Tak perlu suplemen mahal, hanya makan telur pun anda sudah boleh membentuk otot dengan cepat.
Jadi untung jika anda kerap makan telur sebagai hidangan utama kerana ia boleh boleh dijadikan alternatif mudah untuk mempercepatkan lagi pembentukan otot.
Tubuh yang menerima nutrisi secara optimum akan membantu proses penubuhan otot.
Telur merupakan salah satu hidangan yang lengkap bagi mereka yang mahu berdiet secara sihat.
Para atlet bina badan juga makan telur sebagai sumber protein kerana ia amat penting dalam proses membentuk dan membina otot dengan cepat. Tanpa protein, otot tidak akan membentuk.
Telur mengandungi 6 gram protein yang berkualiti tinggi dan 90 kalori. Ia juga kaya dengan sumber vitamin yang lain iaitu A, E, K, B12, asid folik dan riboflavin.
Selain protein, lemak juga merupakan faktor utama dalam pembentukan otot kerana telur juga mengandungi tahap lemak yang tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan tahap testosterone.
Untuk mendapatkan otot juga, seseorang perlu berusaha dengan lebih dalam bersenam sama ada di gimnasium mahupun di luar.
Ads
Badan yang keletihan pula akan merosakkan tisu otot akibat daripada senaman yang berlebihan.
Untuk membaiki kerosakan tisu tersebut, tubuh memerlukan kandungan protein yang tinggi dan asid amino selepas senaman. Oleh itu, pengambilan telur terbukti dapat memulikan tisu dan mempercepatkan kadar pertumbuhan otot.
Setiap orang mengimpikan alangkah seronoknya jika berpeluang untuk mendapatkan tubuh badan yang fit atau pun sado.
Namun demikian, mindset serta disiplin diri juga merupakan antara langkah utama yang perlu dititik beratkan selain :
1. Jalani latihan dengan orang berpengalaman
Nama pun orang berpengalaman. Sudah pasti mereka pernah berada pada kedudukan anda dan lebih mengetahui selok-belok atau trik untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal dengan lebih berkesan menerusi kaedah tertentu.
2. Tetapkan pendirian untuk berubah
Apabila sudah menuntut ilmu daripada orang berpengalaman, tolong tetapkan pendirian untuk mengubah diri anda kepada yang lebih baik termasuk dalam konteks mahu membina otot tubuh yang lebih mengancam.
3. Lepak dengan geng sematlamat
Selain itu, jangan cari kawan yang jenis kaki kecam. Mereka cuma mematahkan semangat anda. Sebaliknya rajin-rajinlah lepak atau ‘ngeteh’ dengan geng-geng baru yang memiliki matlamat sama untuk membina tubuh. Barulah mudah dan lebih bermotivasi.
4. Cari gym yang kondusif
Jangan terlalu kedekut untuk manjakan diri anda dengan peralatan yang bagus. Kesannya, anda juga yang akan memiliki body yang awesome. Jadi, carilah gym yang kondusif dan lengkap dari segi peralatannya untuk memudahkan workout anda.
5. Letakkan matlamat spesifik
Letakkan matlamat spesifik kenapa anda ingin membina badan. Boleh jadi anda target untuk jadi hero filem, pikat wanita, kepuasan diri atau gambar dekat Instagram dapat likes beribu. Itu semua bergantung kepada matlamat anda.
Apa-apa pun untuk mendapatkan tubuh badan dengan otot yang sado ini, sememangnya banyak kerja atau pantang larang yang perlu diikuti.
Jadi, tanamkan dalam jiwa dan minda yang anda mampu lakukan serta capai impian anda biar pun lambat tetap boleh direalisasikan. Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila kaki terseliuh, memang sakit kalau nak berjalan balik. Terpaksalah berjalan dengan terhincut-hincut.
Namun begitu, usah dibiarkan lama-lama. Terus rawatnya segera untuk mengurangkan kesakitan pada kaki anda dengan cara berikut :
1. Perlu rehat
Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak (axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk bergerak.
2. Perlu tuam ais
Sejurus selepas kecederaan, lakukan tuaman ais. Tuam ais selama 20 minit setiap 2 hingga 3 jam kerana ia dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk.
3. Perlu balut
Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.
4. Perlu tinggikan kaki
Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.
5. Jangan urut
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
6. Jangan tuam haba
Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
7. Jangan sapu minyak panas / gamat
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.
8. Jangan abaikan kesakitan
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka (mungkin open fracture).
Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda kena berjumpa doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kecederaan ini boleh akibatkan kesakitan kronik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda sebagai lelaki terutamaya bertanggungjawab kepada diri sendiri dengan apa yang anda makan. Paling mudah ikut sahaja diet seimbang dan saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia seperti ‘suku-suku separuh’.
Namun sebagai lelaki kita juga mungkin peka dengan khasiat yang dibawa oleh makanan yang dianbil terutamanya dari segi memberikan tenaga dalaman yang baik. Buat lelaki yang sudah berumah tangga ini merupakan perkara yang sangat penting.
Bukan sahaja memberikan kesihatan yang baik tetapi mampu membantu menbahagiakan rumah tangga. Terdapat beberapa jenis makanan yang dipercayai mampu menyumbang dan memberikan kekuatan ‘dalaman’ atau meningkatkan libido terhadap lelaki.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis makanan yang boleh anda ambil dan amalkan.
BERAS PERANG
Beras perang mengandungi banyak vitamin B yang dangat penting untuk penghasilan tenaga. Kurang tenaga bermakna dorongan keinginan untuk anda ‘bersama’ pasangan juga menjadi rendah. Selain itu, beras perang juga mengandungi magnesium yang baik untuk penguncupan otot. Di mana ia penting untuk membantu anda jadi lebih mantap.
MADU
Diangakat sebagai penawar segala penyakit madu sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi akan khasiatnya terutama di kalangan masyarakat kita.
Tapi tahukah anda dalam ketamadunan purba Parsi, setiap pasangan yang baru berkahwin akan minum madu setiap hari bagi mengekalkan mood mereka untuk melayari bahtera rumah tangga! Madu juga kaya dengan vitamin B yang mampu membantu penghasilan testosteron dan kandungan fruktosa pula membantu meningkatkan stamina.
TEMBIKAI
Saintis di Texas, Amerika Syarikat telah menunjukkan pengambilan tembikai dalam diet harian mampu memberikan kesan hampir sama seperti pengambilan viagra. Ini berikutan tembikai mengandungi kandungan citrulline dan arginine yang boleh mencetuskan penghasilan nitrik oksida, kompaun yang membantu merelakskan saluran darah dalam badan.
IKAN TUNA
Kaya dengan kandungan vitamin B3, ikan tuna mampu menguatkan tenaga dalaman lelaki terutamanya bagi mereka yang mungkin ada masalah mati pucuk. Vitamin B3 juga dipercayai bpleh meningkatkan sensasi sentuhan dan meningkatkan tenaga intim.
TOMATO
Sejenis sayuran yang turut dikenali dengan nama julukan ‘Love Apple’, tomato kaya dengan kandungan beta-carotene di mana ia ditukarkan menjadi vitamin A yang cukup penting dalam mengekalkan kekuatan dalamam lelaki.
BAYAM
Pernah lihat kartun atau animasi Popeye? Tak hairanlah mengapa ia jadi kuat bila makan bayam kerana ia kaya dengan co-enzim Q10. Satu kajian menerusi jurnal Fertility and Sterility menyatakan co-enzim Q10 boleh membantu meningkatkan pergerakan sperma di mana ia membuatkan seorang lelaki itu lebih subur.
BAWANG PUTIH
Walaupun ramai tak tahan dengan bau dan juga rasanya namun bawang putih ada khasiat sangat hebat. Ia mengandungi bahan yang istimewa dikenali sebagai allicin yang mampu membantu pengaliran darah dan meningkatkan keinginan seksual di kalangan lelaki.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat buat anda lelaki di luar sana. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.