Bahagian leher t-shirt akan mudah kembang dan regang sekiranya anda memakai t-shirt berulang-ulang kali terutamanya t-shirt daripada material kapas.
Pakai tak sampai beberapa kali, bahagian ini sudah rosak dan nampak seperti t-shirt lama. Nak dibuang pula rasa sayang kerana ia masih kelihatan elok dan boleh dipakai lagi.
Sabar dulu! Jangan terus campak t-shirt anda itu ke dalam tong sampah kerana ia masih boleh dibaiki ke bentuk yang asal.
Seorang pakar perkhidmatan dobi popular, Nexcy yang muncul di rancangan Jepun, ZIP ada kongsikan cara-cara mudah untuk anda membaiki bahagian yang kembang dan regang ini ke bentuk yang asal.
Selain pemakaian yang kerap dan berulang-ulang, t-shirt kembang juga boleh terjadi disebabkan oleh cara anda mengeringkan t-shirt tersebut selepas membasuhnya.
Contohnya, apabila anda menggantung t-shirt yang basah atau lembap dengan hanger, keberatan akibat lembap di bahagian bawah t-shirt akan menarik t-shirt tersebut sehingga t-shirt semakin meregang terutamanya pada bahagian leher.
Bahan untuk membaiki leher t-shirt kembang:
1. Satu mangkuk kiub ais yang telah diisi ke dalam air sejuk
2. Seterika
3. Meja atau permukaan rata untuk meletakkan t-shirt
Ads
CARA 1:
Lipat leher t-shirt ini seperti bentuk ‘kipas’ dan rendamkan bahagian ini ke dalam mangkuk yang berisi kiub ais.
CARA 2:
Perahkan air dan pastikan bahagian ini masih dalam bentuk lipatan kipas.
Ads
CARA 3:
Letakkan t-shirt di atas permukaan yang rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya dengan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).
CARA 4:
Seterika bahagian leher t-shirt menghala ke arah atas t-shirt. Pastikan t-shirt tidak kering sepenuhnya kerana anda perlu seterika t-shirt yang masih dalam keadaan lembap.
CARA 5:
Letakkan t-shirt pada permukaan rata sehingga kering.
Ads
CARA 6:
Kini leher t-shirt kembang sudah kembali ke bentuk yang asal.
Perkembangan fesyen dan teknologi pintar mempunyai persamaan yang cukup signifikan. Kedua-duanya bergerak dengan cukup pantas serta mempunyai pengaruh besar dalam gaya kehidupan masyarakat moden masa kini.
Sebagai di antara pelopor teknologi peranti pintar, Samsung dilihat sentiasa mengaplikasikan ciptaan mereka ke dalam elemen yang cukup berbeza seperti fesyen. Apatah lagi dengan keterampilan peranti terbaru mereka dari Galaxy Z Series terdiri dari model Galaxy Fold 3 dan Galaxy Flip3 yang mempunyai rekaan trendy dan elegan membawakan ilham fesyen terkini.
Bersempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang daiakan baru-baru ini, Samsung Galaxy Z Series tampil sebagai rakan rasmi majlis fesyen paling popular di Malaysia tersebut. Dengan jangkaan yang cukup besar peranti Galaxy Z Series tuut dijadikan sebagai inspirasi untuk 16 rekaan tersendiri yang direka olehdua pereka berpengaruh, Kit Woo dan Rizman Ruzaini.
Rekaan mereka berdua telah diperagakan di pentas KLFW pada 5 dan 7 November yang lalu. Menyentuh tentang penglibatan mereka di dalam program fesyen cukup gemilang tersebut Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia Electronics, Elain Soh berkata, “Peranti kami memainkan peranan dalam mendekatkan proses pemulihan dunia yang cukup pantas terutamanya dari segi kolaborasi ketikan dunia berdepan pandemik.
“Oleh demikian, Samsung sangat berbangga dapar bekerja sama bersama dua pereka unggul, Kit Woo dan Rizman Ruzaini dalam membawakan nafas visi Galaxy ke pentas KLFW”.
Manakala bagi Kit Woo dan Rizman Ruzaini pula mereka berkongsi bagaimana Galaxy Z Series memberikan inspirasi utuk menampilkan rekaan di luar kotak. Elaborasi rekaan seiring dengan teknologi cukup membuatkan setiap rekaan mereka tampil unik.
Rekaan mereka berdua telah membuka tirai KLFW dalam siri fesyen yang turut menampilkan bersama 10 orang pereka tempatan. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi merancakkan industri fesyen tanah air yang kini semakin pulih selepas berdepan pandemik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pada hari ini kita sudah memasuki 18 Ramadan 1442 Hijri menandakan sudah 18 hari kita menjalani ibadah puasa. Kurang dua minggu lagi, kita bakal meraikan kemunculan hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri.
Walaupun besar kemungkinan kita tidak dapat rentas negeri dan balik kampung namun kemeriahan Hari Raya haruslah kita teruskan. Lagipun bukan kali ini sahaja kita meraikan Hari Raya norma baharu, bahkan tahun lepas juga kita berdepan situasi sama.
Jadi sama-samalah kita berdoa akan penularan pandemik ini akan menurun dan keadaan kembali seperti biasa. Bagi lelaki kemeriahan Aidiltfitri pastinya tidak lengkap tanpa sepasang baju Melayu atau kurta yang kini semakin mendapat tempat di hati ramai pengguna.
Masih tidak terlambat untuk anda mendapatkan baju Melayu untuk digayakan pada pagi Raya. Setahun hanya sekalim merayakan hari yang mulia ini.
Jadi berbelanjalah sedikit untuk diri anda sendiri. Raikan kemenangan sebulan berjuang dengan melakukan ibadah puasa dan segala ibadah pada bulan penuh keberkatan tersebut.
Kali ini, MASKULIN ingin kongsi 10 jenama dan pereka yang memperkenalkan koleksi baju Melayu atau kurta sempena Hari Raya tahun ini.
Setiap satunya mempunyai rekaan tersendiri dan paling penting sangat elok digayakan terutamanya di Hari Raya. Buat anda yang ingin mencari baju Melayu atau kurta, boleh rujuk jenama-jenama pilihan MASKULIN ini!
Cukup bulan je pasti ramai yang mengeluh apabila bil elektrik sampaikan? Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak cara untuk kita jimat tenaga elektirk harian kita. Ini yang kami jumpa.
Peralatan elektrik tukar pada perkakas yang ada Energy Star Rating.5 Star Rating ini bertindak sebagai barangan yang paling jimat penggunaan elektrik.
Cabut soket dan tutup switch utama. Ini yang sering kita terlepas pandang, kebiasaannya pengguna yang tidak memakai perkakas elektrik pasti tidak akan padam switch utama. Sebagai contoh laptop anda, walaupun anda sudah matikan laptop, tenaga masih berjalan jika anda tidak cabut soket charger laptop anda.
Penggunaan air-cond juga memainkan peranan penting. Selalu-selalulah bersihkan filter air-cond anda untuk mendapatkan kesejukkan yang lumayan. Lagi rendah suhu penghawa dingin anda, lagi banyak penggunaan tenaga rumah anda. Jika anda tidak menggunakannya lagi, sila padam switch utama air-cond anda. Serious jimat!
Pengunaan mesin basuh juga perlu diambil kira. Kami tahu rakyat Malaysia rajin mengemas, namun jangan basuh baju jika mesin basuh anda belum penuh. Ini juga boleh menjimatkan bil elektrik anda.
Kalau dah ada bajet nanti, bertukarlah kepada Saving Light Bulb macam LED. Mungkin harganya sedikit mahal dipasaran, namun ia dapat membantu anda mengurangkan jumlah bil elektrik. Mana anda nak, bil elektrik melambung tiap-tiap bulan atau beli bulb yang harganya sedikit mahal? Fikir-fikirkan.
Kami pasti kebanyakkan rumah anda sudah mempunyai Water Heater. Kalau boleh anda dinasihatkan untuk memakai instant water heater. Menurut kajian sumber air panas tangki akan mengakibatkan penggunaan elektrik yang banyak. Almaklumlah tangki ni besar, jadi ambil tenaga yang banyak.
Jadi bagaimana? Dah sedia nak ringankan beban bayaran bil elektrik anda yang melambung tu?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.