Cara Mudah Nak Kurangkan Bahang Dalam Kereta, Guna ‘Flap Aircond’ Je

Share

Kini anda tidak perlu lagi nak menurunkan sedikit tingkap untuk kurangkan bahang dalam kereta jika anda parking kenderaan di tempat terbuka atau kawasan yang tidak berbumbung.

Maklum sahaja apabila parking kenderaan di tempat-tempat sebegini, kenderaan anda akan rasa panas dan berwap. Masuk sahaja ke dalam kereta terasa bahang sehingga anda ingin memegang stereng pun tak boleh.

Terpaksalah anda buka tingkap seluas-luasnya agar udara boleh masuk. Tak pun anda terpaksa membuka aircond sebesar-besarnya untuk menyejukkan kenderaan sebelum anda boleh memegang stereng dan memulakan pemanduan.

Jangan risau kerana selepas ini, anda tidak perlu melakukan langkah-langkah itu lagi kerana dengan hanya membuka dan menutup ‘flap aircond’ sahaja, anda boleh kurangkan rasa bahang dalam kereta anda.

Caranya juga cukup mudah tanpa anda perlu mengeluarkan modal yang besar.

Dengan membuka dan menutup ‘flap aircond’ , anda boleh kurangkan rasa bahang dalam kereta

sekali gus menyejukkan kenderaan anda.

Cara mudah untuk mengurangkan bahang dalam kereta ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna twitter bernama Dabooradzi.

Hanya bijak menggunakan ‘flap aircond’ sahaja, anda boleh mengurangkan bahang dalam kereta sekali gus mengelakkan kenderaan anda berwap-wap.

Mudah bukan? Jadi tidak ada lagi masalah kereta berbahang selepas ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Menurut beliau, ‘Flap Aircond’ sebenarnya boleh digunakan untuk kurangkan bahang dalam kereta.

“Rasa nak mengamuk wo masuk kereta panas gini,” ujarnya.

Flap air-cond hendaklah ditutup sewaktu memandu bagi mengurangkan bahang dan mengekalkan rasa sejuk

Ketika anda parking kenderaan, pastikan Flap air-cond ini dibuka untuk kurangkan bahang masuk ke dalam kenderaan

Sekurang-kurangnya cara ini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah kepanasan dan rimas dalam kereta.

Sumber: Dabooradzi

Published by
L.A