Bagi penggemar aktiviti larian pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pasti satu berita yang cukup dinantikan.
Apa tidaknya selepas lebih 40 hari terkurung di dalam rumah tidak dapat melakukan aktviti larian pastinya ramai ingin melepaskan rasa rindu mengeluarkan peluh ketika berlari.
Walaupun kerajaan sudah melonggarkan dan membenarkan aktviti seperti larian dilakukan namun kita semua harus sentiasa mematuhi SOP seperti melakukan penjarakan sosial. Paling penting usah lakukan larian dalam berkumpulan dan ramai.
Cukup sekadar anda melakukannya secara berdua bersama pasangan contohnya.
Selepas lama tidak berlari anda juga pasti inginkan rentak larian semula. MASKULIN percaya ramai akan mudah rasa tercungap-cungap apabila sudah salama tidak melakukan aktviti larian,
Jadi kali ini MASKULIN ingin ‘refresh’ kembali teknik larian yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku. Berikut merupakan beberapa teknik pernafasan yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan larian yang lebih jauh dan berkesan.
TARIK NAFAS DALAM
Anda perlu tarik nafas dengan dalam, bukan nafas pendek.
HINGGA PERUT
Semasa berlari anda perlu bernafas sampai ke perut, bukan hanya di dada sahaja. Dengan amalkan teknik ini udara akan banyak masuk ke bahagian dada.
POSTUR BADAN
Keadaan postur badan semasa anda berlari juga sangat penting. Pastikan badan tidak membongkok. Ini kerana jika anda dalam postur ini dada akan mengecil. Luruskan badan dan buka dada dengan baik.
BERTENANG
Bagi memastikan anda mampu berlari dalam jarak yang lebih jauh pastikan bernafas dengan keadaan relaks. Elakkan bernafas dengan laju.
IKUT HIDUNG
Bila bernafas semasa berlari sedutlah udara dengan menggunakan hidung dan hembuskan menerusi mulut.
TEKNIK TARIK NAFAS
Larian yang efisien adalah larian idaman ramai orang. Jadi untuk mendapatkan larian berkualiti teknik pernafasan memang penting. Gunakan teknik 3 tapak sedut nafas dan 2 tapak hembus nafas.
JAGA TEMPO LARIAN
Jika anda berasa sedikit tercungap-cungap, usahah risau. Itu perkara yang normal berlaku semasa berlari. Jika keadaan ini berlaku perlahankan pace anda dan cuba tarik nafas dengan lebih tenang.
Semoga perkongsian teknik pernafasan untuk larian ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat berlari dan sihat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI