Kini anda tak perlu susah nak buang whitehead sebab ada cara mudah yang boleh anda buat. Menggunakan dua bahan bermodalkan serendah RM0.40, anda boleh buang whitehead tanpa perlu memicitnya.
Tidak dinafikan, kehadiran whitehead yang bermaharajalela di celah-celah hidung dan dagu membuatkan kita rasa rimas. Bimbang jika dipicit boleh menyebabkan hidung dan dagu menjadi merah.
Cara mudah dan murah ini anda boleh ikuti menerusi perkongsian Facebook Yanie Rosdi. Kini anda tak perlu lagi bersusah payah nak membeli pore patches sebab dua bahan ini boleh mengatasi masalah whitehead anda.
Bau badan yang kuat atau bahasa saintifiknya “Bromhidrosis” adalah disebabkan bau kesan samping bahan penguraian peluh oleh bakteria. Pada badan kita terdapat dua jenis kelenjar peluh.
1-Kelenjar Eccrine yang terdapat di seluruh badan kita. Peluh yang dihasilkan oleh kelenjar ini selalunya tidak berbau dan berfungsi untuk menyejukkan badan seperti semasa bersukan.
2-Kelenjar Appocrine terdapat banyak di bahagian ketiak , kawasan genital, kelopak mata , telinga dan di payu dara.
Peluh yang dihasilkan oleh kelenjar Eccrine mengandungi kandungan garam tinggi. Oleh itu bakteria kurang aktif di dalam situasi “masin”. Manakala peluh yang dihasilkan kelenjar peluh Appocrine mengandungi paras Protein tinggi . Protein yang tinggi ini boleh diuraikan oleh bakteria Propioni dan bakteria Staphylococcus Epidemidis menjadi asid yang mempunyai bau kurang menyenangkan.
Untuk mengawal bau badan , dua perkara perlu anda lakukan adalah mengurangkan penghasilan peluh dan mengurangkan bakteria badan.
1-Untuk mengurangkan bakteria badan , anda dinasihatkan mandi 2 atau 3 kali sehari dan gunakan sabun antibakteria.
2-Untuk mengurangkan peluh, cukur bulu roma atau lakukan rawatan laser hair removal agar kawasan terbabit cepat kering. Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas agar peluh cepat kering.
Penggunaan deodoran antiperspirant
Dari segi perubatan, anda boleh menjalani rawatan suntikan Botulinum Toxin A untuk mengurangkan peluh. Suntikan ini sangat selamat dan berkesan. Namun begitu, rawatan ini perlu dilakukan setiap 4 hingga 6 bulan dan kos agak tinggi.
Masalah penyakit diabetes dan obesiti juga boleh menyebabkan badan kita berbau. Oleh itu, cuba kurangkan berat badan dan jaga pemakanan. Elakkan juga makan kari atau bawang putih. Semoga Berjaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Khasiat cuka epal memang tak boleh disangkal lebih-lebih lagi untuk membuang lemak. Ia telah digunakan oleh orang Greek dan Mesir sejak beribu tahun dahulu sebagai makanan dan ubatan.
Khasiat cuka epal ini mula diberi perhatian setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal sebagai produk masakan yang sihat yang boleh diamalkan setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).
Selain khasiat cuka epal untuk kesihatan tubuh badan, Jarvis juga mengesyorkan agar cuka epal dicampurkan dengan madu untuk membuat air ‘honergar’ (madu + cuka epal).
Jika anda nak kurangkan rasa masam, campurkan cuka epal dengan sesudu madu. Untuk dapatkan hasil terbaik, minum dua kali sehari.
Jom ketahui 8 lagi khasiat cuka epal, selain buang lemak.
1. Detox terbaik
Detox berfungsi mengeluarkan toksin dan bahan berlebihan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Amalan ini boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat, selain dapat mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.
2. Kawal nafsu makan & kuruskan badan
Dalam kajian 2013 yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, penyelidik mendapati bahawa cuka epal dapat menyekat selera makan. Ini secara tidak langsung dapat membantu anda mengawal nafsu makan dalam proses menurunkan berat badan. Sebelum anda memulakan apa-apa diet, pastikan anda rujuk dengan ahli dietetik atau doktor untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
3. Kurangkan paras kolesterol
Walaupun penemuan ini memerlukan lebih banyak kajian, namun pada tahun 2006 penyelidik telah menemui bahawa asid asetik yang ada dalam cuka boleh mengurangkan paras kolestrol di dalam badan tikus makmal. Malah satu kajian lain yang dijalankan di Jepun mendapati, orang yang mengambil 15 gram cuka epal setiap hari boleh mengurangkan tahap kolestrol bagi orang yang terlibat dalam kajian tersebut.
4. Melegakan sakit tekak
Jika tekak anda rasa tidak selesa, ambillah cuka epal. Ia mengandungi tahap asid yang ldapat membunuh bakteria yang ada dalam mulut. Caranya, campurkan satu cuka epal dan satu sudu madu ke dalam secawan air suam. Kemudian, berkumur dengannya setiap sejam ataupun 2 jam.
5. Bagus untuk kulit
Cuka epal juga sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti ekzema atau merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit mahupun selulit. Minuman berkhasiat ini kaya dengan potassium yang membantu proses detokfikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi. Manakala beta karotin yang ada dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.
6. Jadikan rambut bersinar
Cuka epal boleh dijadikan sebagai pelembut rambut. Menurut seorang arkitek, Cheryl Cheko, beliau sering dipuji oleh pekerja salun kerana rambutnya yang cantik. Rahsianya ialah menggunakan soda bikarbonat sebagai syampu dan cuka epal ketika membilas rambut. Bahkan ia juga boleh menghilangkan gatal pada kulit kepala. Cuka epal bersifat asid dan kebanyakan masalah rambut disebabkan oleh rambut yang terlalu beralkali. Fungsi cuka epal dapat membantu meneutralkan rambut dan kulit kepala. Sebelum menggunakannya pada rambut, pastikan anda larutkan cuka epal dengan air bagi mengelakkan rambut rosak.
7. Rawat kaki berbau & gatal
Cuka epal sangat baik untuk merawat kaki yang bermasalah seperti kaki berbau, kutu air atau tumit kaki pecah. Untuk mengatasi masalah kutu air yang ringan, anda campurkan 2 sudu makan cuka epal dengan 3 cawan air. Rendam kaki dalam larutan ini selama 10-15 minit. Orang yang bermasalah dengan kaki berbau pun boleh amalkan cara ini. Bukan itu sahaja, rendaman cuka epal untuk tumit kaki kering dan pecah juga dikatakan efektif untuk mengembalikan kelembapannya. Caranya, gunakan air sejuk untuk rendam kaki selama 20 minit. Setelah kering, sapukan pelembap kaki dan pakai sarung kaki sebelum anda nak tidur. Elak gunakan cuka epal jika kaki anda luka kerana ia akan membuatkan luka lambat sembuh dan berlaku jangkitan.
8. Atasi masalah mulut berbau
Cuka epal juga bermanfaat sebagai bahan untuk berkumur dan mengatasi masalah mulut berbau. Kajian dari penelitian yang dilakukan oleh Mayo Foundation for Medical Education and Research membuktikan bahawa cuka epal sangat baik untuk mengatasi bau mulut. Ia mengandungi enzim baik yang dapat membantu menghancurkan plak penyebab karang gigi, melindungi mulut daripada bakteri sisa-sisa makanan dan menyimpan nutrisi yang baik untuk menjaga kesihatan gigi.
KESIMPULAN
Pengambilan cuka epal dalam diet harian pasti ada kebaikan untuk tubuh kerana ia kaya dengan nutrisi. Namun jangan ambil berlebihan, amalkan secara sederhana dan berpada-pada. Bagi yang ada masalah kesihatan, sebaiknya berbincang dahulu dengan doktor sebelum mengambil cuka epal ini. Untuk yang ingin mengamalkan cuka epal, pastikan anda larutkan cuka epal terlebih dahulu untuk mengurangkan kepekatannya untuk mengelakkan sebarang kemudaratan lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi anda yang mempunyai rambut panjang terutamanya pasti berdepan dengan cabaran untuk menjaganya. Lelaki berbeza berbanding wanita kerana kita lebih kerap berpeluh dan mempunyai bau badan tersendiri.
Jadi bagaimana cara untuk elak rambut daripada berbau busuk? Ikuti 5 tip mudah seperti MASKULIN kongsikan di bawah.
CUCI SETIAP HARI
Anda disarankan membasuh rambut setiap hari bagi mengelakkan rambut anda berminyak, berbau dan yang paling penting boleh menghasilkan kelemumur.
JANGAN GOSOK DENGAN TUALA
Sebaik sahaja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia menyebabkan rambut mudah bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering.
Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan-lahan.
JANGAN IKAT KETAT
Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut.
Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.
Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urut rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku.
Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik.
Anda pula yang berambut panjang bagaimana? Ada tips lain? Apa kata kongsikan bersama Maskulin.