MASKULIN percaya ramai di antara anda mempunyai lambakan pakaian lama yang mungkin sudah berusia 3 hingga 5 tahun tersimpan di dalam almari.
Iyalahm setiap bulan sahaja anda akan membeli pakaian baru lalu yang lama ini akan mula disisihkan ke dalam almari. Selain mendermakan pakaian lama anda kepada orang lain apakah lagi cara yang boleh anda gunakannya.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi bagaimana anda sebenarnya boleh menggayakan semula pakaian lama namun dengan penampilan lebih segar dan baru. Jom ikuti tip yang boleh menyerlahkan ketampanan anda. Pasti ramai yang teruja melihat gaya terbaru anda nanti!
GUNAKAN TONA ‘BUMI’ & NEUTRAL
Kita semua milikinya. Pakaian dengan warna bertemakan neutral seperti biru navy, hitam dan kelabu serta warna bumi cukup senang digayakan bersama. Ia umpama suntikan warna yang tidak menyakitkan mata dan sentiasa relevan dalam indsutri fesyen.
Ads
Padankan pakaian bertona warna ini dengan biker jeans bitu atau jaket bomber berwarna kelabu. Namun elakkan menggunakan pakaian dari tekstur berbeza seperti jaket suede dan denim cotton. Ia hanya membuatkan anda nampak pelik.
SERLAHKAN JAKET KULIT
Jaket kulit anda sudah lama tergantung di dalam almari. Mungkin teringat si zaman anda dengan imej rock’n’roll suatu ketika dahulu? Serlahkan gaya berbeza jaket kulit dengan padanan kemeja kemas bersama seluar khakis.
Ads
Ia menyerlahkan sisi lelaki eksekutif namun dalam pada masa yang sama cukpu ranggi. Antara padanan menarik kemeja bitu, tali leher berwarna charcoal, seluarhitam dan sneakers putih.
BACKPACK
Dua tahun kebelkangan ini waist bag dan sling bag telah menjadi pilihan ramai. Namun penggunaan backpack adalah timeless. Ia sentiasa relevan sepanjang zaman. Namun elakkan menggunakan backpack yang mempunyai warna terlalu ‘meriah’.
Ads
Tampilkan sisi matang anda dengan bagpack dari material kulit atau PVC dengan warna coklat atau hitam.
TEE N TUCK
Biasanya anda menggyakan t-shirt dengan baju di luar seluar bukan? Apa kata anda gayakan t-shirt lama anda dengan tuck in ke dalam. Gayakan bersama kasut kulit loafer atau oxford. Lengkapkan gaya dengan seluar khaki yang senteng dan tidak terlalu labuh. Untuk nampak lebih bergaya pilihlah seluar dengan cuttin slim cut.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki pun malu jika lutut, siku, buku lali & kaki gelap serta berdaki. Selain buat anda hilang keyakinan diri, bahagian badan yang gelap dan berdaki ini juga menggambarkan kebersihan dalam diri anda.
Jika anda nak cerahkan bahagian yang gelap dan berdaki ini, sabun sahaja tidak mencukupi. Ada cara mudah yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah ini.
Seorang pengguna Twitter, Ama Azmi berkongsi tip muda cerahkan bahagian badan yang gelap dan berdaki hanya menggunakan empat bahan mudah. Yang penting kena rajin, barulah nampak hasilnya.
Tentu anda rimas bila wajah ada whitehead & blackhead terutamanya pada hidung. Rasa macam nak picit-picit dan keluarkan whitehead & blackhead tu. Tapi kalau picit, nanti hidung jadi merah.
Jangan bimbang, kini anda tak perlu lagi picit sampai merah ataupun nak beli produk pelekat untuk membuang whitehead & blackhead. Ada cara mudah dan murah yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah whitehead & blackhead anda itu.
Cara mudah ini dikongsikan Hidayah Mohan Shah menerusi laman Facebooknya. Hanya menggunakan tiga bahan iaitu kunyit, telur dan tisu, whitehead & blackhead akan keluar dengan mudah tanpa rasa sakit.
Kos yang digunakan juga murah dan bahannya mudah untuk anda sediakan. Jadi apa lagi? Jom atasi masalah whitehead & blackhead anda sekarang.
Actually ada banyak cara untuk buang whitehead & blackhead. Yang ni adalah salah satu cara yang boleh korang guna.
By the way, dalam resepi ni Kak Yaya guna Face Mask Turmeric dari The Beauty Hacks. Kak Yaya memang suka guna Face Mask Turmeric ni sebab kunyit dia memang dah di khaskan untuk kulit wajah mengandungi kolagen, vitamin & akar kayu.Kebaikan masker kunyit ni banyak sekali antaranya :
1. Mengubati dan mengatasi masalah Jerawat
2. Mengatasi kulit berminyak
3. Mengurangkan kedutan dan mencegah penuaan
4. Mengatasi pigmentasi
5. Menghaluskan kulit wajah
6. Mengangkat sel kulit Mati
7. Mengurangi lingkaran hitam pada mata.
8. Meratakan dan mencerahkan warna kulit.
Selamat Mencuba ??
Yayamohans ✍️
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila menyebut tentang mesin pencukur mungkin rata-rata di antara kita akan terus membayangkan kegunaannya untuk rambut di kepala. Tapi pernahkah anda terfikir dan tertanya tentang kewujudan mesin pencukur yang lebih kurang sama untuk kegunaan di bahagian sulit lelaki?
Ya, produk seperti ini sebenarnya telah wujud di Malaysia. Lebih membanggakan ia merupakan produk hasil dari anak jati kita sendiri. Jarred Chuah, CEO dan Pengarah Bahagian Perkembangan Syarikat menampilkan Nateskin, produk mesin pencukur dan alat kemas bahagian sulit lelaki.
MASKULIN berkesempatan menemubual usahawan muda ini untuk mengetahui apakah inspirasinya untuk membangunkan produk yang mungkin dianggap tabu oleh sesetengah pihak.
Ikuti temubual MASKULIN bersama Jarred Chuah di bawah;
Pertama sekali boleh kongsikan dari mana datangnya idea untuk anda memulakan jenama dan produk Nateskin?
Semasa Malaysia menghadapi pandemik dan PKP, saya bermastautin dan bekerja di Australia bersama pasangan, Rebecca. Sejurus selepas kerajaan Australia menamatkan arahan kawalan pergerakan, kami terus rancang untuk bercuti.
Inspirasi ini bermula apabila saya ternampak satu iklan di lapangan terbang Melbourne yang agak unik kerana kata slogan yang digunakan masih terngiang-ngiang bermain di dalam fikiran saya hingga ke hari ini iaitu “Make your PP look bigger with this PP laser”. Iklan tersebut adalah iklan untuk produk mesin cukur dan alat kemas bahagian sulit lelaki.
Di situlah bermulanya idea untuk memulakan Nateskin, yang berazam untuk memberikan solusi kepada maskulin Malaysia yang ingin membeli produk mesin cukur dan alat kemas diri yang boleh digunakan di rumah untuk menambah keyakinan diri sendiri.
Adakah anda melakukan tinjauan terlebih dahulu sebelum memajukan atau menghasilkan produk Nateskin?
Sebelum kami mengeluarkan produk kami yang pertama, kami lakukan tinjauan pasaran alat cukur dan kemasan bahagian sulit lelaki yang ada di Malaysia. Kami mendapati banyak produk yang di luar sana menggunakan jenis pisau besi untuk alat cukur mereka. Malah, saya mendapati bahawa risiko kecederaan adalah lebih tinggi dengan jenis pisau besi di kalangan pengguna.
Jadi, saya terus buat kajian tentang jenis bahan yang lain untuk menggantikan bahagian tersebut. Kami mendapati jenis bahan seramik adalah pilihan yang terbaik bagi menggantikan besi untuk produk kami kerana bahan tersebut bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kecederaan, malah adalah alternatif yang paling selamat dan efektif untuk digunakan.
Bagaimana anda meyakinkan diri sendiri dan mungkin rakan niaga untuk merealisasikan idea penghasilan produk Nateskin?
Berdasarkan kajian awal dan survey kami terhadap pasaran lokal dan persepsi masyarakat umum, ramai yang berpendapat bahawa mereka sedar tentang masalah pertumbuhan bulu dan mahukan solusi dan keputusan yang sama tetapi masih kurang pasti dengan tindakan yang harus diambil untuk menangani masalah tersebut.
Bagi sesetengah responden yang sudah mengenal pasti cara yang terbaik untuk menangani masalah tersebut, mereka tidak selesa dan malu untuk melanggani servis seperti waxing dan laser kerana ia melibatkan orang lain.
Kekurangan inisiatif terhadap masalah yang disebut di dalam pasaran lokal Malaysia dan Singapura ditambahkan pula dengan fakta bahawa beberapa jenama dan syarikat telah berjaya membuka haluan dalam bidang yang sama di Amerika Syarikat dan UK, ia menjadikan pilihan yang jelas untuk melancarkan Nateskin di pasaran yang masih belum diteroka terutama sekali di Asia Tenggara.
Penjagaan bahagian sulit lelaki merupakan satu perkara yang cukup ‘taboo’ terutamanya di kalangan masyarakat Timur seperti Malaysia. Apakah pendekatan pemasaran yang anda lakukan bagi mempromosikan produk ini?
Saya setuju dengan pernyataan yang diberikan di dalam solan. Ya, topik tentang pengemasan diri lelaki di kalangan masyarakat Malaysia seumpama tiada bunyi dan sensitif untuk dibincangkan.
Di situ datangnya Nateskin, kerana walaupun matlamat utama kami adalah untuk menyediakan alternatif untuk lelaki Malaysia mengemaskan bahagian sulit mereka dengan selesa, kami juga bermatlamat untuk menjadikan topik perbincangan ini lebih mudah untuk dibincangkan secara umum di kalangan masyarakat.
Bagaimana? Nateskin menggunakan pendekatan dengan pengguna melalui lawak dan jenaka dalam semua aspek dari pemasaran, pembungkusan hingga copywriting. Contoh seperti lampiran yang diberi dibawah, gambar tersebut adalah sedikit sebanyak gambaran teknik pendekatan kami untuk membuatkan topik yang sensitif ini lebih mudah dibincangkan di kalangan masyarakat umum.
Seperti yang dilihat dibawah, ada frasa yang kelakar dan unik seperti, “Avatar: The Last Hairbender” yang pasti akan buat pengguna tertawa sebaik sahaja mereka membaca manual pengguna kami. Mesej utama kami dari sini adalah supaya pengguna rasa lebih yakin dan selasa untuk membincangkan topik ini dan setiap kali mereka buat sedemikian, mereka akan terus ingat Noteskin.
Apakah perbezaan utama Nateskin berbanding produk mesin pencukur yang lain?
Keselamatan pengguna telah menjadi keutamaan di Nateskin. Seperti yang dibincangkan di atas, alat mesin cukur kami menggunakan seramik sebagai bilah pisau berbanding besi tahan karat yang digunakan secara menyeluruh oleh jenama-jenama yang ada di pasaran di luar sana.
Kenapa seramik? Kerana seramik jauh lebih kukuh, tajam dan efektif malah lebih selamat digunakan untuk bahagian yang sensitif seperti alat sulit. Jadi, ini dapat mengurangkan kadar kecederaan dan luka yang tidak diingini apatah lagi di bahagian tersebut.
Selain itu, Nateskin juga menggunakan teknik pendekatan pengguna yang unik melalui sedikit lawak jenaka yang memberi laluan kepada Nateskin untuk berinteraksi dengan pengguna dan masyarakat dengan cara yang sangat unik tapi ramah!
Boleh kongsikan bagaimana sambutan tempatan dan apakah perancangan masa hadapan Nateskin?
Setakat tahun 2023, sebanyak 8,000 unit Nateskin Bush Trimmer dengan angka pendapatan daripada hasil jualan sebanyak RM500k sebulan. Daripada jumlah tersebut, 60% adalah dari Malaysia. Kebanyakan pengguna kami adalah daripada umur 25 ke 40 tahun dan kami mempunyai jumlah permintaan yang stabil daripada kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Walaupun kami masih belum mengetahui mengapa permintaan lebih tinggi daripada empat bidang ini, tetapi kami berharap dapat mengumpul lebih banyak data dan maklum balas daripada pengguna kami.
Ia bagi memahami dengan lebih lanjut bagaimana kami dapat menyesuaikan dengan misi syarikat untuk menjadikan Nateskin sebagai penyelesaian untuk digunakan bagi tujuan kemasan bahagian sulit di samping misi untuk memberi platform perbahasan topik yang sensitif di kawasan lain.
Apakah maksud tersirat yang ada pada nama Nateskin?
Semasa zaman PKP, pengalaman orang lain terhadap isu pengemasan diri juga serupa dengan pengamalan saya. Saya rasa diri dan rupa saya tidak terurus kerana servis yang saya kerap gunakan tidak beroperasi disebabkan arahan kawalan pergerakan. Apatah lagi, arahan tersebut berkuatkuasa berbulan lamanya.
Jadi saya pun mula mencari solusi sendiri untuk tujuan kemasan diri. Saya cuba mengunakan alat mesin cukur di rumah tetapi pengalaman tersebut tidak seindah khabar kerana saya terluka secara tidak sengaja. Pengalaman ini juga mendorong saya untuk menerajui Nateskin. Jadi daripada saya gunakan Jaredskin sebagai nama jenama ini, saya gunakan Nateskin. Perkataan ‘Nate’ di dalam Nateskin mempunyai maksud dan isitillah punggung atau dalam Bahasa Inggeris, buttock dan rump. Menarik tak?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.