Sudah hampir tiga minggu kita mengikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pastinya ada semua sudah sedia maklum dengan pelbagai tip senaman dan juga aktviti yang boleh dilakukan di rumah sepanjang PKP ini.
Seperti mana yang kita tahu banyak operasi perniagaan diarahkan untuk tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP. Dan ini termasuklah kedai gunting rambut.
Bagi kebanyakan lelaki tiga minggu atau hampir sebulan tidak memotong rambut merupakan satu masalah baru yang jarang dihadapi.
Malah hal tentang gunting rambut kini tular di laman media sosial dengan pelbagai karenah dan cara memotong rambut boleh kita saksikan.
Ads
Tapi pernahkah anda terfikir bahawa inilah masa sesuai untuk anda mula berjinak-jinak menyimpan rambut panjang. Mungkin inilah masanya untuk anda serlahkan penampilan gaya rockstar ataupun pendekar Melayu yang rambut panjang mengurai.
Menyimpan rambut panjang itu mencabar tapi apa yang lebih menduga ialah cara menjaganya dengan baik.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi bagaimana untuk anda jaga rambut panjang dengan baik agar ia sentiasa nampak cantik dan sihat.
Produk Sesuai
Ads
Kalau nak berambut panjang pastinya anda harus bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Seloknya guna produk yang bebas daripada bahan kimia merbahaya. Pilihlah produk yang berasaskan sumber semulajadi.
Cuci Cara Betul
Selama ini adakah anda guna teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah pertama mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air sedikit suam.
Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala jenis kotoran pada kulit kepala. Ketika guna syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari kepada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya pori kembali tertutup.
Ads
Guna Sikat Yang Betul
Menggunakan sikat yang betul juga memainkan peranan sangat penting untuk pastikan rambut sentiasa terurus dan kekal sihat. Gunakan sikat jenis wide-tooth combs untuk rambut yang panjang.
Mula menyikat pada bahagian hujung rambut dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.
Kurangkan Guna Curling Iron & Dryer
Kalau boleh elakkan guna sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering dan mudah putus. Jika anda nak guna dryer pastikan ia berada di paras paling rendah.
Minyak Kelapa
Perlu akui tak ramai orang Melayu menggunakan minyak kelapa untuk rambut terutamanya lelaki. Namun minyak kelapa mampu membantu meningkatkan mengekalkan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya. Ia juga kaya dengan vitamin dan asid lemak bagi menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan sebum pada folikel rambut.
Diet Seimbang & Minum Air Cukup
Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat, segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan juga anda selalu minum air dan tidak terhidrat. Kekal hidrasi sepanjang hari mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ya, kebanyakan kita semua lelaki sekarang berdepan dengan kondisi rambut menggerbang dan panjang tumbuh tak tentu hala.
Ada yang tumbuh ke hadapan, ada yang ke tepi dan tidak kurang juga yang meliar ke merata arah.
Tapi usahlah kita risau. Ini hanyalah sementara sahaja. Mungkin ini juga simbolik sokongan kita kepada perjuangan frontliners yang tidak henti memberikan khidmat untuk negara dala menangani wabak COVID-19.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi idea gaya rambut crew cut yang anda boleh dapatkan selepas tamatnya tempoh PKP nanti.
Perhatikanlah sahaja pelakon-pelakon kacak Hollywood. Semakin meningkat usia semakin tampan penampilan wajah serta rambut mereka.
CARA DAPATKAN RAMBUT CREW CUT
– potong bahagian belakang dan tepi sekitar ketebalan 1 hingga 1.5 sentimeter. Ini bagia memberikan feel yang lebih lembut pada permukaan rambut.
– pada bahagian fringe pula pastikan pada ukuran 2.5 hingga 3 sentimeter. Manakala di bahagian atas ubun-ubun kepada pada ketebalan 2 sentimeter.
– elakkan menggunakan clipper semasa melakukan potongan kerana anda ingin mendapatkan look gaya bespoke. Namun jika rambut terlalu tebal anda boleh minta untuk lakukan trim sedikit demi sedikit hingga ke belakang.
– Selepas selesai melakukan potongan, gayakan rambut anda dengan menggunakan hair clay bagi mewujudkan look rambut lebih tebal dan mempunyai volume yang tinggi.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bahagian tubuh amat penting dijaga kerana ia melambangkan sifat kejantanan dalam diri seseorang lelaki.
Untuk kelihatan kacak dan bergaya, penting untuk anda jaga bahagian tubuh ini dengan sebaik mungkin.
Selain menjadi ‘jelingan’ dan daya tarikan wanita, bahagian tubuh badan lelaki juga melambangkan personaliti diri anda.
Berikut merupakan tujuh bahagian pada tubuh lelaki yang perlu anda jaga dan kekalkan kemantapannya agar anda boleh tampil ‘smart’ dan bergaya.
1. Perut
Ini merupakan bahagian tubuh lelaki yang sering menjadi perhatian terutamanya wanita. Memang betul lelaki impikan perut sixpack namun bukan semua wanita suka dengan bentuk perut sebegini. Ada juga wanita yang suka melihat perut lelaki yang boroi dan buncit atas alasan, lelaki dengan perut boroi lebih comel dan sedap untuk dipeluk.
2. Dada
Bahagian dada juga haruslah dijaga dengan baik kerana ia menggambarkan anda seorang lelaki yang gagah dengan dada bidang. Dalam satu kajian mendapati ramai wanita teruja melihat dada lelaki yang terselindung di sebalik baju kemeja mereka. Jadi jangan pandang remeh dengan bahagian tubuh badan anda yang satu ini!
3. Punggung
Lelaki juga harus melakukan senaman untuk memantapkan bahagian punggung. Punggung yang berotot menunjukkan anda seorang lelaki yang mempunyai kekuatan serta ciri-ciri lelaki maskulin. Malah ia juga menampakkan anda lelaki ‘seksi’ di mata seorang wanita.
4. Lengan
Pastikan bahagian lengan anda berotot, mantap dan tidak menggelebeh. Lengan berotot menggambarkan anda seorang lelaki yang kuat bekerja dan biasa melakukan tugasan mencabar. Bahkan anda juga akan kelihatan lebih segak ketika menyarungkan pakaian dengan lengan berotot lebih-lebih lagi jika anda memakai baju lengan panjang yang digulung hingga ke paras bicep.
5. Paha
Lihat sahaja ahli sukan, kesemuanya mempunyai paha yang mantap dan berotot. Ciri-ciri ini melambangkan kekuatan seorang lelaki dengan paha yang mantap.
6. Bahu
Untunglah jika anda memiliki bahu yang lebar dan tegap kerana ia mampu menyerlahkan lagi karisma seorang lelaki. Bahkan pakaian akan nampak terletak jika ia disarungkan pada lelaki yang memiliki bahu bidang dan tegap.
7. Mulut & gigi
Bahagian yang satu ini juga tidak kurang pentingnya untuk lelaki jaga. Tidak ada gunanya anda memiliki bibir yang ‘seksi’ di mata wanita, jika nafas mulut anda berbau dan gigi anda pula kuning serta berkarat. Bukan hanya wanita, member lelaki juga boleh lari kalau anda miliki mulut berbau dan gigi berkerak dengan kesan hitam akibat merokok. Oleh itu, pastikan bahagian ini diberi perhatian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ungkapan dari mata jatuh ke hati mungkin ada benarnya juga. Ini kerana setiap wanita mahupun lelaki akan lebih tertarik pada rupa atau impresi pertama apabila mereka melihat anda.
Apa yang menarik perhatian mereka berbeza dari satu wanita ke wanita yang lain. Kerana wanita sekarang lebih mementing pemerincian gaya dalam setiap penampilan. Jadi Maskulin kongsikan 5 perkara yang boleh memberikan impresi baik atau buruk tentang diri anda pada si dia.
Jadi berhati-hati ya pada pandangan pertama!
1. Bulu Hidung, Telinga Dan Kening
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat. Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
2. Gigi
Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu. Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih
3. Bulu Leher
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda. Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
4. Kuku Jari
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda. Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
5. Wangian Dan Pewangi
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.
Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian. Pasti terasa segar.!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.