Kini anda tak perlu susah nak buang whitehead sebab ada cara mudah yang boleh anda buat. Menggunakan dua bahan bermodalkan serendah RM0.40, anda boleh buang whitehead tanpa perlu memicitnya.
Tidak dinafikan, kehadiran whitehead yang bermaharajalela di celah-celah hidung dan dagu membuatkan kita rasa rimas. Bimbang jika dipicit boleh menyebabkan hidung dan dagu menjadi merah.
Cara mudah dan murah ini anda boleh ikuti menerusi perkongsian Facebook Yanie Rosdi. Kini anda tak perlu lagi bersusah payah nak membeli pore patches sebab dua bahan ini boleh mengatasi masalah whitehead anda.
Semoga bermanfaat.
BACA: Hanya Guna Kunyit, Telur & Tisu, Habis Keluar Whitehead & Blackhead!
Stress bila white head penuh di muka terutama di sekitar zone T?
Saya kongsikan cara paling jimat untuk buang white head degil itu.
Boleh follow step by step dekat gambar di bawah.
Yang paling penting muka mestilah diwap dengan air suam dulu untuk buka pori supaya lebih terangkat.
Boleh #SHARE juga untuk sahabat yang ada masalah blackhead dan whitehead degil.
BACA: Guna Kunyit, Telur & Tisu, Wanita Ini Kongsi Tip Buang Whitehead & Blackhead Cara Mudah!
1. Sediakan sebiji telur dan 3 keping kapas muka.
2. Rendam kapas tersebut di dalam putih telur.
3. Tampalkan kapas bertelur di sekitar zone T dan tunggu sehingga 1 jam.
4. Tadaaa. U see whitehead dah terangkat dengan jayanya. Cuba konsisten buat seminggu 2X dan tengok hasilnya nanti.?
BACA: Tak Perlu Picit! Blackhead & Whitehead Akan Hilang Dengan Mudah Guna 9 Cara Ini