Cara Nak Setting Aplikasi Waze Dengan Betul, Elak Termasuk Jalan ‘Merepek’!

Share

Rata-rata pengguna jalan raya hari ini menjadikan aplikasi Waze sebagai salah satu aplikasi GPS Navigasi yang cukup digemari. Anda tidak perlu pening sebab aplikasi Waze akan membantu anda mencari lokasi dan tempat yang anda ingin tuju.

Dalam pada ia memudahkan, ada juga beberapa situasi di mana aplikasi Waze akan membawa anda masuk ke jalan yang ‘merepek’ dan tidak selamat. Siapa yang tidak panik kalau tersalah masuk jalan dan kebetulan anda tengah drive sorang!

Jadi bagi mengelakkan anda tersesat, pastikan anda setting aplikasi Waze ini dengan cara yang betul. Cara-caranya telah dikongsikan oleh Aida Joseph menerusi Facebooknya.

Waze pun perlu di setting. Takut auto setting bawa anda berjalan-jalan di ladang kelapa sawit, ladang getah, dalam semak, dalam hutan ?

Pernah kena dulu masa kat Pantai Timur, segala jalan kampung batu kelikir tepi sungai diangkutnya. Pergi Tasik Chini pun tak teruk macam tu ?

Satu lagi, avoid jalan berbelit yang tidak berapa membantu (kurang 1-5 minit jer) jika kawasan anda banyak. Di Ampang ni banyak jalan shortcut yang amatlah berbelit-belit, so kena kurangkan.

1. Masuk aplikasi Waze & pilih setting

2. Tick pada pilihan yang berkenaan

3. On button elak jalan sungai, jalan berbelit dan sebagainya

4. Akhir sekali, pilih Don’t allow

Published by
Roselinda