Cara Mantapkan Stamina Khas Buat Lelaki, Barulah Prestasi Semakin Padu

Share

Buat anda yang sentiasa sibuk dengan kerja seharian di pejabat dan menghabiskan majoriti masa seharian di meja, bilakah kali terkahir anda melakukan senaman yang boleh mantapkan stamina diri?

Dan berapa kerapkah anda bersenam dalam masa seminggu? Rata-rata mungkin anda hanya mampu tersenyum sendirian sampil menggosok perut yang semakin maju ke hadapan.

Bila saiz pinggang semakin hari semakin bertambah anda pun rasa macam sedikit malas dan tidak mahu mempedulikan hal itu. Walhal jauh di sudt hati anda risau melihatkan kondisi diri.

Ketahuilah saudaraku sekalian, masih belum terlambat!

Ada beberapa cara bagaimana anda boleh mantapkan stamina diri secara berkala. Selain senaman ada beberapa faktor lain yang boleh memainkan peranan sangat besar. Ikuti 8 tip mudah MASKULIN kongsikan di bawah.

GANDAKAN SEMUA

Apa kata anda gandakan segala yang perlu dalam senaman, contohnya berat pemberat dan jumlah ulangan bagi teknik-teknik bersesuaian.

Pantas dan hasilnya pasti hebat. -2:1 – Gunakan nisbah berikut untuk sayur dan daging. Sayur yang lebih bukan sahaja menyihatkan malah mampu membantu sistem penghadaman dan pada masa yang sama menghasilkan kurang kalori.

SENAMAN KARDIO

19% senaman kardio! Peratusan tersebut adalah jumlah peningkatan kekuatan tangan bagi mereka yang melakukan senaman kardio selepas senaman beban. Jadi, elak mulakan senaman anda dengan kardio jika anda mahukan lengan yang padat dan menarik.

Outdoor sports photo created by freepik – www.freepik.com

SNEK SENDIRI

Siapa tidak suka makanan ringan dan snek? Apa kata, cipta resipi burger sendiri tetapi dengan bahan-bahan yang lebih menyihatkan dan menepati selera anda.

SENAMAN DI LUAR

Dapat meningkatkan kekuatan tubuh sebanyak 10%. Apa kata, jika selalunya anda berlari di atas treadmill, kali ini sesi larian anda dilakukan di padang rumput.

KOMBINASI BEBAN & KARDIO

Kombinasi kedua-dua senaman ini mampu membantu tubuh membakar kalori sehingga 27% dan 2kg lemak berbanding melakukannya secara berasingan.

Outdoor sports photo created by freepik – www.freepik.com

TIMBANG

Sentiasa set sesi ‘temu janji’ anda dengan alat penimbang sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Andai ada kenaikan berat, ertinya anda perlu lakukan sesuatu. 87% – Peratusan jumlah penambahan otot yang mampu anda bina dengan pengambilan minuman protein sebelum dan selepas sesi senaman. Jadi, minumlah minuman protein tambahan.

WAKTU PAGI

Bersenam pada waktu awal pagi lebih baik berbanding bersenam pada waktu petang kerana anda akan lebih bertenaga sepanjang hari. Jadi, jangan lupa set jam loceng anda.

MANTAPKAN LENGAN

Mudah. Ketatkan lengan baju anda dengan melakukan 2:1 bagi senaman triseps dan biseps.

Jadi tak perlu tunggu siapa-siapa. Anda sendiri kena mulakan!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim