Segala peranti yang kita guna tidak akan kekal sampai bila-bila. Itu satu hakikat yang perlu kita semua terima. Terutamanya telefon pintar yang secara semula jadinya ada tempoh hayatnya tersendiri.
Dan di dalam telefon pintar itu sendiri antara komponen yang ada jangka hayat paling mudah terjejas ialah bateri. Hayat penggunaan bateri lithium-ion di dalam kebanyakan iPhone dan Android juga bergantung kepada banyak faktor dan salah satunya ialah cara serta tempoh ia digunakan.
Kali ini MASKULIN ingin menyentuh tentang bagaimana untuk kita tahu bahawa bateri iPhone perlu ditukar. Mungkin di masa akan datang kita boleh berbicara pula tentang telefon pintar Android.
Bateri iPhone tidak akan terus merudum dengan cecara tiba-tiba. Ada beberapa petanda yang anda boleh perhatikan yang kebanyakannya bersangkut-paut dengan prestasi iPhone anda sendiri.
Mungkin selepas beberapa tahun menggunakannya anda mula perasan ia mula memberi respons yang sedikit perlahan. Atau tempoh penggunaan bateri ‘drain’ dengan lebih cepat. Selain itu antara petanda fizikal lain yang letara ialah ia semakin cepat panas.
Petanda-petanda berikut merupakan antara petunjuk bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan bateri.
BILA PERLU TUKAR
Sejak tahun 2017, Apple telah menyedari akan kegelisahan penggunanya akan isu bateri. Bermula dengan iOS 11.3, Apple menyediakan atau membenarkan pengguna iPhone untuk memeriksa sendiri tahap ‘kesihatan’ bateri telefon. Pergi sahaja ke Setting>Battery>Battery Health.
Di situ ia memberitahu pengguna akan kondisi terkini bateri, malah jika ia sudah mula menunjukkan penurunan prestasi Apple akan menasihati untuk menukarnya.
Bila anda tap di Battery Health, tersedia beberapa statistik relevan yang menunjukkan kapasiti terkini. Sebagai contoh telefon baru akan menunjukkan 100%.
Kadar beteri berfungsi dengan baik ialah 80% ke atas dengan kapasiti 500 kitaran cas. Jika ia di bawah 80%, Apple akan memberikan rekomendasi untuk ia ditukar.
Namun terdapat dua kondisi di mana anda harus berikan perhatian.
PERTAMA
iPhone anda menunujukkan ia masih mrmpunyai ‘supporting normal peak performance’. Ini bermakna ia masih lagi berfungsi seperti biasa walaupun battery health di bawah 79%.
Jika ini berlaku maka tidak mengapa jika anda masih ingin belum menukarnya. Cuma tempoh jangka masa penggunaan masa itu akan menurun.
KEDUA
iPhone anda menunjukkan Peak Performance Capability yang bermasalah. Ia akan menyatakan telefonanhda tidak dapat memberikan ‘supporting normal peak power’ seperti biasa. Jika ingin berlaku maka anda sangat digalakkan untuk menukar bateri. Tidak kiralah peratusannya battery health masih 80% atau di bawah 79%.
Selain itu terdapat beberapa mesej penting daripada telefon perlu diberikan perhatian. Berikut MASKULIN senaraikan mesej yang mungkin diaparkan menerusi iPhone anda bila bateri bermasalah.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan sedikit pencerahan tentang bila anda perlu untuk menukar bateri iPhone. Jangan lupa follow Instagram MASKULIN untuk update gya hidup terkini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI