Ramai orang mengetahui bahawa makan minyak zaitun sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan.
Bukan hanya itu, makan minyak zaitun juga boleh mencegah kolesterol selain menjadi ramuan terbaik untuk menurunkan berat badan.
Minyak zaitun kaya akan kandungan vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Ia dapat membantu mengurangi rasa lapar dan keinginan untuk makan banyak, merendahkan lemak dan kolestrol serta membantu mencernakan makanan agar menjadi lebih baik.
Sebelum mengetahui cara-cara untuk menurunkan berat badan dengan minyak zaitun, ada baiknya anda mengetahui larangan pengambilan minyak zaitun terlebih dahulu iaitu elak mengambil lebih daripada lima sudu.
Ini kerana ia boleh menimbulkan reaksi buruk seperti masalah cirit-birit, gula dalam darah menjadi terlalu rendah atau mengundang racun pada tubuh.
Pengambilan satu sudu minyak zaitun sebelum sarapan atau sebelum tidur malam akan membantu otak untuk lebih menghasilkan hormon leptin. Hormon ini akan menstimulasikan tubuh agar anda rasa cepat kenyang. Ketika perut anda kenyang, secara automatiknya anda akan mengurangi pengambilan makanan ketika waktu siang sehinggakan jumlah kalori yang masuk ke tubuh dapat dikawal dengan baik. Bukan itu sahaja, minyak zaitun juga dapat meningkat imunisasi tubuh serta mengurangkan masalah kolesterol pada tubuh badan.
Antioksidan yang terdapat pada sayur-sayuran dan buah-buahan memerlukan lemak agar ia mudah untuk diserap oleh tubuh. Memandangkan minyak zaitun mengandungi lemak yang baik untuk tubuh, secara tidak langsung ia menjadi paduan hebat untuk dimakan bagi mengurangkan berat badan.
Minyak zaitun kaya dengan lemak tak tepu dan ia dapat mengurangi kadar lemak dalam tubuh yang boleh mengakibatkan kolesterol tinggi. Malah anda juga boleh menambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak. Kesemua lemak ini akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.
Minyak zaitun juga boleh dijadikan campuran dalam minuman bagi membakar lemak dan melancarkan proses diet anda. Anda boleh cuba mencampurkan satu sudu minyak zaitun bersama madu dan jus lemon ke dalam air suam. Minuman kaya serat ini dapat melancarkan pencernaan sekali gus mengurangi risiko sembelit yang selalunya dihadapi oleh mereka yang sedang berdiet. Amalkan campuran ini setiap pagi.
Selain bagus untuk dimakan, minyak zaitun juga merupakan minyak terbaik untuk urutan dan memanjakan diri kerana ia boleh membakar lemak dari luar. Untuk membuat minyak zaitun sendiri, pembuatannya juga mudah. Anda hanya perlu campurkan setengah cawan minyak zaitun bersama kopi dan perahan limau nipis. Sapukan pada perut atau bahagian tubuh yang berlemak. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam.