Wax rambut adalah produk popular untuk mengekalkan gaya rambut yang tahan lama dan kemas. Namun, salah satu cabaran utama menggunakan wax adalah sukar untuk membersihkannya kerana wax adalah bahan yang tidak larut dalam air, maka sukar untuk dicuci dengan rutin syampu biasa. Oleh itu, langkah-langkah khusus diperlukan untuk melarutkan dan mencuci wax dari rambut anda dengan berkesan.
Mengapa Wax Susah Ditanggalkan?
Wax rambut direka untuk menahan air, menjadikannya tahan lama sepanjang hari. Sifat tidak larut air ini menyebabkan wax sukar dicuci hanya dengan air sahaja. Oleh itu, penting untuk melarutkannya terlebih dahulu sebelum mencuci.
Langkah-langkah Mencuci Wax dari Rambut
Larutkan Wax dengan Perapi Rambut
Sebelum membasahkan rambut, ambil sejumlah perapi (conditioner) dan lumurkan pada rambut yang kering. Perapi akan membantu melarutkan wax kerana bahan-bahan dalam perapi mampu menembusi dan melembutkan wax.
Bilas dengan Air Suam
Selepas perapi meresap, bilas rambut anda dengan air suam. Air suam membantu melonggarkan wax yang telah dilembutkan oleh perapi, memudahkan proses pencucian seterusnya.
Gunakan Syampu Seperti Biasa
Gunakan syampu pembersih pada rambut yang telah dibilas tadi. Gosok dengan baik sehingga berbuih, memberi perhatian lebih pada bahagian rambut yang masih terasa licin kerana wax.
Ads
Cuci Dua Kali (Jika Perlu)
Kadangkala, satu kali cucian tidak mencukupi untuk menghilangkan semua wax. Lakukan cucian kedua untuk memastikan semua sisa wax telah hilang sepenuhnya.
Gunakan Perapi Sekali Lagi
Selepas mencuci dengan syampu, gunakan perapi sekali lagi untuk mengembalikan kelembapan rambut yang mungkin hilang semasa proses mencuci. Ini juga membantu melembutkan rambut dan menjadikannya lebih mudah diurus.
Bilas dengan Air Sejuk**
Akhiri proses mencuci dengan bilasan air sejuk. Ini membantu menutup kutikel rambut, menjadikan rambut lebih berkilau dan lembut.
Ads
Tips Tambahan
– Elakkan Penggunaan Wax Setiap Hari: Penggunaan wax yang berlebihan boleh menyebabkan penumpukan produk pada rambut, menjadikannya lebih sukar untuk dicuci.
– Pilih Wax yang Mudah Dicuci: Sesetengah wax diformulasikan untuk lebih mudah dicuci, yang mungkin lebih sesuai bagi mereka yang ingin mengelakkan masalah ini.
Ads
– Gunakan Sikat yang Tepat: Sikat dengan gigi lebar boleh membantu mengurai rambut yang melekat akibat wax sebelum mencuci.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda dapat memastikan rambut anda bersih dari wax tanpa merosakkan kesihatannya. Jaga kebersihan rambut dengan rutin mencuci yang betul, dan nikmati rambut yang segar dan sihat setiap hari.
Janggut memiliki kesan maskulin dan hero pada seseorang. Dari segi sains, janggut memberi kontra pada warna kulit wajah. Begitu juga apa yang berlaku pada pelakon utama drama Meteor Garden si kacak Jerry Yan ini!
Walau lebih 20 tahun fenomena drama bersiri popular tersebut sudah berlalu, namun penangan lakonan mantap aktor berkenaan di samping kumpulan penyanyi lelaki terkenal Taiwan waktu itu, F4 masih memberi kesan di hati penonton termasuk di Malaysia sampai sekarang!
Jerry Yan kini meniti usia 47 tahun. Dilahirkan pada 1 Januari 1977 , pelakon ini merupakan nama besar dalam industri seni Taiwan dan dikenali sebagai pelakon, model, penyanyi dan hos televisyen.
Biarpun kini berusia 47 tahun, kemunculan bintang drama bersiri Meteor Garden, Jerry Yan, tetap mengagumkan. Terbaru dia tampil berbeza dengan misai & janggut.
Rahsia Awet Muda
Ternyata aktor yang berusia pertengahan 40-an itu menjalani kehidupan yang simple untuk memastikan dirinya kelihatan seperti ini. Kata Jerry bergurau, dia memerlukan mekap untuk kelihatan hebat sekarang. Tapi aktor itu mengakui lifestyle yang dijalani simple, sentiasa gembira dan bahagia serta tidak terlalu memikir tekanan hidup.
Di dunia sekarang di mana selebriti sering tunduk pada tekanan, Jerry selesa untuk tidak obses akan media sosial, malah dia juga bukan jenis yang selalu dengan telefonnya. Tak ada media sosial, tak ada hal! Hidup lagi bahagia!
Jerry Yan mempunyai akaun Instagram rasmi (@jerry_yan_official), tetapi jarang dikemas kini, dan hanya digunakan untuk hal kerja sahaja.
Cara Jerry Yan untuk mendapatkan six packs pula ialah dengan menjalani kehidupan dengan positif, bersenam secara teratur dan jaga pemakanan agar tetap sihat dan cergas.
Nampak macam mudah kan tip awet muda dari Jerry Yan ni!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apa hukumnya mewarnakan janggut dengan inai, apakah betul pendapat mengatakan mewarnakan janggut ini mengikut sunnah Nabi SAW. Adakah ada hadis mengatakan begitu?
“Sesungguhnya bahan terbaik yang digunakan untuk mengubah warna uban adalah inai dan katm (sejenis tumbuhan yang dicampur dengan inai untuk dilumur pada rambut).”(Riwayat al-Tirmizi).
Telah diriwayatkan daripada Abu Rimthah, dia berkata, “Aku bersama ayahku menemui Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam padahal baginda sedang melumur janggutnya dengan inai.”(Riwayat Abu Daud dan al-Nasaei).
Disebutkan dalam Fath al-Mu’in;
يسن لكل أحد…وخضب شيب رأسه ولحيته بحمرة أو صفرة
“Disunatkan bagi setiap orang…dan menginaikan uban kepalanya dan janggutnya dengan warna merah atau kuning.” اليسع Wallahu a’lam.
Artikel diambil dan diolah dari Kashoorga.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Siku hitam dan berkerak bukanlah penyakit kronik kerana ia masalah biasa yang sering dialami masyarakat Asia. Ia berkait rapat dengan proses adaptasi kulit kepada cuaca dan kandungan melanin yang lebih tinggi pada kulit orang Asia berbanding orang Barat.
Jangan kata perempuan, lelaki pun akan rasa malu dan kurang keyakinan diri bila siku hitam dan berkerak. Pasti timbul rasa malu nak mengenakan pakaian berlengan pendek.
Jangan gusar kerana ada 4 cara alami yang boleh anda cuba. Paling penting, jimat dan mudah nak buat!
1. Jus lemon
Jus lemon mengandungi asid sitrik iaitu satu ejen peluntur. Oleh itu, anda boleh memanfaatkannya untuk tujuan menghilangkan siku hitam dan berkerak. Potong buah lemon atau limau kepada dua.
Gosok secara perlahan dan biarkan ia 5 ke 10 minit. Kemudian, bilas siku anda dengan air suam. Anda juga boleh melembapkan siku anda dengan pelembap kegemaran. Ulangi langkah tersebut setiap hari sehingga warna gelap itu berkurangan.
Anda boleh mendapat hasil selepas beberapa minggu mengamalkannya. Cara ini juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian badan yang lain seperti lutut. Lemon mengandungi vitamin C dan ia dapat memutihkan kawasan hitam dengan menghapuskan sel-sel kulit mati.
2. Susu dan baking soda
Cara alami membantu anda untuk mencerahkan siku dengan bantuan asid laktik di dalam susu seklai gus mengurangkan pigmentasi kulit. Manakala baking soda pula boleh exfoliate sel kulit mati.
Campurkan susu dengan baking soda sehingga menjadi pes. Sapukannya pada siku dan gosok secara perlahan-lahan. Amalkannya sehingga anda mendapat hasil yang mahukan.
3. Jus lemon dan yogurt
Jika ingin menggunakan cara alami ini, anda dikehendaki membersihkan sebarang kotoran pada siku anda sebelum menyapunya.
Gunakan tangan yang bersih, ambil sedikit pes campuran tersebut dan sapu pada siku yang hitam dan berkerak. Biarkannya selama 20 minit sehingga ia kering. Kemudian, bilas dan basuh dengan sabun.
4. Buah betik
Seperti buah lemon, buah betik juga mengandungi kandungan vitamin C, vitamin E dan lain-lain kandungan yang dapat mencerahkan kulit.
Gosokkan satu potongan kecil buah betik pada siku hitam secara konsisten setiap hari. Lakukan secara konsisten sehingga anda mendapat hasilnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.