Tahukah anda, menurut pakar fesyen, jambang adalah aset yang cukup unik bagi lelaki sama seperti otot pada perut serta bulu di dada.
Cara Mudah Lebatkan Jambang, 5 Perkara Ini Perlu Lakukan Konsisten
Jadi kalau anda mahukan janggut anda tumbuh dengan lebat, ini adalah 5 tip simple yang boleh anda lakukan, Ini MASKULIN senaraikan untuk anda.
1. Kurangkan bercukur
Untuk mendapatkan janggut yang tebal, anda perlu mengelak daripada membentuk atau mencukur janggut di wajah anda dengan terlalu kerap. Jika anda mahukan gaya stubble , ianya amat mudah. Caranya adalah anda tidak perlu bercukur selama beberapa hari dan anda memilikinya dengan cara yang paling mudah dan hanya memerlukan penjagaan asas sahaja untuk memastikan gaya itu kekal.
2. Biarkan janggut sehingga 4 – 6 minggu
Pertumbuhan janggut merupakan suatu komitmen bagi diri anda. Anda perlu membiarkan janggut anda tumbuh tanpa sebarang gangguan selama empat hingga enam minggu. Selepas enam minggu, anda boleh menggunting janggut anda untuk mengemaskannya apabila ianya telah matang dan anda boleh mula membentuk janggut dengan gaya yang diinginkan anda apabila ia telah berkembang sekurang-kurangnya 1 atau 1½ inci.
Ads
3. Cuci dan rapikan secara teratur
Sama seperti rambut anda, janggut anda juga memerlukan penjagaan dan perhatian yang kerap. Anda perlu membasuh janggut anda menggunakan pencuci muka “mild” bersama air suam dua kali sehari. Ini akan mempercepat pertumbuhan rambut. Juga, gunakan syampu ringan di janggut anda dua atau tiga kali seminggu untuk memastikan rambut bersih dan bebas daripada makanan yang sesat dan zarah lain. Selepas mencuci, gunakan sedikit perapi untuk menjaga rambut yang kuat dan memberikan penampilan yang penuh dan tebal.
4. Urut wajah anda
Ads
Untuk merangsang pertumbuhan rambut di muka anda, mengurut secara teratur adalah suatu keharusan. Mengurut wajah anda akan meningkatkan peredaran darah ke kawasan tersebut dan membantu nutrien mencapai folikel rambut sehingga rambut tumbuh lebih cepat dan lebih tebal. Ini akan memberikan rupa janggut yang lebih lengkap dan lebih maju.
5. Guna bahan semula jadi
Ads
Untuk menyediakan minyak urut, anda boleh menggabungkan 1 sudu makan minyak zaitun, minyak jojoba dan minyak badam manis dan tambah 5 hingga 7 titis minyak pati kayu putih. Atau, anda boleh menggunakan campuran 2 hingga 3 sudu minyak zaitun dan beberapa titis minyak kayu putih.
Caranya adalah :
Panaskan gabungan minyak dalam gelombang mikro selama beberapa saat.
Letakkan minyak yang telah hangat di telapak tangan anda.
Sapukan dengan teliti sepanjang janggut anda.
Urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat selama 10 minit.
Anda tak perlu gelabah kalau jerawat muncul kerana acne patch ada penyelesaiannya. Ia dikatakan berkesan untuk memulih dan mengecutkan jerawat baru yang muncul di sekitar wajah.
Penggunaan acne patch ini secara tidak langsung dapat memelihara jerawat daripada menyebabkan iritasi dan kemerahan pada kulit. Penggunaannya mudah! Anda hanya perlu tampal acne patch ini sebelum tidur dan keesokan harinya jerawat anda sudah mengecut dan hilang.
Kalau anda sedang berdepan dengan masalah jerawat, ini ada 5 pilihan acne patch yang anda boleh cuba.
1. Miacare Acne Patch
Jika anda mencari acne patch yang multi-tasking di mana ia boleh bekerja pada waktu siang dan malam, maka jenama Miacare ini sesuai untuk anda! Ia didatangkan dengan dua pilihan iaiti siang dan malam. Saiz acne patch untuk kegunaan malam agak tebal berbanding acne patch untuk kegunaan siang bagi membolehkan penyerapan yang maksimum. Anda tidak perlu segan untuk memakainya kerana rekaan jenama ini sangat nipis.
2. Watsons Acne Patch
Watsons Acne Patch ini sesuai digunakan oleh anda yang miliki kulit alah terutamanya alah pada krim jerawat yang agak keras. Acne patch ini akan menyerap minyak dan melindungi jerawat daripada kekotoran dan menjangkiti kulit lain. Ia tersedia dalam semi-lutsinar bersaiz 0.04cm dan sangat nipis untuk menutup jerawat dengan sempurna. Ia juga kalis air dan sangat selesa untuk digunakan.
3. OXY Anti-Bakterial Acne Patch
Ada banyak pilihan di farmasi tapi jenama dari OXY ini juga tak kurang hebatnya. Kenapa? OXY Acne Patch hadir dengan formula anti-bakteria yang terbukti berkesan menghalang bakteria jerawat. Ia dapat memberi perlindungan maksima selama 8 jam, menyerap minyak dan nanah di dalam jerawat serta meningkatkan pemulihan jerawat. Acne patch ini super nipis dengan ketebalan hanya 0.3cm dan berwarna lutsinar seakan-akan warna kulit. Ini menjadikannya tidak begitu ketara apabila ditampal pada kulit wajah
4. Cosrx Acne Pimple Master Patch
Acne patch ini menjadi antara pilihan kebanyakan K-Beauty. Ia berkesan mengecut dan meratakan jerawat serta menipiskan jerawat bernanah dengan lebih cepat. Dalam satu pek tersedia 24 keping dengan tiga saiz berbeza iaitu 12 mm, 10 mm, dan 7 mm. Selain melindungi kawasan kulit yang berjerawat, produk ini juga tahan lasak dan selesa dipakai walaupun ketika mandi.
5. Purederm
Bukan acne patch biasa. Jenama Purederm ini mampu mengawal kemerahan dan bengkak jerawat yang berada di peringkat awal. Disuntik dengan asid salistik – digunakan sebagai bahan utama dalam produk anti-jerawat.
Kesemuanya boleh didapati di drugstores. Cuba lihat keberkesannya apabila anda menggunakannya. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selain wajah, tangan dan kaki juga sama pentingnya untuk dijaga agar sentiasa bersih, tak berkerak dan cerah. Jangan hanya wajah sahaja yang nampak cerah tapi kulit tangan kusam.
Tidak perlu produk mahal, seorang wanita bernama Eina Shukry berkongsi rahsianya miliki kulit tangan dan kaki cerah dalam masa singkat hanya menggunakan dua bahan iaitu Krim Safi dan Vaseline. Ingin cuba? jom ikuti perkongsiannya.
Boleh guna pada seluruh badan
Ini dua bahan utama yang saya amalkan untuk kulit tangan dan kaki memandangkan dah berkerak sangat. Duk sental-sental hilang daki kejap je, putihnya tidak kekal mana. Boleh juga pakai dekat seluruh badan, tapi saya lebih fokus dekat tangan je sebab tangan dah kontra dengan kulit muka. Kulit muka bertona-tona cerah sejak amalkan produk kecantikan.
Amalkan dalam masa sebulan
Saya amalkan losyen Vaseline dengan Krim Safi dalam masa sebulan dan lihatlah hasilnya. Itu pun saya pakai setiap hari sebelah malam je. Siang harinya tak boleh sebab ade anak kecil, sikit-sikit basuh tangan, rugi losyen nanti. Untuk hasil yang terbaik, pakai waktu malam dan siang. Lebih cepat kesan dia.
Polish setiap malam & inilah hasilnya
Gambar atas mungkin selepas dua minggu penggunaan. Gambar bawah tambah lagi dua minggu penggunaan. Lebih kurang sebulan. Sebelum ni tangan tak la sebegitu rupa. Lebih malap dari ni tapi tak la teruk. Jadi saya polish setiap malam, maka itulah hasilnya.
Cara pakai
Calit-calit dulu Krim Safi kat kulit kita dan sapu sampai rata, barulah sapu losyen.
Nota tambahan
1. Pastikan losyen tersebut dari Vaseline/Nivea.
2. Krim Safi tersebut gabungan lidah buaya dan habbatus sauda yang warna hijau (Krim Kecantikan).
3. Jangan tertukar antara krim kecantikan dan krim pelembap. Ramai yang salah beli.
Bagi yang berminat mahu mencerahkan atau memutihkan kulit tangan dan kaki atau di mana-mana anggota badan yang lain boleh la mencubanya sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menjadi sunnah bagi kaum lelaki memakai wang-wangian untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.
Wangi-wangian seperti bau haruman kasturi bukan sahaja menyegarkan malah sering digunakan secara tidak langsung dalam perubatan Islam untuk merawat penyakit.
Kajian diuji zaman-berzaman
Al-Kindi atau nama sebenarnya Abu Yusuf Ya’quq Ibn Ishaq Al Kindi merupakan antara tokoh falsafah Islam terbilang dan pernah menguji kehebatan bauan kasturi.
Dalam erti kata lain, kajian mengenai khasiat haruman kasturi telah dilakukan sejak zaman berzaman.
Al-kindi mengkaji dan menggunakan kasturi di dalam kajiannya dan cuba merungkaikan pelbagai hal-hal yang berkait dengan kimia dan haruman.
Dalam masa sama, beliau juga telah menghasilkan sebuah kitab mengenai haruman yang diberi nama kitab Kimiya Al’itr (Book of The Chemistry of The Perfume).
Khasiat dan keistimewaan
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan islam yang lain pula, kasturi didapati mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan, antaranya :
●Memberi kekuatan pada roh
●Memberi ketenangkan jiwa
●Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
●Menghilangkan ketakutan
●Menghilangkan debaran jantung
●Menghilangkan sesak nafas
●Mampu menyedarkan orang yang pengsan
●Menjernihkan mata putih
●Menguatkan tubuh badan
●Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
●Perlindung/benteng kepada gangguan jin (ikhtiar)
Minyak wangi kasturi dalam perubatan Islam
Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani, karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi. Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.