Pergilah ke mana sahaja sekarang ini pasti cukup mudah untuk kita terserempak dengan gerai-gerai terutamanya di tepi jalan menjual durian. Tapi satu perkara tentang membawa durian dalam kereta – apa cara paling berkesan untuk hilangkan baunya?
Tidak dinafikan selaku raja buah durian sememangnya buah yang cukup menjadi kegemaran ramai. Kemunculan musim durian seringkali disambut dengan cukup meriah oleh rakyat Malaysia.
Walaupun ia menyelerakan, namun baunya boleh menjadi mimpi buruk apabila ia tersebar dalam kereta anda.
Sisa bau durian yang tertinggal dalam kereta bukan sahaja boleh mengganggu pemanduan, tetapi juga boleh menjejaskan keselesaan penumpang.
Jadi apa cara paling berkesa untuk singkirkan bau durian dalam kereta? Ikuti beberapa tip mudah yang boleh anda cuba di bawah.
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah membersihkan kereta anda secara menyeluruh. Keluarkan semua sisa durian, termasuk bekas atau bungkusan yang telah digunakan.
Pastikan tiada cebisan durian yang tertinggal di dalam kereta. Lap semua permukaan yang mungkin terkena jus durian, termasuk tempat duduk, stereng, dan pemegang pintu.
Baking soda merupakan bahan yang sangat efektif untuk menyerap bau. Taburkan sedikit baking soda di atas tempat duduk, karpet dan kawasan lain yang mungkin terkena bau durian.
Biarkan baking soda selama beberapa jam atau semalaman, kemudian vakum sehingga bersih. Baking soda akan membantu menyerap bau durian yang melekat.
Cuka putih boleh menjadi agen pembersih semula jadi yang juga boleh menghilangkan bau. Campurkan sedikit cuka putih dengan air dalam nisbah 1:1. Kemudian semburkan di kawasan yang ada bau durian.
Biarkan seketika sebelum lap dengan kain bersih. Mungkin pada awalnya akan ada bau cuka tetapi ia akan hilang bersama bau durian.
Arang aktif adalah satu lagi bahan yang efektif untuk menyerap bau. Letakkan beberapa keping arang aktif dalam kereta anda.
Ini terutamanya di kawasan yang terdedah kepada bau durian. Arang aktif akan menyerap bau tersebut dan menghilangkan bau yang tidak diingini.
Daun pandan bukan sahaja digunakan dalam masakan untuk menambah aroma, tetapi juga berfungsi sebagai penyerap bau semulaj adi.
Letakkan beberapa helai daun pandan dalam kereta anda dan biarkan ia menyerap bau durian. Daun pandan akan memberikan aroma yang menyenangkan dan menghilangkan bau yang kurang enak.
Pastikan kereta anda mempunyai pengudaraan yang baik. Buka semua tingkap dan biarkan udara segar masuk.
Pengudaraan yang baik akan membantu menghilangkan bau durian dengan lebih cepat. Jika boleh, parkir kereta anda di tempat yang terbuka dan biarkan pintu dan tingkap terbuka untuk beberapa jam.
BACA: Anwar El Ghazi Kini Bersama Cardiff City Selepas Ditamatkan Kontrak Oleh Mainz
Selepas menggunakan kaedah-kaedah di atas, anda boleh menambah pengharum kereta untuk memastikan bau durian benar-benar hilang.
Pilih haruman kereta yang anda suka dan letakkan di dalam kereta. Haruman kereta akan memberikan aroma yang segar dan menyenangkan.
Pastikan penapis udara dalam kereta anda berfungsi dengan baik. Penapis udara yang bersih dan baik akan membantu mengurangkan bau yang tidak diingini dalam kereta.
Tukar penapis udara jika perlu untuk memastikan kualiti udara dalam kereta sentiasa bersih dan segar.
Semoga perkongsian cara paling berkesan singkirkan bau durian dalam kereta ini memberikan manfaat untuk anda. Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sertai kejohanan futsal MASKULIN Beat Boot Battle yang bakal berlangsung pada 25 Ogos 2024. Hadiah utama RM2,000 dan tempat kedua RM1,500. Terhad untuk 8 pasukan sahaja! Daftar di sini—> https://kliik.je/product-details/106?title=beat-boot-battle—kejohanan-futsal-maskulin