Teknologi Face ID dan Touch ID merupakan ciri-ciri keselamatan privasi yang telah wujud di dalam telefon pintar keluaran Apple.
Touch ID mula diperkenalkan menerusi telefon pintar iPhone 5S manakala Face ID pula diperkenalkan buat pertama kali menerusi iPhone X. Kedua-dua ciri privasi ini mempunyai keselamatan yang agak baik dengan menggunakan cap jari dan juga pengecaman wajah.
Sudah banyak aplikasi mengaplikasikan sistem keselamatan ini kepada pengguna bagi memberikan sistem pengesahan pemilik dengan lebih selamat. Sebagai contoh apps perbankan kini jug menggunakan Touch ID dan Face ID untuk log masuk.
Dan yang terbaru aplikasi paling popular di Malaysia iaitu WhatsApp turut membenarkan penggunanya menggunakan Touch ID dan Face ID sebagai ciri-ciri keselamatan.
Jadi selepas ini hanya anda seorang sahaja yang boleh membuka apps ini dan tak perlu risau lagi kena ‘hijack’ dan prank dengan rakan-rakan.
Update terbaru dari WhatsApp ini telah diperkenalkan beberapa hari yang lalu dan ia mampu memberikan privasi sepenuhnya dan melindungi semua chat
anda.Ikuti cara bagaimana set up setting terbaru ini di bawah!
Pertama sekali anda perlu pergi ke bahagian setting. Perhatikan di bawah terdapat tetapan ‘Account’.
Selepas memilih ‘Account’, anda akan di bawa ke beberapa opsyen pilihan. Untuk menetapkan Touch ID atau Face ID, sila pilih ‘Privacy’.
BACA: 7 Petanda Telefon Pintar Android Anda Terkena Virus
Di sini terdapat beberapa fungsi privasi yang boleh anda gunakan. Pilih ‘Screen Lock’ untuk tetapan seterusnya.
Di bahagian atas sekali anda akan dapat tetapan sama ada Touch ID atau Face ID, bergantung kepada model telefon pintar anda. Activate and you’re ready to go!
Katakan Touch ID atau Face ID anda tak dapat ‘membaca’ cap jari atau kenal pasti wajah, jangan risau kerana pilihan passcode akan muncul secara automatik.
Buat pengguna iPhone, ada perlu update WhatsApp terbaru, 2.19.20 untuk menggunakan feature ini.
Selamat mencuba!