Bahang panas sekarang memang tak boleh bawa bincang!
Ini terutamanya bagi mereka yang tinggal di negeri Pantai Timur dan juga Utara – rata-rata mengalami cuaca panas yang cukup menduga.
Situasi ini dirasai sendiri penulis ketika pulang beraya beberapa minggu lalu. Memang cuaca panas kali ini sangat lain macam perginya.
Selain menggunakan penghawa dingin, terdapat beberapa cara dan langkah yang anda boleh lakukan untuk menyejukkan ruang di dalam rumah. Lebih menarik, perkongsian MASKULIN kali ini tidak melibatkan kos yang tinggi pun!
Ikuti cara-caranya di bawah!
KETULAN AIS
Gunakan gabungan kipas angin berdiri dan ketulan ais dengan penuh efisien! Letakkan beberapa ketulan ais di dalam bekas. Letakkan bekas tersebut betul-betul di hadapan kipas angin.
Jadi angin yang bertiup akan datang dengan haba sejuk dari ais. Pastinya ia lebih menyamankan ruang yang panas dan ada bahang. Kosnya pun tidaklah mahal pun.
AIR DALAM BESEN
Salah satu cara menyejukkan ruang di dalam bilik contohnya ialah dengan meletakkan bekas atau besen berisi air. Pernah tak anda terfikir mengapa bilik air sering saja sejuk? Ya, ia disebabkan ada air terisi di dalam bekas.
Untuk melegakan haba dalam bilik, letakkan besen berisi air dengan kuantiti yang agak banyak. Sebagai contoh letaklah dua atau tiga besen. Barulah anda dapat tidur pun dengan aman, nyaman dan tenteram.
GUNA LAMPU LED
Menggunakan lampu LED adalah lebih mesra alam, murah dan juga tidak mengeluarkan haba. Berbeza dengan lampu mentol yang lama, ia mengeluarkan haba agak panas. Apatah lagi jika terdapat beberapa buah mentol digunakan senrentak di dalam bilik.
KIPAS KE TINGKAP
Teknik halakan kipas ke arah tingkap juga boleh membantu anda mengeluarkan haba panas dari bilik. Bila cuaca panas, sebelum anda nak tidur halakan kipas ke luar atau menghadap tingkap. Lakukan selama 10 ke 15 minit nescaya bahang panas akan berkurangan.
TUTUP LANGSIR
Pada waktu siang, tutuplah langsir tingkap atau sliding door. Ini terutamanya jika rumah anda menerima pancaran matahari secara terus. Dengan langkah ini, cahaya matahari tidak akan menembusi dan memasuki ruang di dalam rumah. Sekali gus mengelakkan bahang terperangkap.
FABRIK YANG BETUL
Mahu tidur yang selesa? Pilihlah fabrik cadar yang baik terutamanya dari jenis kain ‘sejuk’ seperti cotton.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat serta menghadirkan keselesaan dalam kehidupan seharian anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI