
Bagi anda yang menginginkan kereta mereka wangi sepanjang masa, memilih dan meletakkan pewangi kereta dengan cara yang betul adalah penting.
Sebenarnya tempat yang tepat dan berkesan untuk meletakkan pewangi kereta bukanlah di sini.
Menurut satu perkongsian @stdetailingjb di akaun TikTok , tempat paling sesuai untuk meletakkan pewangi adalah di bahagian kaki tempat duduk penumpang depan yang berdekatan dengan aircond
Ini kerana sebenarnya udara dalam kereta diserap daripada bahagian bawah dan akan dikeluarkan melalui aircond kenderaan.
Untuk membuktikannya, boleh lihat video di bawah yang mana udara disedut pada bahagian berkenaan dan dikeluarkan menerusi ruang ‘aircond’ kereta. Boleh juga klik SINI untuk tonton video.
@stdetailingjb Kita share.. mana tau bermanfaat.. like & share tanda support 😁 #polishkeretajb #coatingjb #Bikespajb #cuciseatjb #detailingjb #stdetailingjb ♬ original sound – Bryan Lee – Boss Bryan
Bila dah letak pewangi di sini barulah bau harum sampai ke bahagian belakang kereta.
Semoga bermanfaat.
Sumber: @stdetailingjb
BACA: Panduan Bulanan Cara Turunkan Berat Badan & Naikkan Otot Sepanjang 2025
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pemenang BMW Motorrad GS Challenge Bakal Diterbangkan Ke Albania Sertai FTT Tour Eksklusif

Perlumbaan motosikal lasak merupakan kategori yang mungkin agak baru di negara kita. Namun ia dilihat semakin popular di kalangan penggemar lumba motosikal.
Salah sebuah pengeluar motosikal yang sentiasa menawarkan keterujaan tunggangan lasak, BMW Motorrad dilihat membuka platform tersendiri untuk peserta dalam negara merasainya.
Hasil ilham daripada pertandingan International GS Trophy yang diperkenalkan oleh BMW Motorrad sendiri, cabaran unik bertempoh dua hari ini telah menawarkan para penunggang GS.
Ia merupakan sebuah pengalaman serba eksklusif, yang telah menguji kemahiran menunggang dan melakukan navigasi mereka di atas landasan yang mencabar.
Baru-baru ini, BMW Motorrad Malaysia telah mengumpulkan lebih daripada 150 penunggang jentera kembara serta para peminat BMW Motorrad di acara BMW Motorrad GS Challenge yang pertama di Malaysia.
Selain pertandingan itu sendiri mereka ingin meraikan jiwa sebenar GS dengan pengalaman yang mengujakan di atas landasan luar jalan yang mencabar.
KETERUJAAN PENGEMBARAAN
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, “BMW Motorrad GS Challenge ini mengimbau pertandingan popular kami, International GS Trophy yang mengambil tempat di lokasi-lokasi ekstrem di seluruh dunia”.
“Kami ingin membawakan sekali lagi keterujaan pengembaraan tersebut di Malaysia buat para penunggang GS di sini, susulan acara kelayakan serantau yang kami telah anjurkan pada tahun 2017 untuk memilih wakil-wakil kami bagi pertandingan tersebut.
“Saya percaya bahawa para peserta kita telah menikmati keseronokan, pengembaraan, dan cabaran menunggang tersebut – yang merupakan ramuan bagi kelahiran jentera GS.”
Cabaran ini telah menyaksikan para peserta menjalani ujian menunggang dan menavigasi di samping cabaran individu di atas landasan luar jalan berhalangan.
PERSAINGAN EKSKLUSIF
Beberapa orang finalis terbaik telah terpilih untuk bersaing pada Hari ke-2 bagi merebut peluang eksklusif untuk menyertai “Follow the Trails” (FTT) Tour, sebahagian daripada acara International BMW GS Trophy di Albania yang akan berlangsung pada bulan Oktober ini.
FTT memberi peluang kepada pemenang tersebut untuk menyusuri laluan seperti yang diguna oleh pesaing pertandingan International BMW GS Trophy 2022.
Setelah cabaran ini berlangsung selama dua hari, empat finalis telah muncul sebagai pemenang BMW Motorrad GS Challenge dan akan menuju ke Albania untuk menyertai FTT Tour yang eksklusif! Pemenang-pemenang tersebut ialah Muhairi bin Muhammad, Rosmadi bin Saad, Niranjan a/l Visuvalingam dan Elis Suriani binti Johari.
Tahniah MASKULIN ucapkan kepada pemenang dan selamat membawa nama negara ke pentas dunia!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
‘Saya Pernah Hadap Kerenah Pelangan Kaki Perah’, Lelaki Ini Dedah Realiti Kerja Menjual Kereta

Bertugas sebagai penjual kereta sebenarnya tidak mudah. Ini kerana kebanyakan daripada mereka mempunyai gaji kasar yang sedikit dan bergantung kepada komisyen jualan kereta.
Kadangkala walaupun jualan banyak, namun sebab terpaksa melayan kerenah pelanggan yang suka ‘memerah’ membuatkan ramai jurujual rasa stress. Walau apa pun rintangan yang datang, mereka tetap mengukir senyuman yang manis untuk memastikan mereka dapat ‘close deal’ dengan pelanggan dambakan kereta baharu.
Terpanggil dengan isu tersebut, Hafizi Norizan tampil memberi penjelasan mengapa sesetengah jurujual kereta seperti tidak gembira dengan kerja mereka.
BACA: Cas Telefon Dalam Kereta Selamat & Bateri Kereta Tak Rosak, Jurutera Ini Ada Penjelasan!
REALITI HIDUP SALESMAN KERETA
Selama aku bergelumang dalam dunia salesman kereta ni macam-macam karenah manusia aku ‘hadap’. Wife beli kereta laki mintak broker fees. Driver mintak broker fees sebab boss die beli kereta. Lepas deliver tetiba muncul salesman entah mana dtg claim broker fee. Customer kaki pau sampai londeh spender, salesman b***** buang habis sebab nak fight dengan competitor & sebagainya.
‘Market’ zaman sekarang ni bab ‘buang’ harga, ‘buang’ free gift, ‘buang’ comm sampai terlondeh spender dah jadi mainan biasa. Persoalan ;
1. Siapa yang mulakan?
2. Nak ‘buang’ banyak mana?
3. Nak ‘buang’ sampai bila?
4. Siapa yang untung?
Ok lah aku rumuskan ringkasan ‘circle’ hidup majoriti salesman di Malaysia
BASIC GAJI – RM1,000
OVERTIME – ❌
BONUS – ❌
Yearly Increament – ❌
Komisyen/kereta – RM1,000 (anggaran)
Situasi Salesman A
1 month – 3 kereta
RM4,000 – Total income
– RM1k – Broker fees
– Rm150 – Full tank
– Rm600 – tinted
– RM450 – Smart Tag
– RM100 – payung & keychain
BALANCE RM1,700.00 gaji nett sebulan
Aku nak tanya kalau wujud SALESMAN A ni brapa lama dia akan jadi salesman?? Baik keje 7e, McD lagi banyak boleh dapat.
Aku bangkitkan hal ni bukan disebabkan duit semata-mata. Aku nampak market jualan kereta ni dah macam CANCER STAGE 4 yang anytime akan rebah.
Bagi aku ni bukan salah customer semata. Salesman, customer & dealer semua bersalah. Salesman buang comm, dealer buang margin, customer perah sampai kering. End up result yang dapat;
1. Salesman pokai
2. Dealer rugi
3. Customer dapat servis sucks
BACA: Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Cas Semula Bateri & Jumpstart Tanpa Bantuan Kereta Lain
Mesti ada yang tanya kenapa pulak customer dapat servis sucks? Hoi bang dah ko perah sampai kering then salesman buat kerja tanpa rela ko rasa salesman tu happy ke? Ko ingat relation ni akan sampai ke anak cucu dia jaga ko? Aku confirm keluar je showroom concept yg digunapakai. ‘Get ur car & key f*** off now’. Maaf aku memang agak kasar bila berbahasa. Nak tau kenapa? Sebab ni la bahasa yg selalu keluar bila settlekan kes customer kaki perah.
WAHAI SALESMAN & CUSTOMER SILA BERFIKIR SECARA WARAS
-Fizi-
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
BMW Malaysia Perkenalkan Lima Jentera Baharu Sempena Ulang Tahun BMW M Ke-50

Pada hari ini BMW meraikan ulang tahun ke-50 model BMW M. Bersempena dengan itu, BMW Malaysia mengumumkan kemunculan beberapa jentera baharu seperti BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition versi Sedan serta Coupé yang baharu.
Kedua-dua siri istimewa ini hadir dengan sistem M xDrive buat pertama kali. Selain itu, mereka turut memperkenalkan BMW M5 dan BMW M5 Competition baharu, serta jentera elektrik tulen BMW M yang membuat penampilan sulung, BMW i4 M50.
Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, “50 tahun bersama BMW M, kami telah mempersembahkan sebuah portfolio yang dibarisi kenderaan-kenderaan yang ikonik lagi handal, yang telah mendefinisikan kereta prestasi premium dalam era masing-masing. Subjenama BMW Group ini telah memperkayakan pengalaman dan pencapaian kami sebagai pengeluar kenderaan premium, membantu kami menunaikan janji untuk membekalkan ‘Sheer Driving Pleasure’ merentasi seluruh produk yang kami tawarkan.
“M melambangkan nyalarasa para jurutera kami dalam menggabungkan kefungsian sukan permotoran yang sebenar dengan inovasi-inovasi yang terkini menerusi pelbagai jentera bertaraf premium. Hari ini, kami teruja untuk meraikan M selama lima dekad yang gilang dengan perungkaian lima model premium berprestasi tinggi terbaharu buat para pelanggan dan peminat setia kami, termasuk para peminat sukan permotoran premium di Malaysia.”
Bersempena ulang tahu ini juga, BMW Malaysia turut menjalankan misi mencari model-model M yang tertua bagi setiap siri model kenderaan tersebut di Malaysia. Para pemilik BMW M klasik digalakkan untuk menghantar butiran kenderaan mereka di sini selewat-lewatnya 8 Jun 2022, untuk memenangi hadiah BMW M yang eksklusif serta sorotan khas oleh BMW Group Malaysia.
BMW M3 Competition Sedan & BMW M4 Competition Coupé, Kini Dengan M xDrive
BMW M3 Competition Sedan dengan M xDrive serta BMW M4 Competition Coupé dengan M xDrive menandakan kali yang pertama sistem pacuan semua roda ‘M-specific’ diperkenalkan kepada kenderaan berprestasi tinggi selain BMW M5 dan BMW M8.
Sistem ini dengan jitunya menyalurkan kuasa enjin kepada keempat-empat roda, membekalkan kualiti prestasi M kepada pemandu, di samping jangka pecutan yang lebih cepat dan cengkaman yang ditambah baik di atas permukaan basah bagi pemanduan harian.

Menunjangi kedua-dua varian ini ialah enjin petrol enam silinder BMW M TwinPower Turbo, digandingkan dengan transmisi M Steptronic lapan kelajuan berserta Drivelogic dan sistem pacuan semua roda yang serba pintar. Konfigurasi ini membekalkan varian-varian baharu tersebut output enjin maksimum yang mengagumkan dengan nilai mencecah 375 kW/510 kk serta puncak tork bernilai 650 Nm, membolehkan ia membuat pecutan abad dalam masa 3.5 saat.

Sosok atletiknya pula dibentuk oleh gril ‘kidney’ M tanpa bingkai dalam rona hitam dengan lampu hadapan serta rongga udara yang langsing dalam bentuk trapezium, lalu disempurnakan dengan roda aloi ringan tempaan pada kedua-dua varian tersebut. Sebahagian daripada struktur binaan ringan yang serba pintar oleh BMW, bumbung kedua-dua jentera ini juga diperbuat daripada plastik bertetulang gentian karbon (CFRP). Ia membantu merendahkan pusat graviti kenderaan tersebut, sekali gus menambah kelincahannya.
Jentera Pemanduan Terunggul: BMW M5 dan BMW M5 Competition Baharu
Kini dalam generasinya yang keenam, iterasi BMW M5 yang terbaharu pada kedua-dua varian ini terus membantu ia mendominasi segmen sedan eksekutif berprestasi tinggi. Sebagai sedan empat pintu, ia memenuhi keperluan pemanduan harian, dan pada masa yang sama berupaya untuk mengungguli litar lumba seperti Nürburgring Nordschleife, di mana jurutera BMW M telah menala dan memperhalusi tetapan suspensinya.

Gril ‘kidney’ yang diperbaharui ini hadir dengan dua palang ‘M-specific’ serta jata M, dan dengan sekilas pandang ia menyerlahkan statusnya sebagai jentera M berprestasi tinggi. Bersempena dengan ulang tahun BMW M ke-50, BMW M5 dan BMW M5 Competition baharu juga akan didatangkan dengan Emblem 50 Tahun BMW M sebagai standard.
Kedua-dua varian menampilkan pelbagai kelengkapan eksterior ‘M-specific’ termasuk spoiler belakang M serta elemen tiga dimensi yang baharu pada lampu belakang LED. Eksklusif untuk BMW M5 Competition ialah sistem ekzos M Sports, dengan gubahan serba langsing untuk membuahkan iras yang jitu dan tampak membesar di samping jata ‘M5 competition’ yang eksklusif.
Kuasa dibekalkan kepada BMW M5 dan BMW M5 Competition baharu oleh enjin V8 4.4 liter dengan teknologi BMW M TwinPower Turbo, ditala untuk menjana output maksimum berjumlah 600 kk dan puncak tork bernilai 750 Nm bagi BMW M5, serta 625 kk dan puncak tork bernilai 750 Nm bagi BMW M5 Competition. Ia membolehkan BMW M5 membuat pecutan abad hanya dalam masa 3.4 saat, manakala BMW M5 Competition mampu membuat pecutan tersebut lebih pantas dalam masa 3.3 saat.
BMW i4 M50
BMW i4 M50 yang sulung merupakan kenderaan elektrik berjata M yang pertama di dunia bakal membentuk asas bagi alaf pemanduan yang mengujakan di dalam negara – yakni alaf yang menjulang Kelestarian dan Kewajipan.
Pada masa yang sama, para pelanggan dan peminat setia masih dapat menikmati pengalaman pemanduan serba emotif yang sinonim dengan BMW M, iaitu Jentera Pemanduan Terunggul.

Sempena ulang tahun BMW M ke-50, BMW i4 M50 akan didatangkan dengan Emblem 50 Tahun BMW M sebagai standard. Perwatakan sporty jentera ini diserlahkan melalui kelengkapan standardnya seperti pakej M Aerodynamics, spoiler belakang M dalam warna tubuhnya serta sisipan peresap belakang dalam warna hitam.
Dengan penggunaan tenaga sebanyak 24 – 19 kWj/100 km, kenderaan ini merekodkan jarak operasi elektrik sejauh 510 kilometer (berdasarkan kitaran WLTP). Serasi dengan mod pengecasan AC dan DC, BMW i4 M50 yang sulung dapat dicas penuh hanya dalam tempoh 8 jam 15 minit dengan pengecas AC 11 kW, atau dicas dari 10 peratus hingga 80% dalam tempoh 31 minit dengan pengecas DC 200 kW.
Pemandu juga boleh berlapang dada dengan adanya aneka sistem keselamatan yang canggih, ia meliputi Perlindungan Akustik untuk Pejalan Kaki, Perlindungan Aktif untuk Pejalan Kaki, Driving Assistant Professional, Parking Assistant Plus, dan Perlindungan Aktif.
BMW i4 M50 yang sulung akan disediakan dalam warna-warna eksterior seperti Mineral White, Black Sapphire, M Brooklyn Grey, M Portimao Blue dan Sanremo Green. Upholsteri interior disediakan dalam Leather Vernasca berwarna hitam dengan sulaman berkontras biru dan Leather Vernasca dalam warna Cognac.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI