Cara Semburan Perfume Agar Bau Lebih Sedap & Tahan Lama

Share

Tidak lengkap rasanya dalam seharian tidak menggunakan sebarang perfume atau minyak wangi. Lelaki zaman sekarang sudah menganggap perfume sebagai pelengkap personaliti mereka.

Ini kerana perfume bermain dengan deria bau. Pernah tak anda terhidu bau perfume dan terus teringat akan seseorang. Itulah kekuatan perfume bagi seorang lelaki. Ia mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada orang lain.

Jadi sebab itulah bau harum merupakan antara karakteristik wajib untuk wanita dalam memilih pasangan mereka.

Namun seperti mana yang kita tahu harga untuk sebotol perfume berkualiti bukanlah murah. Alangkah rugi jika anda hanya pandai melakukan semburan tetapi tidak tahu teknik yang betul bagi memberikan bau perfume itu lebih menyerlah serta tidak membazir.

MASKULIN ingin kongsi beberapa tip cara semburan untuk buat ia berbau lebih sedap dan tahan lama.

SEMBURAN PADA BAJU

Sebenarnya tidak salah melakukan semburan pada bahagian baju. Jika ingin dapatkan hasil bepranjanganm sembur sedikit ke bahagian seperti kolar baju atau jaket. Akan tetapi anda harus berwaspada ketika melakukan semburan kerana sesetengan perfume boleh meninggakan kesan tompokan.

BANYAK ATAU SEDIKIT?

Tidak salah juga melakukan hanya beberapa semburan di lokasi tertentu. Namun kebanyakan perfume berkualiti hanya memerlukan anda membuat satu semburan sahaja. Ini kerana ia juga bergantung kepada tindak balas jenis bau badan semula jadi anda sendiri.

JENAMA SAMA

Apa yang MASKULIN maksudkan jenama sama ialah penggunaan krim pencukur atau deodoran. Jika anda ingin bau perfume lebih kuat dan tidak terganggu dengan bauan lain gunalah produk jenama sama atau dari siri sama dengan perfume tersebut. Dirisaukan jika anda mencampur aduk pelbagai jenama bau akan bercelaru dan tidak memberikan kesan harum memuaskan hati.

SEMBURAN PADA NADI

Seperti mana yang kita tahu semburan perfume amat berkesan dilakukan di bahagian nadi. Namun sebenarnya perkara paling penting anda perlu tahu akan kekuatan perfume yang ingin digunakan. Teknik paling efisyen adalah semburan belakang telinga, di bahagian kolar leher dan belajang leher.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim