Isi Kandungan
ToggleBagi anda yang ingin medapatkan badan yang tegap, salah satu bahagian yang penting ialah bahu. Tapi apakah senaman yang terbaik untuk membina otot bahu?
Di antara senaman yangs ering dilakukan oleh ramai penggiat aktiviti kecergasan ialah ‘shrugs’.
Secara asasnya senaman shrugs merupakan sejenis bentuk latihan tambahan dalam rutin senaman anda untuk membina otot badan lebih kuat di bahagian bahu.
Senaman ini boleh dilakukan dengan menggunakan sama ada kettlebell atau dumbbell. Tapi adakah anda melakukan senaman shrugs dengan betul selama ini?
Sebelum mula bersenam adalah amat penting anda memberikan tumpuan kepada gerakan yang betul semasa melakukan shrugs. Dengan kedudukan postur serta tangan yang betul anda akan mendapat hasil lebih berimpak.
Terdapat beberapa cara bagaimana anda boleh melakukannya:
LEHER DI KEDUDUKAN NEUTRAL
Pertama sekali semasa melakukan shrugs pastikan anda melihat ke bawah. Secara teorinya anda akan melakukan pusingan yang lebih lengkap pada kedudukan ini. Namun harus hati-hati agar tidak jatuh ke depan.
Melihat ke bawah boleh membuatkan servikal tulang belakang berada pada kedudukan baik untuk melakukan shrugs.
TANGAN YANG LURUS
Pastikan juga tangan anda yang memegang bebanan berada betul-betul lurus ke bawah. Jika anda perhatikan ramai orang silap dengan membengkokkan lengan mereka.
Ini boleh menyebabkan momentum dan penggunaan tenaga lebih tinggi ke hadapan.
RAPATKAN TANGAN
Jika anda perhatikan ada rakan-rakan melakukan shrugs dengan mengangkat tangan ke depan – jangan tiru dan lakukannya!
Pastikan tangan anda rapat ke badan dengan tangan menggenggam bebanan lurus ke bawah. Postur badan harus sentiasa baik dengan bahu ke belakang dan ketatkan bahagian perut.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tidak Mahu Terus Dibuli Buat Logan Franklin Berubah!
Aspek ketenteraan yang menebal dalam diri menjadikannya insan besi mempunyai misi dalam diri. Sebagai seorang prajurit veteran tentera US berkhidmat demi negara, memerlukan jaminan tubuh dan fizikal sihat dan sasa. Dengan rupa menjadi taruhan, peragaan menjadi medan seterusnya untuk Logan Franklin tawani.
ENGGAN DIBULI
Mula membina otot sejak dari berumur 14 tahun, Logan adalah seorang budak remaja yang sentiasa merasakan tidak selamat apabila berada di luar rumah. ‘Saya sering dibuli dan dikacau oleh budak-budak nakal yang berbadan besar daripada saya. Saya takut dan saya tekad untuk berubah’, akuinya.
Enggan dibuli lagi, Logan mula bersenam di gim rumah ayah saya. Sejak dari gred 7 hingga tahun senior, dia mula aktif dalam pelbagai sukan seperti bola sepak, rugbi serta motorcross bagi meningkatkan keyakinan.
‘Selepas 4 tahun kemudian, saya diberi peluang menyertai pasukan tentera pada usia 18 tahun dan menyertai skuad Divisyen Infantri ke 4 di Afghanistan. Pengalaman yang saya lalui di sana mengajar erti persaudaraan yang dibentuk hasil dari sikap tidak pernah berputus asa dalam memerangi keganasan di samping memberikan motivasi kepada orang lain’, jelas Logan.
DISIPLIN KETENTERAAN
Hampir beberapa tahun berkhidmat di negara orang, antara aspek yang digunakan bagi pengajaran hari ini ialah disiplin. Di sana, Logan sentiasa ditekan dan ditolak untuk sentiasa memperbaiki diri serta rakan yang lain. “Dalam apa jua kerja, elemen disiplin membantu dalam memberikan tumpuan kepada apa saja yang perlu dilakukan dan melakukan dengan betul, walaupun tiada siapa yang menonton”.
Selain itu, sekiranya off duty, Logan bersama dengan rakan skuad akan menghabiskan masa melatih diri dan disiplin di gim bagi mendapatkan tubuh besi yang diperlukan. “Kehidupan di kem bukannya mudah. Perlu kuat dari segi ketahanan mental mahupun fizikal. Di gim saya akan sentiasa menekankan aspek upper body serta pemakanan untuk gaya hidup yang sihat. Dan kini selepas pulang dari bertugas, segala latihan saya bawa untuk ‘misi’ di tanahair pula.
Akibat dari ledakan gambar-gambar Logan menayangkan susuk tubuh mulai viral di laman sosial, Logan menjadi model in demand dan mula diintai ramai jurugambar terkenal yang ingin ‘menembak’ dirinya untuk pelbagai kempen dan pentas peragaan seperti Luis Rafael, Michael Anthony Downs, Alex Wrightman dan ramai lagi.
“Sejak dari itu, ia ibarat wakeup call buat saya bagi memastikan ketahanan tubuh saya kekal untuk jangka masa yang lama, dan modeling boleh dijadikan kerja kedua buat saya. Dari situ, saya saya tidak henti melakukan latihan di gim bagi memastikan tubuh saya sesuai apabila berhadapan dengan lensa kamera”, jelas Logan.
Ditanya tiga jenis senaman kegemaran, ini jawapan Logan. “Secara jujurnya saya tidak tahu. Saya suka bersenam dan mencapai setiap pump di setiap kumpulat otot. Saya sentiasa mencampurkan variasi senaman agar saya tidak bosan dandapat merasai perkembangan setiap kali saya bersenam. Ya, saya akui ianya berbeza dari orang lain, tetapi itulah saya. Being normal is boring!”, akhiri Logan.
DIET MAKANAN HARIAN
Hidangan 1: 8 Telur Putih dengan yolk, 4 sudu camca krim
Hidangan 2: 7 kg ayam dan nasi putih (dimasak)
Hidangan 3: Whey Protein Shake dan 2 keping roti Ezekiel
Hidangan 4: 7 kg Dada ayam atau 8 kg daging, 3 ke 5 kg sayuran, asparagus, brokoli, bayam, kacang hijau dan 6kg kentang putih
Hidangn 5: 5 telur putih dan 1 bungkus oatmeal.
Hidangn 6: Salad salmon, salmon, sayur-sayuran dan kacang walnut
RUTIN SENAMAN
Isnin: Incline Smith Press 4 x 15, 12, 10, 10 / Incline Dumbbell Fly’s 3 x 12-15/ Flat Barbell Bench Press 3 x 12-15Selasa: Dada / Tricep / Abs – Incline bench press: 5 sets x 8 – 20 reps / Incline hammer press: 4 sets x 8 – 15 reps / Dumbbell flat Fly’s: 4 sets × 10 reps
Rabu: Belakang badan / Abs – Lat Pulldowns Wide Grip: 4 sets × 10 reps / Low Row: 4 sets × 10 reps
one arm dumbbell row 3 sets x 8 -15 reps
Khamis : Rehat
Jumaat: Bahu / Traps – Seated Dumbbell Shoulder Press: 4 sets × 8 – 20 reps / Seated Lateral Side Raises: 4 sets × 8 – 20 reps
Sabtu: Kaki
Ahad: Rehat
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Dibuli Ketika Sekolah, Adli Goldenboy Kunci Mulut Pembuli Dengan Kemenangan Tinju
Isi Kandungan
Toggle“Tinju ini bukan sekadar sukan. Tinju ini merupakan kehidupan,” demikian kata-kata petinju yang bergelar juara Light Heavyweight WBC Asian Continental, Adli Hafidz Mohd Pauzi atau lebih dikenali sebagai Adli Goldenboy.
Adli Goldenboy tampil sebagai MASKULIN Man of The Moment edisi Mei 2024, Adli berkongsi kisah disebalik penglibatannya di dalam dunia sukan tinju itu.
Jejaka yang berasal dari Johor ini sememangnya aktif dalam aktiviti sukan sejak di bangku sekolah lagi, namun hanya menemui minat dalam sukan tinju ketika berusia 15 tahun.
Pada mulanya, Adli menyertai kelab tinju atas dasar suka-suka kerana kagum dengan susuk tubuh yang dimiliki oleh petinju-petinju profesional.
Siapa sangka, penyertaannya itu mencuri perhatian jurulatih yang menyedari ternyata Adli mempunyai potensi yang boleh dicungkil.
Ibu Bapa Menentang 100%
Namun untuk terus terjun ke sukan itu bukan semudah itu memandangkan Adli masih bersekolah.
Seperti kebanyakan orang, Adli juga mempunyai ibu bapa yang mempunyai pendirian tegas terhadap pelajaran.
Menurut Adli, ibu bapanya menentang keras hasratnya itu, apatah lagi Adli sememangnya banyak ketinggalan pelajaran gara-gara aktiviti sukan.
Lebih-lebih lagi, Adli dikelilingi oleh saudara-mara sebayanya yang cemerlang dalam pelajaran.
“Pada waktu itu ayah memang marah. Tapi bila saya menang satu pertandingan tinju pada usia saya 18 tahun, ibarat hidup saya berubah 360 darjah,” ceritanya ketika ditemu bual MASKULIN.
Selepas kemenangan itu, Adli menerima tawaran memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan turut menerima elaun dari Majlis Sukan Negeri.
Katanya, perkara itu sedikti sebanyak meringankan beban keluarga yang akhirnya menyokong minat Adli itu.
Kemenangan Diumum, Mulut Pembuli Terkunci
Apa yang membuatkan Adli mempunyai keazaman tinggi untuk mempelajari tinju ialah kerana pengalaman pahitnya sebagai mangsa buli di sekolah.
Ujar Adli, dia tekad mahu mempunyai kebolehan mempertahankan diri kerana enggan menjadi sasaran pembuli lagi.
Dia juga masih ingat saat kemenangannya dalam pertandingan tinju peringkat negeri diumumkan di sekolah.
Katanya, pengumuman itu membuatkan banyak mulut terkunci kerana terkejut, termasuklah pembulinya.
“Pada ketika itu saya mula peroleh rasa hormat. Jadi saya mula minat dan cinta sukan itu, di mana saya mencapai matlamat saya iaitu tidak mahu dibuli di sekolah”.
Hampir Bersara Pada 2017
Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2017 menjadi salah satu detik hitam dalam sejarah kerjaya sukan Adli, sehingga dia hampir mahu bersara pada tahun itu.
Bercerita kepada MASKULIN, Adli tewas dalam masa 30 saat ketika berentap dengan petinju dari Filipina, John Marvin di peringkat akhir.
Ketika itu, pengadil menghentikan pertarungan disebabkan Adli tidak stabil akibat ditumbuk pihak lawan dalam keadaan tidak bersedia.
Kekalahannya di temasya itu membuatkannya menerima kritikan teruk sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya.
“Saya tidak lihat komen-komen tersebut sehingga ke hari ini. Waktu itu ibarat dunia saya gelap sekejap.
“Terus terang cakap, memang saya tak boleh terima pada masa itu. Saya dah ambil keputusan mahu bersara pada waktu itu,” katanya.
Bagaimanapun, hasrat itu terbantut tatkala Adli melihat betapa besarnya sokongan dari keluarga dan ibu bapa yang enggan meilhatnya berputus asa.
Adli akur, lalu mengambil tempoh kira-kira setahun untuk memulihkan semangatnya dan bangkit bertarung semula di gelanggang.
“Sehingga hari ini Alhamdulillah, saya telah berjaya membawa balik lima kejuaraan. 13 kemenangan, satu tewas hasil daripada kekecawaan saya tujuh tahun lalu itu”.
Beri Kemenangan Pada Isteri, Hanya Mahu Tunai Hasrat Masa Kecil
Selain ibunya, Adli memberitahu yang isterinya merupakan insan yang banyak berkorban dalam menyokong kerjaya sukannya.
Adli terkenang saat dia tidak dapat bersama isterinya yang sedang mengandung tiga bulan kerana perlu menjalani latihan selama empat bulan di Kazakhstan.
Sepanjang tempoh itu, isterinya perlu berdikari menguruskan keperluan diri termasuklah menghadiri janji temu pemeriksaan doktor.
“Apa yang saya janjikan dekat dia, apabila saya pulang dengan kejayaan, kejayaan itu 100 peratus saya beri kepada dia
“Saya tidak ambil satu pun. Ini sekadar amanah merealisasikan impian masa kacil saya untuk mewakili negara,” kongsinya lagi.
Sehingga ke hari ini, isterinya sentiasa teruja menantikan pertarungan yang akan disertai Adli.
Untuk mengenal Adli Goldenboy dengan lebih lanjut, tonton MASKULIN Man of The Moment edisi May 2024 di saluran YouTube Maskulin.
BACA: Impian Setinggi Angkasa, Anak Malaysia Buktikan Idea ‘Gila’ Sebenarnya Tidak Gila
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Okinawa Diet Untuk Umur Lebih Panjang
Isi Kandungan
ToggleSiap tak kenal dengan Negarawan berusia 93 tahun yang menjadi idola buat generasi muda. Walaupun sudah berusia namun beliau masih aktif dalam mentadbir negara Malaysia. Menurut beliau, antara petua utama adalah menjaga pemakanan. Bagi anda yang belum tahu, Tun Mahathir sangat mengamalkan pendekatan makan tidak terlalu banyak pada satu-satu masa dan berhenti makan sebelum kenyang. Pendek kata, jangan sampai ‘terlebih makan’.
Kalau anda nak tahu, Tun Mahathir juga mengamalkan cara Hara Hachi Bu, di mana berhenti makan apabila perut sudah kenyang. Walaupun agak susah, tapi jika disiplin nescaya hidup lebih sihat dan bermanfaat.
Diet Okinawa
Untuk pengetahuan anda, Okinawa adalah sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Ryukyu, Jepun. Ia dikatakan sebagai kawasan dengan jangka hayat paling tinggi di dunia. Purata hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun manakala Jepun ialah 84 tahun dan penduduk Okinawa berumur lebih 100 tahun adalah 5 kali ganda lebih banyak berbanding kawasan lain di Jepun.
Berikutan jangka hayat yang tinggi, gaya hidup dan pemakanan masyarakat di pulau ini telah lama diperhatikan. Apa yang mereka makan, amalkan untuk hidup sihat sentiasa? Diet Okinawa mengambil perhatian terhadap semua makanan dan ramuan yang dimakan oleh masyarakat pulau itu. Bukan hanka jenis makanan, tetapi sikap dan disiplin yang dimiliki orang sana patut dipuji.
Apa Yang Mereka Makan?
- Melebihkan makanan kaya dengan sahur-sayuran berwarna kuning, oren dan hijau.
- Nasi yang menjadi makanan ruji masyarakat Jepun diganti dengan ubi keledek ungu.
- Daging, produk tenusu dan makanan laut diambil dalam jumlah yang kecil.
- Membanyakkan pengambilan soya dan kekacang.
- Seluruh pemakanannya secara am adalah rendah gula dan gandum – penduduk Okinawa mengambil kurang 30% gula dan kurang 15% gandum berbanding penduduk Jepun yang lain.
- Ungkapan Hara Hachi Bu
Di samping diet tersebut, salah satu budaya penting yang diamalkan oleh penduduk pulau ini adalah untuk berhenti makan awal.
Peribahasa hara hachi bu membawa maksud agar berhenti makan apabila perut sudah 80% penuh.
Tahukah kamu, mereka mengambil sebanyak 1,200 kalori sehari berbanding penduduk di negara lain yang kebiasaannya mengambil 2,000 kalori sehari. Walaupun jumlah kalori yang diambil adalah rendah, diet mereka dipenuhi dengan makanan berkhasiat serta bernutrisi tinggi. Sebab itu mereka masih boleh kekal sihat dan hidup lebih lama walaupun mengambil sedikit kalori.
Semoga tips yang diberikan beliau dapat diamalkan kita semua untuk beroleh kesihatan yang mantap.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI