Untuk orang bujang ataupun ahli keluarga sedikit bolehlah cuba masak nasi ikut portion ini. Maklum sajalah, masa berbuka tak semua yang nak makan nasi.

Apatah lagi bila beli makanan dari bazar, keinginan untuk makan nasi dah takde sebab dah kenyang. Jadi membazir jika masak nasi dalam portion yang besar.

Kalau masak nasi portion sedikit dalam rice cooker, silap-silap nasi boleh berkerak. Nak cuci dah satu hal!

Jadi untuk mengelakkan pembaziran dan kerak pada tepi nasi, apa kata masak nasi ikut cara yang dikongsikan Amalina Aziz ini. Lebih praktikal untuk orang bujang ataupun ahli keluarga yang tak ramai.

Ini caranya.

BACA: Antara Sarapan Nasi Atau Roti, Mana Satu Lebih Mudah Jadikan Badan Kembang?

1st trial dan berjaya!

Cara tak nak membazir nasi. Kalau Kita masak macam biasa, banyak jugak kan nasi yang lekat kat periuk yang hangit tu. Ini cara untuk masak nasi dalam kuantiti sikit contohnya untuk 2 orang makan.

Ads

1. BASUH BERAS

Cara Mudah Masak Nasi Sikit Agar Tak Membazir & Berkerak, Sesuai Untuk Sorang Makan!
Sumber gambar: Google

Mula-mula, ambil beras dalam setengah mug dan basuh seperti biasa. Kalau nak 2 mug nasi, buat lagi satu.

2. MASUKKAN AIR SECUKUPNYA

Cara Mudah Masak Nasi Sikit Agar Tak Membazir & Berkerak, Sesuai Untuk Sorang Makan!
Sumber gambar: Google

Kemudian isikan air ke dalam mug agak-agak sampai hampir penuh. Beras tadi anggarkan dalam separuh mug.

Saya guna mug seramik kaca supaya tak pecah. Boleh juga guna cawan / bekas stainless steel kalau ada.

BACA: Coach Ini Kongsi 40 Menu Eat Clean Untuk Yang Nak Diet Tapi Tak Mahu Tinggal Nasi!

3. ISIKAN AIR DALAM PERIUK RICE COOKER

Cara Mudah Masak Nasi Sikit Agar Tak Membazir & Berkerak, Sesuai Untuk Sorang Makan!

Ads

Kemudian, isikan pula air dalam periuk rice cooker lebih kurang separuh penuh.

4. MASAK SEPERTI BIASA

Cara Mudah Masak Nasi Sikit Agar Tak Membazir & Berkerak, Sesuai Untuk Sorang Makan!

Akhir sekali, boleh tekan butang ‘cook’ dan masak macam biasa ??

BACA: 10 Tip Nak Perut Rasa Kenyang Untuk Orang Diet Yang Tak Boleh Tinggal Nasi!

Ads

WAH, CANTIK KEJADIANNYA!

Cara Mudah Masak Nasi Sikit Agar Tak Membazir & Berkerak, Sesuai Untuk Sorang Makan!

Cara Mudah Masak Nasi Sikit Agar Tak Membazir & Berkerak, Sesuai Untuk Sorang Makan!

Tadaa…. Beginilah hasilnya bila dah siap masak. Senang saja kan?

Lain kali tak ada alasan lagi malas nak masak nasi sebab sorang-sorang di rumah. Boleh masak dalam kuantiti sedikit macam ni. Lepas tu goreng telur dan ngap. Kan senang tu. Tak payah susah-susah pergi tapau dekat kedai mamak. Kita pun tak adalah terlebih makan bila dah masak cukup-cukup macam ni je.

Tengok tu, tak ada kerak pun dan tak payah leceh-leceh nak rendam periuk nasi lagi masa mencucinya.

Senang sangat. Kena cuba tau. Silalah share kalau bermanfaat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI