Selepas setahun ingin menanggalkan road tax lama dengan yang baru, tentu anda hadapi masalah bila kesan gam pada road tax lama masih melekat di cermin kereta. Kini anda tak perlu lagi nak guna benda tajam untuk mencungkilnya kerana ada cara lebih mudah untuk tanggalkan kesan gam tersebut.
Seorang pengguna Facebook bernama Debu Putih berkongsi cara-cara yang lebih mudah dan cepat untuk menanggalkan road tax lama tanpa perlu meninggalkan kesan gam pada cermin kereta. Semoga perkongsiannya ini bermanfaat untuk anda.
Meh nak share cara nak buang road tax yang tampal direct kat cermin macam saya (malas nak beli sticker). Guna air panas je. Senang buang. #sumberdrMrGoogle
1. Kain rendam dalam air panas.
2. Letakkan kain yang direndam tadi di luar cermin kereta pada tampalan road tax.
3. Tunggu 5-10 minit. Bagi gam dia cair.
4. Kemudian tarik.
5. Inilah hasilnya. Langsung tiada kesan gam pada cermin kereta. Voallllaaaaa ~~ the end.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
11 Tip Servis Komponen Kereta Secara DIY Sebelum Mulakan Perjalanan Jauh
Isi Kandungan
ToggleMemandu untuk perjalanan jauh memang satu perkara yang agak mencabar terutamanya buat anda yang kurang biasa.
Bagi mereka yang sering berulang-alik menggunakan lebuih raya contohnya dari Utara Semenanjung ke Kuala Lumpur, jarak itu bukanlah satu masalah besar.
Walau bagaimana berpengalaman sekalipun jika anda tidak memberikan tumpuan kepada penjagaan atau servis kereta dengan betul perjalanan mungkin terbantut juga.
Oleh itu amatlah penting untuk anda sentiasa memastikan kondisi kereta berada dalam baik sebelum memulakan perjalanan jauh. Jangan nanti anda terkandas pula di tengah jalan akibat kereta rosak.
Berdepan masalah kereta rosak terutamanya di atas lebuh raya boleh menjadi mimpi negri! Oleh itu anda perlu bijak dan memeriksa kereta sebelum bertolak pulang.
Ramai yang akan memilih untuk hantar servis ke bengkel. Tapi sebenarnya untuk memeriksa komponen asas anda boleh lakukan sendiri saja. Bukan sahaja jimat kos malah boleh lakukan bila-bila masa.
Periksa penunjuk aras minyak
Sebelum memulakan perjalanan adalah lebih elok untuk anda mengisi minyak full tank. Ini akan lebih melancarkan perjalanan anda dan tak perlu bersesak di stesen minyak. Oleh itu anda kena pastikan indicator atau penunjuk aras minyak berfungsi dengan baik.
Periksa minyak enjin
Tanpa minyak enjin memang tak ‘bernyawalah’ kenderaan anda. Periksalah keadaan minyak enjin sebelum bertolak. Cara nak periksa paras minyak enjin pun bukannya susah. Cabut dipstick dan bersihkan dahulu. Kemudian celupkan semula dan tengok paras minyak enjin. Ia harus berada antara paras minimum dan maksium. Kalau kurang, tambahkan minyak enjin.
Kondisi minyak brek
Paras minyak brek juga penting untuk keselamatan anda. Anda boleh periksa parasnya menerusi penanda pada bekas atau tabung minyak brek. Pastikan ia antara minumum dan maksimum. Jika kurang tambah minyak brek dengan berhati-hati dan tak melimpah.
BACA: Bila Kereta Terjunam Ke Dalam Air, Ini Langkah Yang Boleh Selamatkan Nyawa Anda!
Minyak power stereng
Seperti kondisi minyak enjin dan minyak brek, kandungan minyak power stereng juga perlu berada di antara minum dan maksimum. Selain itu pastikan ia berwarna keemasan dan jika terlalu gelap atau hitam itu bermakna anda perlu menukarnya.
Air radiator
Perkara yang mudah tapi ramai orang buat sambil lewa. Tak lain tak bukan ialah kandungan air untuk radiator. Kandungan air perlu berada di antara paras minimum dan maksimum.
Wiper
Dalam perjalanan jauh anda mungkin berdepan dengan pelbagai situasi jalan raya seperti berdebu dan juga cuaca yang tak menentu. Oleh itu fungsi wiper memang sangat penting. Anda perlu pastikan air dalam bekas washer fluid sentiasa penuh. Untuk elak nozzle tersumbat anda boleh guna air suling atau mineral. Dan boleh juga tambahkan sedikit cairan permbersih cermin kereta.
Getah wiper
Mungkin anda sudah lama tak tukar wiper. Bila hujan ia tak dapat buang air hujan dengan baik kerana getahnya sudah semakin uzur. Anda juga boleh lihat pergerakan wiper sama ada lancar atau tidak.
Sistem penghawa dingin
Periksa kondisi penghawa dingin kereta dengan menghidupkan suhu maksimum dingin dan maksimum blower. Kipas pendingin harus berputar dan periksa sign glass lihat kondisinya. Ia tak boleh ada biuh udara di dalamnya. Kalau ada buih itu bermakna gas berada pada tahap rendah atau berlaku kebocoran pada paip.
Belt & kipas
Drive belt merupakan talipenggerak enjin untuk memutarkan komponen tambahan seperti pullu aircond, kipas radiator, alternator dan kompressor penghawa dingin. Jika drive belt nampak macam terjejas dan berbulu itu tandanya memang kena tukar.
Bateri
Jika anda menggunakan bateri kering boleh periksa kemampuannya dengan battery charge indicator. Jika lampu hijau bermakda ia masih baik dan jika lampu merah atau putih sahaja bermakna bateri sudah ‘kong’ dan perlu tukar baru.
Untuk bateri basah pula anda hanya perlu periksa kandungan air bateri. Jika berada di bawah paras minimum tambahkan air bateri. Tapi jangan sampai terlebih paras maksimum.
Tayar
Periksa tekanan tayar dan sesuaikan dengan spesifikasi tekanan. Pastikan juga bunga tayar tidak botak dan masih dalam kondisi baik.
Kredit info & foto: Perodua Utara
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tip Cuci Air Filter Aircond Kereta Sendiri Dengan Mudah, Tak Sampai Sejam Siap!
Isi Kandungan
ToggleUmum kita sudah tahu bahawa negara kerap berdepan dengan cuaca yang sangat panas. Malah cuaca panas ini boleh datang dan pergi lebih cepat daripada biskut.
Dan dalam cuaca panas begini amatlah penting untuk kita mempunyai penghawa dingin kereta yang berfungsi dengan baik.
Bayangkanlah anda memandu atau menjadi penumpang di dalam kenderaan pada jam 12 tengahari. Memang akan cukup menyeksakan dengan kepanasan melampau.
Penghawa dingin kereta anda sebenarnya mungkin tak rosak. Antara sebab mengapa ia tak sejuk adaah kerana filter sudah lama tak dibersihkan.
Seorang pengguna Facebook, Mohd Farhan Alias pernah membuat perkongsian cara DIY yang mudah untuk cuci filter penghawa dingin. Perkongsian yang dilakukan ini adalah berdasarkan kereta Peroduan Myvi. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.
BUKA BAHAGIAN GLOVE BOX
Kebiasaannya glove box ini terletak di hadapan bahagian penumpang hadapan di sebelah kiri. Buka dan tanggalkan dengan perlahan.
CARI PENUTUP FILTER
Selepas membuka glove box, cari penutup filter seperti gambar di atas. Terdapat klip penutup yang biasanya terletak di sebelah kanan. Buka klip tersebut.
BACA: 12 Tip Servis Kereta Yang Wajib Lelaki Tahu!
BUKA PENUTUP
Selepas klip dan penutup dibuka tarik filter yang berwarna putih.
PERIKSA KONDISI FILTER
Inilah rupa filter yang telah memerangkap banyak debu dan habuk. Boleh dikatakan sudah kotor.
GUNA SABUN
Untuk bersihkan filter anda boleh gunakan sedikit sabun pakaian. Rendamkan filter yang kotor itu di dalam bekas.
CUCI DENGAN BERUS
Selepas sejam filter direndam anda boleh keluarkannya. Biasanya masih terdapat sedikit kotoran. Anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk mencucinya.
KERINGKAN
Sudah nak siap! Langkah terakhir anda perlu keringkan filter yang sudah dicuci. Boleh dikeringkan sama ada dijemur di bawah matahari atau menggunakan blower. Selepas kering anda boleh pasang semula.
Semoga perkongsian dari saudara Mohd Farhan Alias ini boleh membantu anda menjadikan penghawa dingin kereta berfungsi dengan baik. Bila dah buat secara DIY begini anda pun boleh berjimat!
Jika penghawa dingin masih tidak sejuk anda perlu bawa ke bengkel untuk buat pemeriksaan lanjut. Mungkin ada masalah kebocoran di bahagian tertentu telah berlaku. Dan yang paling penting lakukanlah servis penghawa dingin secara berkala.
Kredit: Mohd Farhan Alias
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kereta Rali Ikonik Colin McRae, Subaru Impreza WRX Dilelong RM2 Juta Dengan Bidaan Bitcoin
Bagi peminat rali kereta, nama mendiang Colin McRae pastinya tidak asing lagi bagi anda. Menjuarai kejuaran dunia pada tahun 1995, Colin McRae cukup sinonim dalam dunia perlumbaan rali dunia terutamanya dengan kereta ikonik, Subara Impreza WRX.
Terbaru, kereta yang pernah dipandu Colin McRae dan Carlos Sainz, 1994 Subaru Prodrive 555 Group A World Rally Championship telah dijual pada harga kira-kira RM2 juta.
Lebih menarik penjualan hasil lelongan tersebut dilakukan dengan menggunakan matawang kripto, Bitcoin. Jualan tersebut turut disahkan oleh Lloyds Auction of Autralia dengan mengumumkan penjualan bernilai 500 ribu dakam bitcoin.
Penggunaan mata wang kripto telah lama dibincangkan terutamanya oleh badan lelongan terkenal dunia. Penjualan terbaru ini merupakan satu signifikasi dalam urusan jual beli melibatkan jumlah yang besar menggunakan matawang digital tersebut.
Kereta rali istimewa ini merpuakan satu daripada 63 buah yang pernah dibina. Lebih menarik ia dilaporkan telah berpindah milik kepada dua individu sebelumnya sebelum tersadai du sebuah bangsal di Victoria, Australia sekurang-kurangnya selama 10 tahun.
Malah pemilik ladang tersebut tidak mengetahui kereta itu terdapat di dalam bangsalnya. Ia kemudian diberi restorasi semula dengan baik sebelum dilelong.
Dunia sukan permotoran rali dunia tidak akan sama tanpa penglibatan penuh bermakna dari Colin McRae. Disebabkan itulah namanya cukup disegani oleh peminat sukan lumba kereta dan tidak hairanlah jentera dipandunya mempunyai nilai cukup tinggi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI