Isi Kandungan
ToggleRamai yang tak tahu, air rebusan epal dan kayu manis berkhasiat untuk mengecilkan perut. Jika diamalkan secara berterusan, tidak mustahil air rebusan epal dan kayu manis ini boleh buat anda cepat kurus.
Petua minum air rebusan epal dan kayu manis ini telah diamalkan oleh Chacha’s Crib untuk membuang lemak dan mengecilkan perutnya. Setelah melakukannya selama 3 minggu, dia berjaya membuang 1.2kg lemak dan perutnya juga mengecil 1 inci.
Kalau nak cuba petuanya, jom baca perkongsian ini.
BACA: Kalau Nak Buang Lemak, Ini 5 Jenis Teh Kurus Yang Bagus Untuk Anda Minum!
Jus rebus – untuk buang lemak
Dah 3 minggu amal jus rebus ni. Setakat hari ni dah kurang 1.2kg. Perut kecut 1 inci setengah. Elok ni untuk buang lemak esp kat perut ? Saya nak amal sampai menjadi and lemak pun pegi ??
Bahan-bahannya:
– 1 biji epal hijau atau epal merah
– 1 batang kulit kayu manis
– 1.5 liter air
BACA: Diet Air Putih Jika Konsisten Buat Boleh Turunkan Berat Cepat, 11 Tip Ini Caranya!
Cara-caranya:
Rebus kejap je, janji dia boiled. Pastu biar dia sejam dua. Minum bila-bila masa esp selepas makan berat.
Selamat mencuba!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tidak Mampu ‘Push-Up’? Cuba Cara Ini Dahulu
Isi Kandungan
ToggleSenaman tekan tubi atau lebih dikenali sebagai push-up merupakan antara senaman asas namun paling berkesan untuk menguatkan otot teras dan bahagian atas badan.
Tapi percayakah anda, masih ramai individu yang belum mampu melakukan senaman asas ini?
Jika anda adalah salah seorang daripadanya, usah khuatir kerana ada cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi perkara ini.
Anda boleh cuba lakukan dua jenis variasi tekan tubi ini bagi membantu anda mencapai tekan tubi sempurna pertama anda.
Tekan tubi lutut (Knee push-up)
Ramai beranggapan yang tekan tubi lutut ini merupakan variasi untuk wanita. Ini disebabkan penggunaan lutut untuk menampung berat badan ketika melakukan tekan tubi menjadikan senaman ini lebih mudah dan sering ditujukan kepada wanita.
Posisikan tubuh anda dengan posisi tekan tubi biasa, namun pastikan kedua-dua lutut anda menyentuh tanah. Anda juga boleh melakukannya dalam posisi seperti merangkak.
Walaupun lebih mudah, anda jangan pernah sesekali memandang rendah kepada senaman ini. Bantuan lutut untuk menampung berat badan dalam variasi ini sebenarnya membantu senaman ini menumpukan pada bahagian lengan, dada dan belakang anda terlebih dahulu.
Kekuatan otot dan sendi pada ketiga-tiga bahagian ini sangat penting untuk melakukan gerakan tekan tubi biasa.
Tekan tubi negatif (Negative push-up)
Posisikan tubuh anda seperti ingin melakukan tekan tubi biasa dan turun perlahan-lahan sehingga yang anda mampu. Kemudian, tidak perlu menolak badan anda semula ke atas untuk kembali ke posisi awal.
Jangan lupa untuk mengira berapa lama anda boleh menahan tubuh anda sebelum menyentuh tanah. Hal ini kerana anda akan mampu menahan tubuh anda lebih lama jika anda semakin menguasai teknik ini.
Ingat, sentiasa beri keutamaan pada kualiti berbanding kuantiti. Apalah gunanya melakukan tekan tubi yang banyak jika teknik asasnya tidak sempurna. Bukan sahaja ia tidak memaksimakan latihan otot yang sepatutnya, risiko kecederaan juga lebih tinggi jika dilakukan dengan teknik yang salah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Senaman Wall Squat, Rutin Mantap Kuatkan Kaki & Teras Badan
Isi Kandungan
ToggleSenaman wall squat, dikenali juga sebagai squat dinding, merupakan satu bentuk latihan kekuatan yang sangat efektif untuk membina teras badan dan kaki.
Kali ini MASKULIN ingin membawa anda meneroka bagaimana senaman wall squat ini dapat menghasilkan teras badan yang baik dan sekali gus meningkatkan kekuatan kaki.
Ikuti tip dan bagaimana untuk lakukannya dengan mudah dan berkesan!
Kelebihan Senaman Wall Squat
Senaman wall squat adalah senaman isometrik yang melibatkan mengekalkan posisi squat sambil bersandar ke dinding.
Rutin senaman ini tidak hanya melibatkan otot quadriceps, tetapi juga otot gluteus, hamstrings, dan inti teras badan. Beberapa kelebihan utama termasuk:
- Pembinaan Kekuatan Otot Kaki: Wall squat membantu menguatkan otot kaki, terutama quadriceps, hamstrings, dan calves. Kestabilan yang diperlukan untuk mengekalkan posisi squat juga meningkatkan kekuatan otot-otot ini secara signifikan.
- Menguatkan Teras Badan: Selain kaki, wall squat juga amat berkesan dalam membina kekuatan teras badan. Menjaga posisi tegak semasa bersandar di dinding memaksa otot-otot teras untuk bekerja keras dalam mengekalkan keseimbangan dan postur yang baik.
- Peningkatan Ketahanan Otot: Karena sifat isometrik senaman ini, wall squat membantu meningkatkan ketahanan otot dengan memaksa otot bekerja dalam jangka waktu yang lebih panjang.
- Baik untuk Kesihatan Sendi: Senaman wall squat adalah alternatif yang lebih selamat bagi mereka yang mungkin mengalami masalah sendi, kerana posisi yang dikawal mengurangkan risiko kecederaan berbanding squat tradisional.
Cara Lakukan Dengan Betul
Untuk mendapatkan manfaat maksimal dari wall squat, penting untuk melaksanakannya dengan teknik yang betul. Berikut adalah langkah-langkah untuk melaksanakan wall squat:
- Mulakan Berdiri Bersandar di Dinding: Berdiri dengan punggung bersandar di dinding, kaki selebar bahu.
- Turun ke Posisi Squat: Perlahan-lahan turunkan badan anda ke bawah dengan membengkokkan lutut sehingga lutut anda membentuk sudut 90 darjah. Pastikan lutut anda tidak melampaui jari kaki untuk menghindari tekanan pada sendi lutut.
- Tahan Posisi: Tahan posisi ini selama 20 hingga 60 saat atau selama yang anda mampu, sambil menjaga punggung tetap bersandar di dinding dan teras badan anda aktif.
- Kembali ke Posisi Awal: Perlahan-lahan bangun kembali ke posisi berdiri awal. Ulangi untuk beberapa set.
Tip Untuk Peningkatan
Untuk meningkatkan keberkesanan wall squat, pertimbangkan untuk memasukkan variasi seperti memegang berat tangan atau melakukan single-leg wall squat.
Selain itu, pastikan untuk konsisten dengan latihan ini dalam rutin kecergasan anda untuk melihat peningkatan dalam kekuatan dan kestabilan.
BACA: Tekan Tubi 10 Kali Sehari Mampu Buat Badan Lebih Bertenaga & Minda Lebih Tajam
Wall squat adalah latihan yang sangat baik yang tidak memerlukan peralatan khusus dan dapat dilakukan di mana-mana, menjadikannya pilihan yang bagus untuk latihan di rumah atau di gim.
Dengan konsistensi dan pelaksanaan yang betul, anda akan melihat peningkatan signifikan dalam kekuatan kaki dan kestabilan teras badan, yang akan memperbaiki keseluruhan fungsi dan kesehatan badan anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Melakukan Catatan Peribadi Terpantas Larian 10k Dalam Tempoh 30 Hari
Isi Kandungan
ToggleLarian 10K ini cukup unik kerana ia berada di tengah-tengah antara larian 5K dan juga half marathon iaitu 21K. Jadi ia dianggap oleh pelari baru sebagai cabaran yang boleh diambil dan bagi pelari berpengalaman pula sebagai larian rekreasi.
Ada yang melakukan larian 10K sebagai sasaran peribadi dan ada juga yang melakukan lariannya untuk membina kepantasan, kekuatan dan juga ketahanan.
Tapi apakah tip terbaik untuk berlari 10K agar anda dapat catatan masa yang baik dan berkualiti? Ikuti beberapa tip dari MASKULIN di bawah!
FIRST BERGINNER: MULAKAN PERTAMBAHAN JARAK DENGAN PERLAHAN
Anda sudah beberapa kali melakukan larian 5K dengan baik dan merasakan sudah tiba masa untuk ke jarak seterusnya, 10K. Ingat anda menggandakan jarak larian dan pastinya tidak mudah. Nasihat MASKULIN, usahlah terus berlari pada jarak 10K. Tapi tambahlah jarak beberapa kilometer untuk setiap sesi.
PELARI BERPENGALAMAN: BAIKI KADAR PECUTAN
Bagi anda larian 10K adalah perkara yang rutin. Sekarang sudah tiba masanya untuk cabar diri ke jarak lebih jauh seperti half dan full marathon. Lakukan larian dengan kadar pecutan berkala dan latih ketahanan diri untuk dapatkan pacing yang sekata.
Bahagikan beberapa larian dalam tiga atau empat minggu untuk dapatkan prestasi dan kenalipotensi sendiri. Jika lakukannya dengan rutin yang baik, hasilkan mampu mengejutkan anda.
PELBAGAIKAN WORK OUT
Melakukan larian 10K menuntut fizikal yang kuat, tahan lasak, pantas dan ada kemampuan melakukan pecutan finishing. Itulah yang dikatakan oleh jaguh Olimpik, Galen Rupp yang juga memegang rekod 10K Amerika Syarikat.
Bagi mendapatkan fizikal yang mampu menyediakan diri anda perlu melakukan senaman dan membina kepantasan. Lakukan larian sebanyak 3 kali pada jarak 2K dengan sasaran mendapatkan pace terbaik. Ia juga boleh dilakukan kira-kira seminggu sebelum anda sertai larian kompetitif.
SENTIASA MULAKAN DENGAN SENAMAN
Badan dan mental anda perlu bersedia untuk harungi larian 10K. Untuk itu lakukan senaman pemanas badan dengan baik. Lakukan larian kecil atau jogging sejauh 1K dan lakukan senaman sebanyak 5 reps untuk skips, high knees dan bum kicks.
JARAK PENDEK
Bagi melatih stamina diri untuk larian pecutan, anda boleh lakukan larian jarak dekat. Contoh, lakukan larian pecutan 200 hingga 400 meter secara berselang seli. Ulang sebanyak beberapa kali untuk sesuaikan kadar pernafasan yang baik. Apabila anda sudah kuasai, percayalah anda boleh memecut dengan steady pada jarak lebih jauh.
SENAMAN KEKUATAN DALAMAN
Seperti MASKULIN katakan, kemampuan mendapatkana catatan masa terbaik untuk larian 10K bukan bergantung kepada fizikal sehaja. Kekuatan mental sangat penting. Jadi anda boleh melakukan jenis senaman yang lebih bersifat spiritual seperti yoga dan pilates.
Jangan lupa follow IG dan subscribe YouTube MASKULIN!
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI