Menerusi perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan pada 27 Mac, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pakej Internet khas secara percuma 1GB sehari boleh ditebus bermula 1 April kepada semua pelanggan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
Pakej Internet percuma ini memberi peluang untuk semua pengguna talian mudah alih termasuk pascabayar dan prabayar menerima 1GB bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.
Dengan tawaran percuma data Internet 1GB ini, tentunya menggembirakan hati seluruh rakyat Malaysia.
Berikut merupakan cara-cara yang perlu anda lakukan untuk menebus pakej Internet percuma tersebut:
Penebusan pakej percuma ini hanya boleh dilakukan bermula 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari.
Maxis Postpaid
Aplikasi Maxis – Klik pada Get More Data dan pilih FREE 1GB/Day Pass pada bahagian Time Based Pass
Maxis Business Postpaid
Aplikasi Maxis Business – Klik pada Get More Data dan pilih FREE 1GB/Day Pass pada bahagian Time Based Pass
Hotlink Postpaid Flex
Aplikasi Hotlink Postpaid Flex – Klik pada Get More Data dan pilih FREE 1GB/Day Pass pada bahagian Time Based Pass
Hotlink Prepaid
Aplikasi Hotlink RED – Klik pada Homepage Banner dan pilih FREE 1GB/Day Pass atau tebus pas ini melalui tab Shop.
Semua pelanggan prabayar, pascabayar & perniagaan Celcom akan menerima internet 1GB percuma secara automatik dari jam 8 pagi hingga 6 petang tanpa sebarang pendaftaran atau penebusan. Malah pembaharuan data percuma ini juga akan berlaku secara automatik setiap hari. Data ini juga boleh digunakan untuk hotspot.
Semua pelanggan Digi hanya perlu menebus sekali sahaja dan pakej Internet percuma 1GB ini akan diberikan secara percuma setiap hari secara automatik. Data percuma ini hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan baki yang tidak digunakan akan terus dibuang, tidak dibawa ke depan.
Pelanggan Digi Prepaid
Menebusnya menerusi ruangan “Box of Surprise” di dalam aplikasi MyDigi, atau menggunakan kod ringkas UMB di *128#.
Pelanggan Digi Postpaid
Boleh menebusnya di dalam aplikasi MyDigi di ruangan MyDigi Rewards.
Tawaran sebelum ini diteruskan lagi sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti data dan panggilan percuma apabila membuat tambah nilai prabayar, akses percuma ke platform pendidikan Jomstudi dan membayar RM1 untuk akses ke kurikulum UPSR dan SPM di Classruum.
Data harian percuma ini boleh digunakan bagi semua pengguna prabayar, pascabayar dan jalur lebar kecuali pengguna pelan WeChat Go. Tiada sekatan kelajuan untuk data percuma ini dan ia juga boleh digunakan untuk hotspot.
Untuk mendapatkan 1GB data percuma tersebut, pengguna perlu membuat satu kali penebusan dan ia hanya dibenarkan untuk seorang pelanggan.
Talian pengguna perlulah aktif untuk menerima data percuma ini. Selepas menghabiskan kuota 1GB tersebut, penggunaan akan kembali kepada kuota asal pengguna.
Ini cara-cara penebusan:
Pengguna prabayar: Dail *118*6# dan pilih Special Offer
Pengguna pascabayar: Dail *118*7# dan pilih Special Offer
Pelanggan Tunetalk hanya perlu mendaftar sekali sahaja untuk menerima pakej Internet percuma sepanjang PKP ini dan memastikan akaun adalah aktif.
Untuk menebusnya, anda hanya perlu SMS STAYHOME dan hantar ke 2222. Anda akan menerima notifikasi SMS bagi setiap pengaktifan yang berjaya dan anda akan menerima Internet 1GB secara automatik untuk setiap hari.
Data yang tidak habis digunakan tidak boleh dibawa ke hari berikutnya.
Bagi pelanggan ONEXOX Prepaid, BLACK dan Nusantara Mobile, pakej Internet 1GB percuma ini boleh ditebus menerusi aplikasi ONEXOX Black atau dail *150#. Anda perlu pergi ke [More], pilih Daily Free 1GB dan tekan Redeem Now.
Anda hanya perlu menebus sekali sahaja dalam tempoh PKP ini dan pakej Internet percuma 1GB akan dikreditkan secara automatik pada hari-hari seterusnya.
Jika data percuma ini tidak habis digunakan, ia akan dilupus selepas 6 petang secara harian.
Nampaknya pakej yang disediakan oleh Yoodo lebih menarik berbanding pakej yang lain apabila pengguna data percuma ini boleh digunakan tanpa had iaitu pada bila-bila masa sahaja sepanjang hari.
Data percuma akan dikreditkan ke pelan anda bermula 30 Mac sehingga 14 April 2020, dengan syarat anda mengaktifkan talian.
Menariknya lagi, data yang diberikan tiada had masa penggunaan. Sekiranya data tersebut tidak habis digunakan, ia akan dikumpul dan dibawa ke hadapan sehingga kitaran pelan anda luput atau diperbaharui.
TM menawarkan pas Hotspot 999GB LTE secara percuma bagi pengguna unifi Mobile pascabayar. TM Turut menawarkan 7 hari data tanpa had kepada semua pelanggan unifi Mobile Postpaid (unifi Mobile 99, webe RM79 & unifi Mobile Pek Jasa) dan unifi Mobile Biz Postpaid (unifi Mobile Biz 99 & unifi Mobile Biz 79) bagi pelanggan unifi SME.
Pengguna tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia diaktifkan secara automatik. Namun untuk langganan baru, pas ini akan tersedia dalam akaun selepas sehari pengaktifan dan bagi pelanggan yang sedia ada, ia akan ditunjukkan dalam akaun terkini.