanji untuk belanja makan ataupun tengok wayang. Tapi rupanya indah khabar dari rupa. Barang yang dipulangkan koyak rabak dan rosak sana sini. Jika barang yang dipinjam berbentuk kenderaan, pastikan tidak ada kerosakan yang teruk. Jika sebaliknya, ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada si peminjam yang akan di cop tidak tahu menjaga harta benda tetapi mungkin peluang untuk diberi pinjam tidak akan berulang lagi selepas itu.
2-Jangan suka buat harta
Kalau boleh anda sendiri yang tetapkan masa untuk memulangkan barang yang dipinjam. Jangan meminjam barang terlalu lama sehingga diberi amaran dan peringatan oleh empunya tuan. Bayangkan orang mengesa-gesa anda meminta kembali barang mereka. Tentu anda sendiri berasa rimas bukan? Jadi elakkan membuat harta simpanan seolah-olah barang tersebut milik anda sahaja. Apa kata setelah selesai guna, pulangkan sahaja barang tersebut dalam kondisi baik dan selesa.
3-Tetapkan jangka masa meminjam
Pinjam untuk tempoh sekejap tetapi perapnya berminggu-minggu, adakalanya berbulan-bulan. Kalau boleh biarlah kita yang meminjam ini yang menetapkan tarikh mengikut masa yang sesuai. Kalau tidak boleh memulangkannya dalam masa terdekat, jangan lupa beritahu awal-awal supaya tidaklah si pemberi pinjam tertanya-tanya atau buat spekulasi sendiri. Mungkin boleh dibawa berbincang atau setidak-tidaknya memberitahu punca sebenar anda tidak dapat memulangkan barang tersebut tepat pada masanya.
4-Bersikap jujur dan amanah
Jujur bukan hanya digunakan dalam urusan jual beli sahaja. Malah dalam Islam kita digalakkan berlaku jujur dalam semua aspek. Dalam hal pinjam-meminjam ini, sikap jujur haruslah ada untuk memberi rasa percaya kepada orang yang memberi pinjam. Jika ada kerosakan apa sahaja, jangan berdiam diri,seolah-olah dia tidak akan tahu. Beritahulah hal yang sebenar jika ada kerosakan biarpun kerosakan itu kecil. Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang jujur dan bertanggungjawab dalam semua benda yang diamanahkan. Ingatlah, jika kita bersikap jujur dengan semua orang, orang akan bersikap jujur kepada kita.
5-Jangan terlalu kerap meminjam
Jangan amalkan!. Biarpun si dia baik hati, anda mengambil kesempatan ke atasnya.
Pinjam berkali-kali barang sehinggakan orang itu tiada privacy dan kebebasan hak anda meminjam buku yang digemarinya sehinggakan suatu hari ketika dia ingin menggunakan buku tersebut, didapati buku itu ada pada anda. Bagaimana perasaannya? Pasti kecewa bukan? Kalau ini yang berlaku, jangan haraplah anda diberi peluang meminjamnya lagi.
6-Belajarlah ucap terima kasih
“ Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”. Tetapi banyak di antara
kita yang enggan atau lupa mengatakannya ketika kita sudah mendapatkan apa yang kita harapkan. Jadi, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kerana pasti si beri pinjam berasa dihargai dan tidak berkira untuk memberi anda meminjam lagi pada masa akan datang. Jangan lupa setelah pinjam sesuatu barang, ucaplah terima kasih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kereta yang selalu digunakan pasti saja tercalit kekotoran. Kekotoran ini pasti membuatkan mata kita rimas. Nak hantar ke kedai, takut mahal. Jadi apa kata, guna 2 bahan murah ini untuk anda bersihkan seat kereta yang kotor itu.
Tak guna kalau hanya bersih di luar sahaja tapi di bahagian dalamnya penuh dengan kekotoran terutamanya pada bahagian panel.
Disini ada satu perkongsian bijak dari Encik Radi tentang bagaimana hendak mencuci bahagian dalaman kereta terutama pada panel pintu.
Bahan yang digunakan:
Cuka
Baking Soda
Caranya pula :
Campurkan baking soda bersama dengan cuka dalam air suam.
Kacau dan masukkan dalam botol spray.
Spraykan cecair tadi ke panel pvc kereta anda.
Gunakan berus lembut dan layang-layangkan pada bahagian yang kotor.
Lapkan dengan kain microfibre.
Selain panel pintu, anda juga boleh semburkan ke bahagian-bahagian lain dalam kereta. Barulah bersih luar dan dalam. Apabila ada feel macam kereta baru, barulah hilang rasa stress nak jalan jauh kan. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.