Selain kanak-kanak, kereta Hot Wheels juga menjadi koleksi kegemaran lelaki dewasa. Namun masalah mula timbul bila koleksi anda semakin banyak sehingga sukar nak menyimpan.
Bagi mengelakkan kereta Hot Wheels anda bersepah, ada cara mudah untuk anda menyimpannya. Kini anda boleh buat sendiri tempat letak kereta Hot Wheels hanya menggunakan rak kasut.
Kalau nak tahu cara membuatnya, ikuti perkongsian MeerSha Sapian
ini.BACA: Jangan Buang Tikar Lama Yang Buruk, DIY Je Jadi Baru Guna Teknik Murah Ini
Rak kereta hot wheels guna rak kasut. Tak lekat kat dinding lagi? Ni saya sertakan cara-cara nak buat.
BACA: Bermodalkan RM94 Je, Lelaki Ini Kongsi Cara Jimat DIY Kabinet Dapur Guna Rak Buku!
1. Double kan rak tu. Susun bagi sama rata tapi rak ni tak sama rata pulak potongan dia.
2. Pastu ikat guna cable tie. Kalau nak skru pun boleh je.
3. Susun sampai habis rak yang ada. Ikut la nak susun memanjang ke tepi atau memanjang ke bawah. Saya buat memanjang ke bawah tapi mesti double kan tau. Kalau tak, tak muat nak letak kereta.
BACA: Lelaki Ini DIY Rak Dapur Mudah Alih & Praktikal Dari Kayu Pallet, Kreatif & Guna 6 Step Je!
4. Ketat-ketatkan ikatan tu pastu potong cable yang lebih-lebih.
5. Dah siap. Drill letak kat dinding. Susun la kereta yang ada.