Pada hari ini ramai yang akan ambil kesempatan sempena cuti musim perayaan Tahun Baru Cina untuk pulang ke kampung. Mungkin anda juga salah seorang yang akan menuju pulan ke kampung halaman dan meninggalkan kota.
Di musim cuti begini jumlah kenderaan yang akan memasuki lebuh raya utama akan meningkat berkali-kali ganda. Dan jika anda perasan sepanjang perjalanan pasti akan terlihat kereta yang rosak tersadai di tepi jalan.
Semestinya anda juga tak mahu menjadi mangsa kereta rosak dan meragam ketika dalam perjalanan pulang ke kampung bukan? Ia pasti boleh dielakkan jika anda memeriksa dan membuat servis kereta terlebih dahulu terutamanya untuk perjalanan jauh dan mengambil masa yang lama.
Percayalah berdepan dengan masalah kereta rosak di atas lebih raya pada saat kenderaan sesak sememangnya memeritkan. Bukan sahaja memenatkan malah boleh membuatkan anda berbelanja lebih tinggi untuk membaiki kenderaan yang rosak.
Jadi anda perlu bijak dan memeriksa kereta sebelum bertolak pulang. Apa yang harus anda periksa? Jom lihat perkongsian di bawah.
Sebelum memulakan perjalanan adalah lebih elok untuk anda mengisi minyak full tank. Ini akan lebih melancarkan perjalanan anda dan tak perlu bersesak di stesen minyak. Oleh itu anda kena pastikan indicator atau penunjuk aras minyak berfungsi dengan baik.
Tanpa minyak enjin memang tak ‘bernyawalah’ kenderaan anda. Periksalah keadaan minyak enjin sebelum bertolak. Cara nak periksa paras minyak enjin pun bukannya susah. Cabut dipstick dan bersihkan dahulu. Kemudian celupkan semula dan tengok paras minyak enjin. Ia harus berada antara paras minimum dan maksium. Kalau kurang, tambahkan minyak enjin.
Paras minyak brek juga penting untuk keselamatan anda. Anda boleh periksa parasnya menerusi penanda pada bekas atau tabung minyak brek. Pastikan ia antara minumum dan maksimum. Jika kurang tambah minyak brek dengan berhati-hati dan tak melimpah.
BACA: Bila Kereta Terjunam Ke Dalam Air, Ini Langkah Yang Boleh Selamatkan Nyawa Anda!
Seperti kondisi minyak enjin dan minyak brek, kandungan minyak power stereng juga perlu berada di antara minum dan maksimum. Selain itu pastikan ia berwarna keemasan dan jika terlalu gelap atau hitam itu bermakna anda perlu menukarnya.
Perkara yang mudah tapi ramai orang buat sambil lewa. Tak lain tak bukan ialah kandungan air untuk radiator. Kandungan air perlu berada di antara paras minimum dan maksimum.
Dalam perjalanan jauh anda mungkin berdepan dengan pelbagai situasi jalan raya seperti berdebu dan juga cuaca yang tak menentu. Oleh itu fungsi wiper memang sangat penting. Anda perlu pastikan air dalam bekas washer fluid sentiasa penuh. Untuk elak nozzle tersumbat anda boleh guna air suling atau mineral. Dan boleh juga tambahkan sedikit cairan permbersih cermin kereta.
Mungkin anda sudah lama tak tukar wiper. Bila hujan ia tak dapat buang air hujan dengan baik kerana getahnya sudah semakin uzur. Anda juga boleh lihat pergerakan wiper sama ada lancar atau tidak.
Periksa kondisi penghawa dingin kereta dengan menghidupkan suhu maksimum dingin dan maksimum blower. Kipas pendingin harus berputar dan periksa sign glass lihat kondisinya. Ia tak boleh ada biuh udara di dalamnya. Kalau ada buih itu bermakna gas berada pada tahap rendah atau berlaku kebocoran pada paip.
Drive belt merupakan talipenggerak enjin untuk memutarkan komponen tambahan seperti pullu aircond, kipas radiator, alternator dan kompressor penghawa dingin. Jika drive belt nampak macam terjejas dan berbulu itu tandanya memang kena tukar.
Jika anda menggunakan bateri kering boleh periksa kemampuannya dengan battery charge indicator. Jika lampu hijau bermakda ia masih baik dan jika lampu merah atau putih sahaja bermakna bateri sudah ‘kong’ dan perlu tukar baru.
Untuk bateri basah pula anda hanya perlu periksa kandungan air bateri. Jika berada di bawah paras minimum tambahkan air bateri. Tapi jangan sampai terlebih paras maksimum.
Periksa tekanan tayar dan sesuaikan dengan spesifikasi tekanan. Pastikan juga bunga tayar tidak botak dan masih dalam kondisi baik.
Kredit info & foto: Perodua Utara