Air garam memang banyak khasiatnya. Bukan sahaja bagus untuk berkumur ketika sakit gigi, air garam juga ada manfaatnya untuk rambut.
Ini kerana air garam boleh mengatasi masalah-masalah rambut seperti keguguran, kelemumur, selain mengawal pengeluaran minyak berlebihan.
Sekiranya masalah-masalah ini tidak diatasi segera dikhuatiri boleh menyebabkan rambut menjadi nipis, rosak dan akhirnya gugur.
Guna cara murah dengan air garam, boleh mengatasi masalah rambut anda dengan mudah. Bukan itu sahaja, air garam juga boleh melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala.
Air garam mampu menambah seri pada rambut yang lurus seperti yang diamalkan oleh kebanyakan orang Asia termasuklah orang Cina, Korea dan Jepun.
Ini kerana rata-rata mereka memiliki rambut semula jadi yang lembut dan lurus. Jom MASKULIN bongkar khasiat dan keunikan air garam untuk kecantikan rambut.
1. Menyingkirkan kelemumur
Saat kepala kita penuh dengan kelemumur, itu tandanya bahawa kepala kita telah dijangkiti oleh bakteria. Membersihkan rambut dengan air garam boleh menolong kita menghapuskan bakteria degil ini. Namun jika alami masalah alergi diingatkan agar terus berjumpa doktor
Ads
2. Rambut lebih segar
Air garam boleh menolong kita bersihkan kepala dari minyak, bakteria, serta kotoran-kotoran yang lain. Hasilnya akan menyebabkan rambut kelihatan lebih segar serta berkilat.
Rambut jenis berminyak ialah kumpulan rambut yang paling mudah gugur. Oleh kerana itu anda perlukan air garam sebagai pengawal minyak berlebihan yang akan membuatkan rambut anda menjadi lebih sihat.
4. Mengelak keguguran rambut
Air garam boleh membuatkan rambut jadi lebat serta menutup rapat liang-liang kulit kepala hingga masalah rambut gugur tidak lagi dialami.
5. Sihatkan kulit kepala
Jika anda mandi atau berendam dalam air laut sambil membasahkan rambut, air garam laut akan bertindak untuk memulihkan masalah normal kulit kepala seperti kegatalan dan kelemumur.
Ini secara tidak langsung membuatkan kulit kepala akan rasa segar dan bebas iritasi. Sekiranya anda kera mencuci rambut dengan air garam, masalah kekeringan, kegatalan dan iritasi kulit kepala bakal pulih dan kekal buat jangka masa panjang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki dengan lesung pipit seringkali mendapat perhatian lebih daripada wanita. Entah kenapa lesung pipit yang muncul di pipi sejak dari dulu memang dianggap sebagai daya tarikan buat seseorang.
Lesung pipit bukan sahaja menambah kekacakan atau kecantikan semula jadi wajah seseorang, malah ia juga memberi kesan yang mendalam dalam cara orang lain melihat dan merasai kehadiran mereka.
Tapi pernahkan anda tertanya-tanya mengapa lelaki memiliki lesung pipit begitu menarik di mata wanita? Apakah karakter mereka dan siapakah selebriti popular yang ada lesung pipit?
Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah ya!
Pesona Lesung Pipit
Lesung pipit merupakan lekukan kecil pada bahagian pipi yang akan kelihatan apabila seseorang tersenyum. Ia ciri fizikal yang jarang ditemui, membuatkan sesiapa sahaja milikinya nampal unik dan istimewa.
Dalam kebudayaan atau norma hidup banyak negara, lesung pipit sering kali dikaitkan dengan kecantikan dan daya tarikan. Sebab utama mengapa lesung pipit menarik perhatian adalah kerana:
Senyuman yang Menawan: Lesung pipit membuat senyuman seseorang lebih menonjol dan menawan. Ia menambah dimensi dan kedalaman kepada senyuman, menjadikannya lebih ikhlas dan menarik.
Unik dan Memorable: Memandangkan tidak semua orang mempunyai lesung pipit, mereka yang memilikinya dianggap istimewa dan mudah diingati. Ini memberikan satu kelebihan dalam menarik perhatian orang lain.
Tanda Keperibadian Positif: Lesung pipit sering kali dikaitkan dengan personaliti yang mesra, positif, dan mudah didekati. Wanita cenderung tertarik kepada lelaki yang tampak mesra dan memiliki aura positif.
Foto: Calvin Klein
Karakter Lelaki Berlesung Pipit
Lelaki yang mempunyai lesung pipit biasanya dilihat sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian tertentu. Antaranya adalah:
Ramah dan Mesra: Lesung pipit sering kali dikaitkan dengan senyuman yang mesra, menunjukkan bahawa individu tersebut mudah didekati dan mempunyai sikap yang ramah.
Optimis: Lesung pipit memberikan kesan bahawa seseorang itu gembira dan mempunyai pandangan hidup yang positif. Ini adalah sifat yang sangat menarik di mata wanita.
Yakin Diri: Lelaki dengan lesung pipit sering kali dilihat lebih yakin diri kerana mereka mempunyai ciri fizikal yang menonjol dan unik.
Beberapa artis lelaki terkenal yang mempunyai lesung pipit dan diidamkan ramai wanita termasuk:
Brad Pitt: Aktor Hollywood yang tidak asing lagi dengan rupa paras kacak dan lesung pipit yang menawan. Senyuman Brad Pitt yang menonjol dengan lesung pipitnya membuatkan ramai wanita terpikat.
Harry Styles: Penyanyi dan bekas ahli kumpulan One Direction ini bukan sahaja terkenal dengan bakat nyanyiannya tetapi juga dengan rupa paras yang menawan, lengkap dengan lesung pipit yang jelas kelihatan ketika tersenyum.
Lee Min-ho: Aktor Korea Selatan yang terkenal dengan drama-drama popularnya juga mempunyai lesung pipit yang menambah pesona pada wajahnya. Lesung pipit Lee Min-ho menjadikannya salah satu bintang Hallyu yang paling digemari.
Foto: Getty
Apa yang MASKULIN boleh simpulkan, lesung pipit merupakan satu ciri fizikal yang unik dan menawan.
Buat lelaki yang memilikinya ia stau kelebihan semula jadi yang dianugerahkan kepada mereka.
Jadi, jika anda merupakan lelaki yang mempunyai lesung pipit, senyumlah lebih kerap kerana senyuman anda sangat berharga terutamanya di mata wanita!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN perhatikan ramai jugha lelaki yang seolah-olah mengabaikan perkara ini pada diri mereka. Tidakkah mereka tahu bahawa lelaki yang berbau harum merupakan antara karakteristik lelaki seksi di mata wanita?
Dengan sedikit semburan dan haruman di badan anda mampu memberikan persepsi pertama yang sangat baik terutamanya di mata wanita. Ingat, karakter lelaki MASKULIN bukan hanya pada fizikal dan otot ‘sado’ sahaja.
Namun tahukah anda bahawa terdapat cara yang betul untuk menggunakan minyak wangi agar ia lebih tahan lama dan berbau lebih sedap?
Jangan main sembur saja kerana ia mungkin merugikan wang anda. Iyalah, harga minyak wangi pun bukanlah murah.
Jadi di bahagian manakah perlu kita semburkan minyak wangi pada badan? Badan kita mempunyai lokasi yang mempunyai denyutan nadi di mana ia berdenyut dekat dengan permukaan kulit. Di kawasan nadi inilah badan kita banyak mengeluarkan haba. Dan jika minyak wangi disembur di kawasan ini, ia pasti berbau lebih kuat.
Rujuk gambarajah di bawah untuk ketahui lokasi poin denyutan nadi sesuai untuk semburan minyak wangi;
Lokasi denyutan nadi:
Belakang telinga
Bawah leher
Dada
Bahagian dalam siku
Pergelangan tangan
Belakang lutut
TIP UNTUK MELAKUKAN SEMBURAN
Spray minyak wangi terus ke bahagian kulit, bukan di pakaian
Mulakan dengan 1/2 atau 1 semburan. Anda boleh tambah semburan kemudian
Semburkan pada bahagian kulit yangh paling lembab
Jangan gosokkan minyak wangi di atas kulit
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selain wanita, lelaki pun risau jika berdepan dengan masalah jeragat. Apatah lagi jika usia sudah bertambah, makin banyak jeragat muncul di wajah.
Bila kecantikan wajah diabaikan, mulalah pori-pori muka semakin membesar. Jika dibiarkan masalah jeragat dan pori-pori muka ini, boleh menyebabkan jerawat mudah muncul sekali gus merosakkan penampilan.
Bagi mengatasi masalah untuk hilangkan jeragat dan kecilkan pori-pori muka ini, apa kata ikuti perkongsian petua oleh Norain Naim. Menggunakan hanya tiga bahan mudah, jeragat pada wajahnya beransur pulih, begitu juga dengan masalah pori-pori pada muka juga semakin mengecil.
Dilema mak mak yang dah out of calendar ni kan. Jeragat jerawat kulit kusam pori2 besar memang tak boleh dielakkan. Kadang guna produk pun belum tentu boleh hilangkan lagi2 cuaca sekarang panas kan, kalau kulit wajah terdedah terlalu lama bawah matahari pun boleh menyebabkan jeragat tau.
Ain ada petua mudah hilangkan jeragat sekali gus boleh mengecilkan pori2 muka. Mudah sangat guna 3 bahan je❤️