Jangan ingat kereta yang nampak bersih,bebas daripada kehadiran lipas. Mungkin anda tidak perasan ada sisa-sisa makanan terjatuh sehingga mengundang lipas bertapa dalam kereta.
Kalau ikutkan banyak petua perangkap lipas dalam kereta yang boleh anda gunakan. Salah satu perangkap lipas dalam kereta yang dikongsikan oleh Wajihah Derus Bilis Sabah
adalah menggunakan bahan mudah dari dapur.Tak payah sembur apa-apa cuma letak saja bancuhan air ini semalaman dalam kereta.
2 hari umpan lipas dalam kereta, lumayan hasil dia.
1 bekas ni hasil malam tadi, yang semalam punya dah buang. Hasil banyak jugak semalam. Rasanya perlu buat sekali lagi malam ni..
Kalau sembur saja tak nampak lipas mati, buat macam ni banyak rupanya.
Bahan bancuhan
-Susu pekat
-Air paip
Bancuh dua bahan ini tapi jangan cair sangat. Buat sedap-sedap sikit
Semoga bermanfaat
Sumber: Wajihah Derus Bilis Sabah
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah.