Apabila memasuki rumah baharu atau mendapat bilik yang masih kosong, lampu kalimantang atau pun pendaflour adalah perkara asas yang perlu dipasang.
Tujuannya adalah untuk menerangi sesuatu ruang daripada terus bergelap. Nak buat kerja pun lebih senang.
Begitu juga jika lampu pendaflour di rumah anda telah rosak dan anda beli yang baharu. Tak perlu panggil orang untuk bayar upah kerana anda boleh buat sendiri.
Hanya perlukan pemutar skru, pemotong wayar dan test pen, anda sudah boleh melakukannya.
1. Ambil pemegang tiub. Sambungkan wayar merah pada sebelah kanan dan wayar hitam pada sebelah kiri. Masukkan pada hujung perumah berdasarkan lubang yang tersedia.
2. Begitu juga pada soket suis penghidup, pasti ia terpasang dengan wayar merah dan masukkan pada lubangnya yang biasa berada pada kedudukan sebelah kiri.
3. Pasang cok ditengah-tengah dan ambil wayar penghidup yang terdiri daripada warna hijau, merah dan biru. Skru wayar berwarna hijau pada tempat seperti dalam gambar di bawah, wayar biru pada penyambung dengan wayar berwarna hitam dan wayar merah pada skru cok yang dipasang di tengah-tengah perumah.
4. Selesai pasang kesemua wayar di dalam perumah lampu pendaflour ini, tutup dan skru bahagian atas terutamanya di sebelah kiri dan kanan. Kemudian, ambil batang lampu dan pada penghujungnya, pastikan anda memusingkannya pada pemegang tiub itu.
5. Seterusnya, ambil suis penghidup dan masukkan pada soket yang telah dipasang pada awal-awal tadi. Caranya, masuk ke dalam lubang tersebut dan pusingkannya juga sehingga ketat.
Maka dengan itu, siaplah pemasangannya dan apabila anda buka suis.. jika pemasangan anda betul, maka lampu akan menyala.
Bagaimana? Mudah, bukan? Kongsikan artikel dan tip bermanfaat ini. Selamat mencuba!