Melakukan larian ketika sedang berpuasa?
Bagi sesetengah pelari aktif, melakukan aktviti jogging atau larian pada bulan puasa bukanlah satu perkara luar biasa.
Malah bagi mereka ia merupakan satu rutin yang biasa.
Manakala bagi anda yang mungkin merupakan pelari yang lebih konvensional, melakukan aktiviti seperti ini adalah satu perkara yang sangat mencabar. Namun sebenarnya ia bukanlah satu perkara mustahil untuk dilakukan.
Jadi bagaimana untuk lakukan aktiviti ini dengan selamat dan tidak menjejaskan kesihatan badan? Ikuti 10 tip bagaimana untuk berlari sepanjang bulan puasa.
Pada malam sebelum anda rancang nak berlari pastikan minum air dengan secukupnya. Teritamanya ketika bersahur agar anda dapat bertahan seharian dan untuk larian waktu petang.
Sebaiknya anda cubalah rancang agar larian tamat sejurus sebelum waktu berbuka puasa. Dengan itu anda boleh minum dan makan ala kadar selepas habis berlari.
BACA: Petanda Badan Penuh Toksin & Cara-Cara Membuangnya, Salah Satu Dengan Puasa
Jangan paksa diri dan lakukan senaman yang ekstrem. Rendahkan intensiti serta jarak larian ke tahap minima sahaja.
Kalau boleh elak laluan berbukit. Gunakan laluan yang rata agar tidak membebankan badan anda ketika berpuasa.
Jika cuaca agak pansa, pakailah pakaian yang sedikit longgar, telus udara dan ringan agar badan tidak terlalu panas atau overheated.
Ya, jangan paksa diri Ingat anda sedang berpuasa. Jadi jangan segan untuk berjalan dan berehat seketika selepas jarak tertentu. Cukuplah sekadar keluar peluh.
Buat perancangan berbuka puasa lebih awal agar anda dapat berehat dan tidak tergesa-gesa mencari makanan pada saat-saat akhir.
Jadualkan masa berlari untuk tamat sejrus sebelum masa berbuka. Bawa botol air yang besar ke masjid untuk solat Terawih. Minum sedikit demi sedikit untuk kekalkan hidrasi sehingga lewat malam.
BACA: Warna Baju Melayu Sesuai Mengikut Jenis Kulit – Cerah, Sawo Matang & Gelap
Makanan selepas larian harus mengandungi protein dan karbohidrat. Pastikan anda minum air atau jus buah-buahan segar. Makanan seperti buah tamar, telur, kekacang, pasta dan daging adalah sesuai untuk berbuka puasa selepas berlari.
Akhir sekali, dapatkan tidur yang mencukupi sebelum dan selepas sesi berlari. Badan anda perlukan rehat untuk memulihkan tenaga yang hilang di siang hari.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.