Fesyen

Cara Mudah Ikat Samping Baju Melayu Sendiri, Ambil Masa 15 Saat Je!

Share

Tak lengkaplah bagi seorang lelaki apabila berbaju melayu tanpa samping di 1 Syawal.

Tidak kira anda memakai baju Melayu Cekak Musang mahupun Baju Melayu Teluk Belanga, tidak lengkap sekiranya anda tidak memakai sampin. Malah, jangan terkejut kita lelaki ini sanggup berbelanja besar untuk memiliki samping idaman.

Tapi mesti ramai yang tak reti mengikat samping ni kan. Yelah bukan hari-hari kita nak pakai samping ni. Memang kekok dibuatnya.

Dengan video tutorial pakai sampin 15 saat ini, mungkin masalah pagi raya korang dapat diselesaikan. Video yang diunggah oleh akaun TikTok @shnllhrn ini mendapat 356.5 ribu tontonan dan lebih 14 ribu sukaan setakat ini.

Untuk mengetahui cara pakai samping 15 saat tanpa bantuan orang lain, mari kita ikuti video di bawah.

 

@shnllhrnReply to @shriche done ! Jom duet pakai sampin. ##sampinraya ##bajuraya ##shanellharun ##fyp ##sampinchallenge ##foryou♬ Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

Malah pereka fesyen, Shanell Harun turut berkongsi sejarah tentang samping ini.

 

@shnllhrnReply to @mohdnazli69 tak pelik kalau awak belajar sejarah. ##seluarsempit ##melayu ##bajuraya ##fyp ##shanellharun ##raya2021 ##bajumelayu♬ original sound – Shanell Harun

Untuk info, gaya samping ini diikat juga mempunyai makna dan  berlainan mengikut daerah. Samping atau kain dagang ialah sejenis kain sarung yang dipakai selepas dipakai seluar (pada pakaian Melayu) dan biasanya dari pinggang hingga ke paras lutut sahaja. Ia biasanya dibuat daripada fabrik songket.

Malah tidak dinafikan kebanyakkan gadis memang suka lihat lelaki berbaju melayu dan bersamping. Mana tahu boleh jumpa jodoh di bulan baik ini tapi bagi anda yang single je lah.

Artikel diambil dan diolah dari REMAJA.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Sumber: TikTok @s

Published by
Nana