Isi Kandungan
ToggleRamai yang menanggung seksa akibat masalah sembelit sehingga pembuangan jadi tak lancar. Apabila sudah lama tidak membuang, pastinya badan rasa tidak selesa dan perut buncit.
Bagi melegakan sembelit dan lancarkan pembuangan, ada petua mudah yang boleh anda amalkan. Petua sihat dan berkhasiat ini membolehkan pencernaan anda lancar sekali gus membuatkan anda mudah untuk membuang.
Menurut Liza Salleh, perkongsian petuanya ini bukan hanya untuk orang dewasa malah sesuai diamalkan untuk kanak-kanak. Selepas mengamalkannya guna empat bahan mudah ini, masalah sembelit beliau lebih lancar dan lega.
Bagi yang ada masalah sembelit, apa kata cuba ni.
BACA: Tak Perlu Makan Berat, Jus Diet Ini Boleh Buat Perut Kenyang & Badan ‘Maintain’ Fit!
Tips Legakan Sembelit
Selamat pagi semua. Lama tak post di group ini sejak FB lama hilang dari radar, rindunyaa.
Saya nak share tips legakan sembelit hari ini, saya memang amalkan dulu, dan wow, esok atau petang tu terus lancor membuang.
Bahan-bahan:
– 7 biji buah prune
– 7 biji buah anggur hijau
– Sekotak atau secawan susu
– Air masak
BACA: Jus Mujarab Turunkan Kolesterol Cara Mudah Guna Nenas & Sayur Sawi!
Cara nak buat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga halus agar mudah untuk diminum.
3. Rasanya sangat sedap. Ada rasa lemak, rasa masam-masam.
Oh ya, untuk anak2 pun sesuai buat ini jika ada masalah sembelit, senang, bagus dan lazat! Nyum nyum gituu, ok boleh try lah ye bagi yang ada masalah sembelit, minum di waktu pagi tau ?. InsyaAllah boleh legakan sembelit.
Saya tak suka sembelit, sembelit dan lama tak membuang buat saya nampak buncit.
BACA: Dr Hamid Arshat Dedah Kebaikan Amal Jus Ulam Raja Untuk Kawal Darah Tinggi!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Asyik Nak Happy Kan Orang Lain Je. Dah Tiba Masa Untuk Kamu Happy Kan Diri Kamu. Nak Tahu Macam Mana? Ini Jawapnnya!
Isi Kandungan
ToggleMakna kebahagian bagi setiap individu adalah sangat subjektif. Ada yang memerlukan wang ringgit dan harta benda untuk membahagiakan mereka dan ada pula yang hanya perlukan pasangan untuk membahagiakan mereka. Tetapi apa yang tidak betul di sini adalah kita memerlukan benda atau individu lain untuk merasakan kebahagiaan.
Kita terlupa bahawa kita sendiri sebenarnya lebih layak untuk membahagiakan diri sendiri. Ini kerana kita tidak mengetahui kuasa yang ada pada diri sendiri. Jika anda tahu caranya, anda tidak perlukan manusia lain mahupun wang yang banyak untuk merasa bahagia.
1. Meluangkan masa dengan diri sendiri
Kadang-kadang disebabkan kekangan masa yang terlalu kuat membuatkan anda tak sempat untuk menikmati hidup yang sepatutnya. Kerana terlalu fikirkan masa depan, anda terlepas masa sekarang yang dilalui dan ia juga sama pentingnya dengan masa hadapan. Apa gunanya jika anda terlepas hidup sekarang untuk masa hadapan, sedangkan anda boleh mendapat kedua-duanya.
Cuba untuk menghabiskan masa untuk diri sendiri dengan merangcang untuk membuat sesuatu yang anda belum pernah lakukan sebelum ini. Sebagai contoh, pergi menonton wayang seorang diri. Dengan melakukan perkara yang anda belum pernah lakukan akan membuatkan anda menemui sesuatu yang baru yang boleh membahagiakan diri anda dan membuatkan hidup anda lebih bererti.
2. Memuji diri sendiri
Jangan malu untuk memuji diri sendiri, tetapi bukanlah di hadapan orang lain. Cuba cara ini, setiap kali bangun pagi, cuba puji diri anda mengenai kelebihan anda, mahupun kekurangan anda. Dengan melakukan perkara ini anda akan menaikkan semangat dan membuatkan hari anda lebih ceria.
Ia juga akan membuatkan diri anda dihargai, walaupun oleh diri sendiri dan sekaligus menyuntik semangat untuk melakukan sesuatu. Ia antara yang paling mudah, tak perlukan wang ringgit. Bila-bila masa pun boleh buat.
3. Manjakan diri dengan berhias
Jika sebelum ini anda sering mengabaikan penampilan anda, anda mungkin perlu melakukan sesuatu terhadapnya. Cuba untuk berpenampilan lebih baik dengan memakai pakaian yang kemas. Jika anda tak ada pakaian yang cantik dan elok, jangan kedekut untuk menggunakan wang anda untuk tujuan ini.
Penampilan anda yang kemas dan segak akan membuatkan anda lebih bersemangan dan menambahkan keyakinan diri. Tak perlu tunggu untuk berhias dan berpenampilan segak hanya jika ada majlis-majlis tertentu. Cuba lakukannya sekali dan anda pasti akan terus melakukan tabiat ini setiap hari.
Dan ia bukan terhad kepada pakaian sahaja, anda juga boleh manjakan diri anda untuk pergi ke salun sekali sekala.
4. Makan di tempat yang anda suka
Ini salah satu cara yang boleh buatkan diri anda bahagia. Apabila perut anda bahagia, anda juga akan bahagia. Sesekali anda perlu memanjakan diri anda dengan membelanjakan wang ada untuk perut anda. Ia tidak perlu terlalu mahal, yang penting ia makanan kesukaan anda. Makan makanan kegemaran anda boleh membuatkan anda gembira dan bahagia.
Jika ia jauh, cuba untuk pergi walaupun sebulan sekali. Percayalah, anda akan diri anda lebih dihargai.
5. Bercuti walaupun dekat
Bagi penulis ini adalah yang paling berkesan. Dengan kesibukan bekerja, apa yang anda sangat perlukan ialah merehatkan minda anda. Bawa diri anda dengan bercuti beberapa hari, dan ia tidak semestinya ke tempat yang jauh dan mahal. Kita sering terlepas peluang untuk membahagiakan diri dengan bercuti kerana dalam fikiran kita bercuti itu memerlukan masa yang panjang dan wang yang banyak. Itu silapnya.
Dengan bercuti di tempat yang dekat dan juga dengan bajet yang rendah, ia akan membuatkan otak anda dapat berehat dengan cukup. Anda akan menyedari bahawa hidup ini lebih bermakna dan mempunyai tujuan lain selain bekerja.
sumber: iluminasi.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Step Senaman Crunch Untuk Dapat Abdomen Kuat, Perut Rata & Hapuskan ‘Belly Fat’
Mendapatkan perut yang rata dan menghapuskan belly fat atau lemak pada bahagian perut merupakan idaman setiap lelaki. Dengan gaya hidup yang tidak menentu dan kurang bersenam, lemak di bahagian perut akan berkumpul dan ‘menyerlah’ dalam tempoh tertentu.
Sedar atau tidak lama-kelamaan anda akan dapati saiz pinggang seluar semakin bertambah dan mungkin itulah petanda bahawa sudah tiba masanya untuk mengubah gaya hidup dan melakukan senaman.
Di antara senaman yang boleh membantu anda mendapatkan kembali bentuk badan ideal seperti dulu kala dan rata ialah crunch. Buat pengetahuan anda, crunch merupalan senaman teras badan yang sekian lama diamalkan dan terbukti mampu membantu meratakan perut.
Bahagian teras badan anda bukan hanya pada abdomen tetapi ia meliputi otot di bahagian tepi perut, pelvis, bahagian atas punggung dan juga pinggang. Kesemua otot ini membantu anda untuk mendapatkan tubuh badan yang mantap dan stabil.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa step untuk melakukan senaman crunch dengan baik. Jom ayuh kita bersenam!
- Pertama sekali, mulakan dengan berbaring di atas permukaan rata dengan membengkokkan bengkok dan kaki di atas tanah atau
- Anda juga boleh mengangkat kaki anda dari tanah yang membuat sudut tepat dengan kaki anda
- Kemudian, pastikan untuk jaga tangan anda sama ada di belakang kepala anda atau menyilangnya di dada anda.
- Hembuskan nafas sebagai tanda membawa badan anda keluar dan keluar dari lantai.
- Latihan ini sangat baik untuk otot perut anda dan anda boleh mulakan dengan melakukan langkah mudah ini sepuluh kali sebagai pemula.
- Anda boleh teruskan untuk mencuba Twist Crunches di mana anda mengangkat bahu kanan anda ke kiri, pada masa yang sama menjaga tubuh anda di atas tanah.
- Sebaik sahaja anda digunakan untuk menghidupkan crunches, anda boleh menambahkan pada bahagian sampingan – iaitu untuk menggerakkan kaki anda bersama-sama dengan bahu anda dari kanan ke kiri.
- Crunches sampingan membantu anda bekerja pada otot sisi.
- Ulangi dengan beberapa trik yang mudah, kedudukan terbalik dan sampingan sampingan sepuluh kali.
- Sebaik sahaja anda telah menguasai langkah-langkah yang perlu anda beralih kepada kedudukan asal semula. Gerakkan kaki anda di belakang bersama dengan gerakan bahu anda.
- Sekarang mari kita ke Crunch Vertical.
- Mulakan dengan teknik lebih mudah dan lutut lutut semasa kaki anda masih ada.
- Kini hanya menghirup dan menghembus nafas seperti yang anda akan lakukan dalam masalah mudah yang bergerak badan atas anda dari lantai ke pinggul.
- Sekarang bahawa anda telah belajar semua pergerakan bergerak adalah yang terbaik untuk berlatih tiga set pada satu masa dan menjaga perut anda dalam bentuk.
Selepas anda sudah selesa buat beberapa hari, bolehlah mula lakukan crunches yang lebih rumit seperti crunch leg standing, reverse crunch, twist crunch dan beberapa teknik yang lebih sukar.
Selamat bersenam dan dapatkan kembali saiz pinggang ideal!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jadi Isteri Kedua Perlu Ada Kekuatan Mental, Suami Pun Jangan Nak Lepas Tangan!
BARANGKALI hanya yang sedang atau pernah melalui kehidupan bermadu dapat merasai pahit manisnya berkongsi kasih daripada seorang lelaki bergelar suami.
Pernahkah terfikir untuk menamatkan sebuah hubungan dengan seseorang yang anda kenali dan sayangi itu yang nyata milik wanita lain?
Melihat sisi yang pelbagai terutama menelusuri kisah rumah tangga pasangan lain yang pernah hidup bermadu sentiasa bergolak hingga berakhir dengan kehancuran, pasti menggugat impian anda untuk memanjangkan hubungan.
Namun, suratan takdir menyatakan memang dia adalah jodoh anda, lalu anda reda atas segalanya. Diserang atau dicop dengan pelbagai tuduhan seperti perampas, pemusnah rumah tangga insan lain dan pelbagai kejian atau kata kesat mungkin juga membuatkan anda gentar untuk melayari bahtera berdua walau hakikatnya anda terpaksa berbahagi atau berkongsi kasih.
Jika itu keputusan dan jalan yang anda pilih, beberapa petua berikut mungkin mampu dimanfaatkan untuk menjadi insan yang tabah dalam memadu kasih.
Tidak dinafikan, menjadi isteri kedua sering dipandang serong dalam masyarakat lalu anda harus bersedia secara mental dan fizikal dalam menempuh fasa yang mungkin melukakan perasaan anda. Apa yang penting (bukan menggalakkan), cinta sejati tidak mudah goyah hanya kerana hinaan atau kejian orang.
# Jangan peduli apa orang kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami anda kata kerana hanya mereka yang berjasa dan berkepentingan dalam hidup anda.
Masyarakat hanya tahu mengutuk, tetapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tidak berdosa hidup bermadu, tidak hina menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, dengan syarat suami anda mestilah seorang suami bukannya seorang ‘lelaki’.
# Sentiasa merendah diri dan hormati isteri pertama, biar dia marah atau mengata apa saja asalkan anda sentiasa mengalah.
Kuatkan hati dengan matlamat bahawa perkahwinan anda adalah mencari keredaan Allah melalui kebaikan suami. Jika niat jelas dan ikhlas, lama-kelamaan isteri pertama akan lembut hatinya bahkan dia boleh menjadi kawan baik.
Pasti anda akan tenang apabila madu menghubungi dan bertanyakan khabar anda di kala suami bersamanya. Lakukan perkara serupa kepadanya apabila suami bersama anda pula.
# Senangkan hati suami, dia akan menyenangkan hati anda. Bukankah semua isteri mahu disayangi suaminya?
Oleh itu, anda perlu sentiasa memainkan peranan aktif supaya hati suami selalu senang dan tenang kerana apabila hati suami senang, madu anda juga senang hatinya. Secara langsung, kebaikan itu datang kepada anda juga, hati akan terus diselubungi kebahagiaan tanpa sedikit pun rasa iri bermukim di hati.
# Jangan tamak masa dan harta, terimalah seadanya daripada suami. Ini kerana segelintir isteri yang bermadu mengimpikan masa yang panjang untuknya sedangkan dia kena ingat dia ‘datang’ kemudian.
# Sewajarnya isteri kedua mampu berdikari supaya masa santai itu dipenuhi sebaik-baiknya. Jadi, akan kurang masa untuk memikirkan yang bukan-bukan dan jangan benarkan syaitan menguasai diri.
Mana ada perempuan yang tidak cemburu? Sedikit sebanyak ada rasa cemburu di hati kerana kita hanya manusia biasa, tetapi biarlah berpada-pada dan tunjukkan juga rasa sedikit cemburu itu kepada suami supaya dia tahu yang anda sayang kepadanya.
# Ambil hati mentua sewajarnya supaya dia juga kasihkan anda dan anak seperti dia kasihkan keluarga suami anda yang satu lagi.
# Tiada siapa yang menang atau kalah dalam perhubungan seperti ini, yang penting adalah ketenangan dalam perhubungan itu.
# Sokongan keluarga sendiri sangat penting untuk wanita seperti anda, jadi anda tidak akan rasa kekurangan apabila suami tiada bersama.
# Fikirkan konsep poligami itu adalah berkongsi bukannya merampas.
Namun, ketika anda menerima lamaran bakal suami untuk bergelar isteri kedua, berhati-hatilah ketika menerima lamaran dengan meneliti beberapa perkara iaitu:
# Tanya dan lihat: Adakah dia lelaki bertanggungjawab kepada keluarga dan ibu bapanya? Jika ya, maknanya dia akan bertanggungjawab juga kepada diri anda.
# Adakah dia menjaga solat setiap kali berjumpa anda? Jika ya, maknanya dia lelaki yang tahu perkara asas.
# Adakah bakal madu anda terdidik akhlaknya? Jika ya, mudah untuk anda berbaik-baik dengannya.
# Adakah dia punya pekerjaan tetap sekian lama? Jika ya, maknanya dia tetap pendirian dan tahu maksud kehidupan.
# Adakah dia faham mengenai perkahwinan sama seperti yang anda faham?
Jika ya, mudahlah bagi anda dan dia bertolak ansur. Jika tidak, lebih baik berfikir dua kali kerana tidak semua perempuan atau lelaki kental. Ramai juga yang mengambil peluang dengan konsep poligami ini, namun hanya mereka yang berwibawa saja mampu melakukannya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI