Rasanya semua orang akan naik angin dan menyirap bila line Internet Wi-Fi yang kita bayar setiap bulan dengan sewenang-wenangnya dicuri oleh orang lain.

Sebenarnya aktiviti mencuri Wi-Fi ini boleh dikesan. Mungkin ramai yang tak tahu yang mereka adalah mangsa kecurian seperti ini.

Jika tiba-tiba sahaja rasa sambungan Internet menjadi perlahan berbanding dahulu maka anda harus periksa. Bagaimana nak tahu sama ada Wi-Fi kita dicuri secara senyap oleh pihak lain?

Seorang pengguna Twitter @_fidauddin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk mengesan dan menghalang mereka daripada terus bermaharajalela menyedut Internet anda!

Cara Macam Mana Nak Tahu Wi-Fi Kita Dicuri Secara Senyap

Ads

LANGKAH PERTAMA

Cara Macam Mana Nak Tahu Wi-Fi Kita Dicuri Secara Senyap

Buka browser Internet dan taipkan nombor 192.168.0.1 di bahagian address bar. Ia akan membawa anda ke laman seperti di bawah.

LANGKAH KEDUA

Cara Macam Mana Nak Tahu Wi-Fi Kita Dicuri Secara Senyap

Ads

Antara perkara paling penting ialah periksa router anda. Di router tersebut akan terdapat username dan password untuk anda log in. Gunakan password tersebut di laman sesawang yang anda buka tadi. Foto di bawah menunjukkan beberapa jenis router yang biasa digunakan di rumah.

LANGKAH KETIGA

Cara Macam Mana Nak Tahu Wi-Fi Kita Dicuri Secara Senyap Cara Macam Mana Nak Tahu Wi-Fi Kita Dicuri Secara Senyap

Ads

Selepas log in paparan seperti gambar di bawah akan keluar. Klik di bahagian ‘connected clients’. Selepas itu anda akan dapat lihat seberapa ramai orang yang menggunakan Wi-Fi anda.

LANGKAH KEEMPAT

Cara Macam Mana Nak Tahu Wi-Fi Kita Dicuri Secara Senyap Cara Macam Mana Nak Tahu Wi-Fi Kita Dicuri Secara Senyap

Ini dia! Jika terdapat peranti yang sedang menggunakan Wi-Fi anda, ia akan ditayangkan di sini. Klik ikon pencil di dalam kotak peranti tersebut. Pilih opsyen ‘parental control’ dan ia akan enabled sambungan Internet. Klik butang save. Peranti itu sekarang sudah anda block!

Selamat mencuba!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI