Cara Terbaik Berikan Sokongan Kepada Saudara Kita Di Palestin

Share

Seluruh masyarakat dunia terutamanya umat Islam mengecam keras tindakan tidak berperikamanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Palestin.

Serangan tanpa dilakukan oleh negara haram Israel telah menyaksikan ribuan rakyat Palestin termasuk wanita, warga emas dan kanak-kanak telah terbunuh akibat serangan mereka.

Lebih dahsyat lagi mereka turut disekat dengan sumber air yang bersih, elektrik, makanan dan juga bantuan perubatan. Dunia harus bangkit dan mengecam sekeras-kerasnya terhadap Israel.

Sebagai saudara Islam dan juga sesama manusia kita semua ada tanggungjawab memberikan sokongan kepada Palestin dalam cara yang kita mampu.

Ingatlah sokongan dan keprihatinan kita dengan situasi hak asasi manusia, perdamaian dan menuntut keadilan apa yang berlaku di Palestin sedikit-sebanyak boleh membantu. Berikut MASKULIN senaraikan beberapa cara untuk kita memberikan sokongan kepada Palestin.

Pendidikan dan Kesedaran

Mulakan dengan mendidik diri sendiri mengenai sejarah dan realiti penjajahan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Palestin. Baca buku, tonton filem dokumentari, dan ikuti berita dari sumber yang berbeza.

Boikot dan Divestment

Sertai atau sokong gerakan seperti BDS (Boycott, Divestment, Sanctions) yang menyeru boikot, divestment dan sanksi terhadap Israel hingga ia mematuhi hukum antarabangsa.

Sumbangan NGO

Derma kepada organisasi bukan kerajaan yang bekerja di Palestin, seperti Medical Aid for Palestinians atau organisasi di dalam negara yang memberi fokus pada hak asasi manusia dan bantuan secara terus kepada masyarakat Palestin.

Advokasi

Hubungi wakil politik anda dan tekan mereka untuk mengambil tindakan yang mendukung keadilan dan hak asasi manusia untuk Palestin.

Hadirkan Acara Kesedaran

Anjurkan atau hadiri acara seperti ceramah, pameran atau perhimpunan bantahan untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu yang dihadapi oleh rakyat Palestin.

Sosial Media

Gunakan platform media sosial untuk menyebarkan kesedaran, berita dan kisah-kisah inspirasi dari Palestin. Ini adalah cara yang baik untuk mencapai generasi muda dan memastikan mereka mendapatkan informasi yang betul dan tepat.

Semoga Palestin akan menemui hari pembebasan dari rejim zalim Zionis pada suatu hari nanti. Ayuh kita sama-sama memberikan sokongan dan bantuan semampu yang mungkin buat rakyat Palestin yang kini sedang berdepan ujian yang sangat besar.

Jangan lupa subscribe YouTube atau follow TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim