Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2011, jangka hayat penduduk Malaysia dianggarkan selama 72.0 tahun untuk lelaki dan 77.1 tahun untuk perempuan.
Oleh sebab jangka hayat manusia yang semakin meningkat, persoalan yang mungkin timbul ialah adakah wang yang dikumpulkan untuk tujuan persaraan atau pencen mencukupi untuk menampung tahap kualiti kehidupan yang diinginkan, ditambah pula dengan meningkatnya kos perubatan serta sara hidup.
Oleh itu, sama ada anda bercadang untuk bersara pada usia 55 tahun atau lebih awal lagi, apa yang penting adalah anda perlu melengkapkan diri dengan perancangan kewangan yang dapat menjamin kehidupan yang memuaskan serta bebas daripada bebanan hutang setelah bersara.
Bagaimana untuk menyiapkan diri untuk bersara? Soalan ini kerap bermain dalam fikiran orang ramai apabila membincangkan isu persaraan. Namun, tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini kerana ia banyak bergantung kepada gaya hidup yang diinginkan, tahap
kesihatan dan juga keadaan seseorang itu selepas bersara. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk menyiapkan diri anda dari segi kewangan sebelum bersara:
1: Tetapkan keperluan kewangan anda
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menilai keperluan kewangan anda. Setelah bersara, perbelanjaan seperti pakaian ke pejabat, kos
pengangkutan / perjalanan ke tempat kerja, makanan dan sebagainya sudah tiada lagi. Walau bagaimanapun, perbelanjaan lain seperti kos perubatan, insurans dan lain-lain lagi mungkin akan meningkat.
Secara amnya, keperluan perbelanjaan seorang pesara itu dianggarkan dalam lingkungan 75% hingga 80% keperluannya ketika masih bekerja. Berdasarkan keperluan ini, anda perlu membuat penyelarasan yang sesuai dengan mengambil kira situasi unik anda, seperti kos pendidikan anak-anak dan pembayaran pinjaman perumahan untuk menganggarkan perbelanjaan bulanan yang perlu ditampung.
Ads
Selain perbelanjaan tetap yang dikenakan, anda juga perlu mengambil kira jika terdapat kemungkinan gaya hidup anda akan berubah. Jika anda berhajat untuk mengembara, bercuti, ataupun mempunyai hobi-hobi lain yang melibatkan wang, anda perlu mengambil kira kos-kos ini ketika membuat perancangan persaraan.
2: Menilai status semasa
Setelah menetapkan keperluan kewangan, langkah seterusnya ialah menilai kedudukan kewangan semasa dan membuat pelan untuk menampung
keperluan persaraan kelak. Di sini, anda perlu memberi perhatian kepada portfolio pelaburan yang merangkumi simpanan tambahan serta pendapatan anda. Senaraikan juga semua komitmen kewangan yang perlu dijelaskan. Sekiranya anda masih bekerja,
anggarkan jumlah wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pencen yang bakal anda terima.
Ads
3: Mengira wang yang diperlukan
Setelah selesai mengumpulkan semua maklumat di atas, anda boleh mendapatkan nasihat daripada perancang kewangan ataupun mana-mana laman web yang menyiarkan artikel-artikel mengenai perancangan persaraan yang boleh anda contohi dalam usaha untuk menyiapkan diri daripada segi kewangan sebelum bersara. Ini penting untuk menilai sama ada wang anda sekarang mencukupi atau tidak
untuk memenuhi keperluan persaraan kelak.
Jika jawapannya tidak, sekurang-kurangnya, anda boleh mengira berapa banyak lagi wang yang diperlukan. Sebagai contoh, keperluan tahunan Ali ialah RM50,000 (lebih kurang RM4,000 sebulan). Dia menganggarkan bahawa wang simpanan persaraannya akan menjana pulangan sebanyak 7% setiap tahun. Oleh itu, Ali memerlukan sekurang-kurangnya RM714,286 (RM50,000 / 0.07) dalam simpanannya untuk menampung perbelanjaan persaraannya.
Ads
4: Berdisiplin dalam merancang kewangan
Untuk mengekalkan kuasa beli wang anda, pastikan ia berkembang sekurang-kurangnya pada kadar yang sama dengan kadar inflasi untuk mengimbangi kesan negatif inflasi. Ini berdasarkan kepada andaian bahawa anda ingin mengekalkan wang simpanan persaraan sepanjang hidup dan menyimpan amaun prinsipal untuk anak-anak anda. Sebaliknya, jika anda tidak keberatan untuk membelanjakan wang persaraan anda, jumlah wang yang diperlukan pastinya lebih
kecil.
Namun, dalam masa yang sama, berhati-hati dalam merancang kewangan anda. Elakkan daripada membuat pengeluaran wang sewenang-wenangnya dan pastikan ia mencukupi untuk menampung perbelanjaan sehingga akhir hayat anda. Di samping itu juga, anda mungkin mahu mengambil kira kesan kuasa pengkompaunan kerana lebih awal anda memulakan pelan simpanan persaraan, maka lebih mudahlah anda mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan.
Setelah menetapkan jumlah wang yang diperlukan, langkah seterusnya ialah untuk
memberikan komitmen penuh kepada jumlah yang hendak disimpan dan menguruskan portfolio pelaburan anda dengan cara yang sepatutnya. Semakin hampir kepada umur persaraan, maka semakin rendahlah risiko yang perlu diambil. Oleh itu, elakkan daripada mengambil risiko yang tinggi hanya kerana anda kini dalam peringkat pertengahan
umur dan baru mula untuk merancang wang yang diperlukan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berapa banyak wang yang diperlukan untuk menjadi gembira? Bagi Jack Ma, billionaire terkenal China dan pengasas Alibaba yang pernah hidup dengan gaji paling rendah dan paling tinggi, ia tidaklah sebanyak yang kita fikirkan.
Dalam satu perjumpaan dalaman, Jack Ma dilaporkan berkongsi pendapatnya terhadap kekayaan dan kegembiraan. Menurut bilionair tersebut, golongan paling gembira di China ialah mereka yang berpendapatan $3000-$4500 sebulan. Sebabnya, menurut Ma, dengan pendapatan tersebut mereka boleh memiliki “sebuah rumah kecil, sebuah kereta, dan sebuah keluarga.”
“Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada itu, dan itulah kehidupan yang bahagia,” ujarnya.
Ma turut memberitahu bahawa hidup dalam kemewahan tidaklah sperti yang digembar-gemburkan. Katanya, “apabila kamu sudah berjaya mendapat (wang) beberapa juta, masalah akan mula muncul.”
Dalam satu rancangan televisyen, Ma juga pernah menyatakan bahawa hari-hari paling bahagia dalam hidupnya ialah semasa dia berkhidmat sebagai guru dengan gaji kurang $15 sebulan. “Lebih banyak wang yang kamu ada, lebih banyak perkara yang perlu kamu lakukan,” katanya.
Bagi kami, ada sedikit kebenaran di sebalik kata-kata salah seorang individu berpengaruh dunia ini. Tapi meskipun wang tidak patut menjadi kayu ukur kebahagiaan dan kejayaan, kita harus sentiasa berusaha memperbaiki diri demi kelangsungan kehidupan kita dan generasi akan datang.
Siapa yang tak kenal dengan salah satu permainan video mobil terkenal di dunia PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile atau lebih popular dengan nama PUBG, mungkin anda tinggal di planet lain barangkali.
Malah kalau anda ke mana-mana sahaja pasti akan ada kelibat pemainnya yang khusyuk memerhatikan skrin video sambil mulut terkumat-kamit dengan wajah penuh serius.
Permainan video yang menarik jumlah pemain jutaan orang di seluruh dunia ini memjdi sebahagian daripada revolusi mobile gaming yang penting dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Sehingga kini dipercayai sebanyak lebih 400 juta akaun berbeza digunakan untuk bermain PUBG di seluruh dunia.
Namun di sebalik popularitinya pasti ia tak dapat lari daripada terpalit dengan kontroversi. Terbaru di India, PUBG telah diharamkan di beberapa buah banda di Gujarat, India. Dua bandar tersebut ialah Rajkot dan Surat. Jika pihak berkuasa sesiapa yang bermain permainan video PUBG dia boleh didakwa dan dikenakan denda.
Menurut satu kenyataan media Rajkot City Police yang turut di muat naik di laman media sosial Twitter, pihak polis kini melarang sepenuhnya kepada mana-mana orang awam untuk menggunakan atau bermain PUBG sehingga 30 April. Yang lebih menarik lagi larangan ini turut melarang orang awam daripada mengambil bahagian Momo Challenge.
Kenyataan media pengharaman yang diumumkan oleh Rajkot City Police.
Jelas Rajkot City Police, sesiapa yang ditangkap melakukan kesalahan tersebut boeh didakwa di bawah Akta Jenayah Sesyen 144, 1o73 dan sesyen 37 (3) Akta Polis Gujarat. Akta ini juga membolehkan pihak berkuasa melarang sebarang perhimpunan awam yang melebihi empat orang dalam satu masa.
SEBAB LARANGAN
Pihak berkuasa Gujarat mengenakan larangan ini kerana merasakan permainan video ini boleh menyumbang kepada ketidfak stabilan keganasan di kalangan kanak-kanak dan remaja.
PUBG merupakan permainan video mobil paling popuilar di India dan ia telah menjadi bualan serta kontroversi di negara tersebut. Sementara itu pengeluarnya, Tencent Games mengeluarkan kenyataan media yang mereka sedang bekerjasama dengan pihak kerajaan tempatan, ibu bapa dan warga pendidik tentang isu ini di kalangan orang muda.
Kepada pemian PUBG di Malaysia anda tak perlu risau. Setakat ini belum ada lagi ura-ura pengharaman seperti ini berlaku.
Bagi penggemar aktiviti hiking atau mendaki gunung di antara lokasi idaman mereka yang terdapat di Malaysia atau di Sabah secara tepatnya ialah Gunung Kinabalu.
Melakukan pendakian Gunung Kinabalu bukanlah satu tugas yang mudah. Malah cukup ramai yang hanya berjaya melakukannya separuh jalan sahaja akibat kepenatan, sesak nafas dan pelbagai masalah lain.
Selain persediaan fizikal dan mental para pendaki juga perlu menyiapkan diri dengan pakaian, kasut serta peralatan yang sesuai untuk melaksanakan mizi menawan Gunung Kinabalu.
Nobutaka Sada
Tetapi lain pula dengan lelaki berusia 49 tahun dari Jepun yang telah tular sejak semalam kerana pendekatannya yang unik mendaki puncak tertinggi di Malaysia tersebut. Apa yang menariknya dia melakukan pendakian lengkap dengan memakai sut dan juga kasut kulit.
Seolah-olah dia ada temu janji perniagaan di atas gunung tersebut!
Menerusi satu hantarannya di laman Facebook, Nobutaka Sada berkongsi beberapa keping foto kejayaannya mendaki hingga ke puncak tertinggi Gunung Kinabalu.
Rupa-rupanya dia adalah seroang tukang jahit yang melakukan misi tersebut sebagai satu gimik pemasaran yang unik.
Nobutaka Sada yang lengkap memakai sut berwarna biru dan kasut kulit pada mulanya tular selepas aksinya dirakamkan oleh pemunggah barang atau porter. Video berdurasi 10 saat itu kemudiannya tular dan mendapat perhatian warganet.
Dalam perkongsiannya di Facebook bapa kepada dua orang anak ini juga mahu menunjukkan betapa sut yang dihasilkan syarikatnya sangat tahan lasak dan selesa.
“Mendaki Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Borneo, Malaysia dengan memakai sut SADA!” jelasnya di hantaran tersebut. Dia turut berkongsi bahawa Gunung Kinablu adalah lebih tinggi dari Gunung Fuji.
“Saya dapat tinggal di pondok di tengah-tengah cahaya bintang, mendaki pendakian yang curam, dan menikmati cahaya di puncak gunung,” tambahnya lagi.
Dia turut berkongsi bagaimana cabaran mereka mendaki ketinggian kira-kira 2,300 meter dalam cuaca tropika berkelembapan tinggi. Malah turut berdepan cuaca hujan namun misinya berjalan dengan lancar.
Mantap betul cabaran yang dia lakukan ini. Tak dapat nak bayangkan bagaimana mendaki gunung lengkap memakai sut, bertali leher dan berkasut kulit.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.