Tak lengkaplah bagi seorang lelaki apabila berbaju melayu tanpa samping di 1 Syawal.
Tidak kira anda memakai baju Melayu Cekak Musang mahupun Baju Melayu Teluk Belanga, tidak lengkap sekiranya anda tidak memakai sampin. Malah, jangan terkejut kita lelaki ini sanggup berbelanja besar untuk memiliki samping idaman.
Tapi mesti ramai yang tak reti mengikat samping ni kan. Yelah bukan hari-hari kita nak pakai samping ni. Memang kekok dibuatnya.
Dengan video tutorial pakai sampin 15 saat ini, mungkin masalah pagi raya korang dapat diselesaikan. Video yang diunggah oleh akaun TikTok @shnllhrn ini mendapat 356.5 ribu tontonan dan lebih 14 ribu sukaan setakat ini.
Ads
Untuk mengetahui cara pakai samping 15 saat tanpa bantuan orang lain, mari kita ikuti video di bawah.
Untuk info, gaya samping ini diikat juga mempunyai makna dan berlainan mengikut daerah. Samping atau kain dagang ialah sejenis kain sarung yang dipakai selepas dipakai seluar (pada pakaian Melayu) dan biasanya dari pinggang hingga ke paras lutut sahaja. Ia biasanya dibuat daripada fabrik songket.
Ads
Malah tidak dinafikan kebanyakkan gadis memang suka lihat lelaki berbaju melayu dan bersamping. Mana tahu boleh jumpa jodoh di bulan baik ini tapi bagi anda yang single je lah.
Artikel diambil dan diolah dari REMAJA.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Usia bukan penghalang untuk seseorang terus kekal FIT. Mungkin ada diantara anda mengantakan bahawa faktor umur memainkan peranan untuk stamina anada, dimana ia akan menurun jika anda sudah lanjut usia, itu tidak benar sama sekali. Terbaharu, Under Armour Project Rock 1 and All day Hustle With The Rock hadir menemui penggiat gimnasium yang tidak putus-putus mencantikkan diri dan kekal sihat.
Selebriti Hollywood yang sinonim dengan dunia Fitness, Dwayne Johnson juga tidak melepaskan peluang untuk bekerjasama dengan Under Armour memperkenalkan koleksi terbaru ini. Baginya, peralatan di dalam gym bukan saja memainkan peranan penting dalam meningkatkan pencapaian, malah pemakaian dari kelengkapan diri juga memainkan perananan utama untuk mencapai target. Maka, untuk pencapaian itu, Dwayne Johnson bersetuju untuk mengetengahkan koleksi All Day Hustle dan koleksi kasut Project Rock 1.
Tidak melepaskan peluang dalam memberi pandangannya terhadap koleksi kasut sukan terbaru Under Armour, bekas peninju ini ingin keselesaan secara menyeluruh ketika bermain di gym di dalam sebuah kasut. Koleksi kasut ini didatangkan dengan dua warna iaitu hitam dan putih mengikut keselesaan penggemar kasut. Ia diilhamkan dari sikap Dwayne yang tidak pernah putus sama ada siang mahu pun malam demi mencapai keputusan yang lumayan.
Keselesaan kasut mempunyai spesifikasi teknologinya yang tersendiri. Jahitan di bahagian atas memberi ruang untuk kaki anda bernafas dan berasa seolah-olah kaki anda seperti berjalan di atas tanah dan keselesaan seperti berkaki ayam. Dalam pada masa yang sama, memberi keselesaan dalam setiap pergerakan. Project Rock 1 direka dengan teknologi Micro G Cushioning untuk tenaga yang luar biasa ketika latihan kardio. Kasut ini juga mempunyai ruang hadapan jari kaki yang selesa dan mampu memberi kestabilan pada langkah anda ketika anda mengangkat berat.
Dapatkan segara koleksi ini dipasaran ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi lelaki jam tangan bukan sahaja menjadi peranti yang hanya menunjukkan masa, tarikh atau info berkaitan persekitaran seperti cuaca dan sebagainya.
Jam tangan merupakan satu simbol status. Simbol yang secara tidak langsung memberi bayangan apakah kedudukan kewangan, kerjaya dan juga tahap kemewahan seseorang.
Walaupun ada sahaja yang sanggup berhutang demi menonjolkkan status rekaan imaginasi namun itu bukan persoalannya. Berbeza dengan kaum wanita yang memiliki pelbagai pilihan aksesori, lelaki hanya memiliki jam untuk menjadi hiasan di pergelangan tangan.
Dan bila bercakap tentang jam tangan mewah kita tidak dapat lari daripada membicarakan perihal jenama ROLEX. Berani MASKULIN katakan bahawa ROLEX merupakan jenama jam mewah paling dikenali di seluruh dunia.
Ia jenama yang dihormati, dikagumi dan diberi nilai sangat tinggi. Tahukah anda juga bahawa ia adalah jenama yang hanya menghasilkan jam.
Tapi apa yang membuatkan jam mewah ini sangat bernilai dan dipandang tinggi? Mungkin 10 perkara di bawah ada jawapannya.
1. MESIN MAHAL & BAHAN BUATAN
Bagi penggemar jam mereka mungin sudah tahu tentang fakta ROLEX menggunakan sejenis bahan besi yang tidak digunakan oleh orang lain. Dan tahukah anda tidak semua stainless steel itu sama. Ia datang dalam pelbagai jenis dan gred, dan jam ROLEX diperbuat daripada 904L steel.
2. MEMPUNYAI MAKMAL SAINS
Sebagai sebuah jenama jam mewah paling terkenal adalah satu perkara normal untuk mempunyai sebuah makmal sendiri. Namun gai ROLEX ia bukan sekadar makmal biasa. Ia bukan sahaja makmal untuk melakukan kajian tentang teknologi jam tetpai mencari inovasi teknik penghasilan jam yanglebih baik dari semasa ke semasa.
3. DIPASANG MANUAL DENGAN TANGAN
Jika anda menganggap pemasangan jam ROLEX dilakukan menggunakan mesin, anda sebenarnya silap. Buat pengetahuan anda pemasangan jam dilakukan mereka bermula dari langkah pertama hingga siap adalah menggunakan kemahiran dan skil manusia. Robot hanya digunakan untuk tugas-tugas asas seperti sorting dan sebagainya.
Ya, rolex hasilkan emas mereka sendiri. Kesemua emas dan platinum yang digunakan oleh mereka untuk menghasilkan jam adalah dihasilkan sendiri. Emas 24k yang digunakan mereka ditukarkan menjadi 18k kuning, putih atau everose gold.
5. TEKNOLOGI PELENGKAP KEMAHIRAN MANUSIA
Falsafah ROLEX adalah sangat jelas dan pragmatik. Jika hasil terbaik dihasilkan manusia jadi biar manusia yang lakukan. Jika menggunkan mesin lebih baik jadi biarlah mesin lakukan. Walaupun terkenal dengan tenaga mahir manusia tetapi ROLEX tidak pernah meminggirkan teknlogi. Antaranya robotic arm yang mampu melakukan kerja memerlukan konsistensi.
6. FASILITI KAWALAN KETAT
Hadir dengan status mewahnya jadi tidak menghairankan setiap fasiliti ROLEX mempunyai tahap sekuriti dan keselamatan yang sangat ketat. Malah pekerjanya sediri harus melalui pelbagai peringkat pemeriksaan keselamatan. Setiap perkara perlu melalui proses imbasan dan perlatan keluar masuk juga dikatalog dengan teliti.
7. PAKAR GEMOLOGIS
ROLEX sentiasa meletakkan stabndard yang sangat tinggi kepada pembekal bahan mentah mereka. Ia termasuklah bahan logam dan juga batu permata mewah seperti berlian, delima dan sebagainya. Untuk mengawa kualitinya, ROLEX mempunyai jabatan gemologikal sendiri yang menghimpunkan pakar-pakar perata. Apa yang mereka lakukan ialah memeriksa setiap permata yang mahu digunakan pada produk mereka.
8. SIAP MASA YANG LAMA
Tahukah anda seutas JAM rolex siap sepenuhnya selepas setahun? Benar ROLEX menghasilkan kira-kira sejuta unit jam setiap tahun. Namun tiada jalan pintas yang dilakukan untuk menyiapkan seutas jam. Mereka lebih mementingkan kualiti dan ketepatan. Dan setiap proses perlu dilakukan di bawah piawaian kawalan kualiti paling tinggi.
Dalam banyak-banyak pakaian anda di dalam almari, kami tahu seluar jeans paling banyak digunakan. Dari Isnin sehingga jumaat jeans akan digunakan untuk tampil menarik dan casual. Tetapi adakah anda benar-benar tahu cara mencuci jeans dengan cara yang betul? Adakah anda membuat apa-apa kesilapan ketika mendobi yang mungkin menjejaskan kualiti denim kegemaran anda? Baca terus untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Kerap cuci jeans
Idealnya, anda hanya perlu membasuh seluar jeans anda setiap 5 hingga 10 kali memakai. Menurut penggemar jeans dan yang arif dalam denim, semakin lama anda pakai tanpa mencuci, semakin baik seluar jeans anda akan kelihatan.
Air sejuk dan Cuka
Pastinya seluar jeans akan memudar setelah sekian lama anda memakainya. Jika anda bimbang memudar denim anda, rendam seluar jeans anda dalam air sejuk dan cuka selama sejam untuk menghalang warna luntur.
Cara membasuh
Mesin basuh
Jika anda menggunakan mesin basuh, anda perlu terbalikkan seluar jeans anda ke dalam. Bukan sahaja ia mengelakkan pudar, ia juga memastikan bahawa bahagian dalamnya dibersihkan dengan teliti.
Cuci tangan
Kepada yang tiada mesin basuh tu, pasti anda akan mencuci tangan seluar jeans anda. Rendamnya dalam campuran air sejuk dan detergen. Pijak menggunakan kaki untuk mengeluarkan kesan kotoran degil selama beberapa minit, bilas dan kemudiannya sidai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.