Mengetahui jumlah atau kira kalori yang diperlukan setiap hari adalah langkah asas untuk mengekalkan kesihatan, menurunkan berat badan, atau membina otot.
Namun, setiap individu mempunyai keperluan setiap orang berbeza bergantung pada jantina, umur, berat badan, ketinggian, tahap aktiviti, dan matlamat kesihatan mereka.
Kali ini MASKULIN ingin membantu anda memahami cara kira kalori yang diperlukan setiap hari dengan tepat, khususnya untuk lelaki dan wanita.
Berapa Banyak Kalori Yang Diperlukan Lelaki dan Wanita?
Secara purata, lelaki memerlukan lebih banyak kalori berbanding wanita kerana perbezaan dalam jisim otot dan kadar metabolisme. Berikut adalah panduan umum:
Lelaki dewasa: 2,500 kalori sehari (untuk mengekalkan berat badan).
Wanita dewasa: 2,000 kalori sehari (untuk mengekalkan berat badan).
Akan tetapi jumlah ini boleh berubah bergantung pada tahap aktiviti harian dan matlamat kesihatan.
Untuk mendapatkan angka yang lebih tepat, anda perlu mengira kadar metabolisme asas (BMR) dan kalori tambahan berdasarkan aktiviti fizikal.
Ads
Langkah-Langkah Mengira Keperluan Kalori
1. Kira Kadar Metabolisme Asas (BMR)
BMR adalah jumlah kalori yang diperlukan oleh badan anda untuk menjalankan fungsi asas seperti pernafasan, penghadaman, dan pengepaman darah. Formula Harris-Benedict adalah salah satu cara yang popular untuk mengira BMR:
Lelaki: BMR = 88.362 + (13.397 × berat badan) + (4.799 × tinggi) − (5.677 × umur) BMR = 88.362 + (13.397 x berat badan) + (4.799 x tinggi ) – (5.677 x umur ) BMR = 88.362 +(13.397 × berat badan) + (4.799 × tinggi) − (5.677 × umur)
Wanita: BMR = 447.593 + (9.247 × berat badan) + (3.098 × tinggi)− (4.330 × umur) BMR = 447.593 + (9.247 x berat badan) + (3.098 x tinggi) – (4.330 x umur) BMR = 447.593 + (9.247 × berat badan) + (3.098 × tinggi) − (4.330 × umur)
*berat (kg), tinggi (cm), umur (tahun)
Contoh Pengiraan (Lelaki):
Seorang lelaki dengan berat 70kg, tinggi 175cm, dan berumur 30 tahun: BMR =88.362 + (13.397×70) + (4.799×175) − (5.677×30) BMR = 88.362 + (13.397 x 70) + (4.799 x 175) – (5.677 x 30) BMR=88.362 + (13.397×70) + (4.799 × 175) − (5.677 × 30) BMR = 88.362+937.79+839.825−170.31=1,695.667BMR = 88.362 + 937.79 + 839.825 – 170.31 = 1,695.667 BMR=88.362+937.79+839.825−170.31=1,695.667
Untuk mendapatkan keperluan kalori harian sebenar, anda perlu darabkan BMR dengan tahap aktiviti:
Ads
Tidak aktif (sedikit atau tiada senaman): BMR×1.2BMR \times 1.2BMR×1.2
Aktif sederhana (senaman ringan 1-3 hari seminggu): BMR×1.375BMR \times 1.375BMR×1.375
Aktif (senaman sederhana 3-5 hari seminggu): BMR×1.55BMR \times 1.55BMR×1.55
Sangat aktif (senaman berat 6-7 hari seminggu): BMR×1.725BMR \times 1.725BMR×1.725
Contoh Pengiraan (Lelaki Aktif Sederhana):
Dengan BMR 1,696 dan tahap aktiviti sederhana: Keperluan Kalori Harian = 1,696×1.375 = 2,332 kalori, Keperluan Kalori Harian = 1,696 x 1.375 = 2,332 kalori
Gigi berlubang selalunya bermula daripada lubang yang kecil, namun tidak dirawat ia akan melarat. Selain daripada sakit gigi akibat gusi bengkak atau karies gigi, masalah gigi berlubang juga antara yang sering dialami oleh individu dewasa.
Gigi berlubang disebabkan pembentukan plak pada gigi dan plak pula merupakan gabungan daripada bakteria, air liur, asid dan serpihan makanan.
Semua individu mempunyai risiko untuk menghadapi masalah gigi berlubang, namun terdapat beberapa golongan yang mempunyai risiko lebih tinggi berbanding orang lain.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gigi berlubang adalah seperti berikut:
• Selalu ambil air atau makanan manis
• Selalu ambil makanan berasid atau masam
• Kebersihan gigi yang kurang. Kurang menggosok gigi
• Tidak mendapat florida yang mencukupi
• Mulut kering
• Asid refluks (GERD). Asid daripada perut juga boleh merosakkan gigi
• Penyakit psikiatri seperti bulimia, iaitu pesakit yang memuntahkan makanan keluar berulang kali. Asid dalam muntah tersebut akan merosakkan gigi dan menyebabkan gigi menjadi berlubang
Rawatan yang boleh dilakukan di rumah
Menurut colgate.com, terdapat rawatan yang boleh dilakukan di rumah untuk melegakan kesakitan kaviti. Antara bahan yang diperlukan adalah air suam, garam dan minyak bunga cengkih.
Mayo Clinic turut mencadangkan untuk memberus gigi dengan air suam supaya membersihkan keseluruhan bahagian mulut, termasuk bahagian yang terasa sakit.
Korang juga boleh berkumur dengan air suam, mengikut langkah-langkah berikut:
• Tambah dua sudu kecil garam ke segelas air suam
• Kacau sehingga garam menjadi larut
• Bilas mulut korang secara menyeluruh dengan air garam dan kemudian, ludahkan ke dalam sinki
Bilasan air garam dapat membersihkan cebisan makanan dari lubang pada gigi dan melegakan keradangan. Jangan kumur dengan air panas atau sejuk. Suhu yang terlalu panas atau sejuk boleh menyebabkan rasa sakit bertambah teruk.
Minyak bunga cengkih juga merupakan rawatan untuk memberikan kelegaan sementara yang berkesan bagi masalah gigi berlubang.
• Tambah dua atau tiga titis minyak bunga cengkih pada putik kapas, bebola kapas atau tisu yang bersih
• Letakkan kapas tersebut pada bahagian kaviti, kemudian biarkan sehingga rasa sakit berkurang
• Kalau minyak bunga cengkih tulen terlalu kuat, korang boleh gunakan minyak zaitun untuk mencairkannya
Bagaimanapun, sakit gigi berlubang ini adalah masalah yang boleh dielakkan dengan penjagaan gigi yang baik dan pengambilan diet yang sihat. Penjagaan gigi yang baik dan lawatan berkala ke doktor gigi adalah kunci untuk mengekalkan kesihatan gigi yang baik.
Namun begitu, sekiranya masalah gigi berlubang itu menjadi semakin teruk, korang bolehlah segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Fasa Trying to Conceive (TTC), iaitu usaha untuk mendapatkan zuriat, bukan sahaja memerlukan kesihatan wanita yang baik tetapi juga kesihatan lelaki.
Ramai yang tak sedar bahawa pengambilan gula yang tinggi, terutamanya melalui air manis, boleh menjejaskan kesuburan lelaki.
Kajian menunjukkan bahawa gula berlebihan memberi kesan buruk kepada kualiti sperma dan tahap hormon lelaki. Jadi, jika anda dalam usaha untuk menjadi seorang bapa, penting untuk mengetahui bagaimana air manis boleh menghalang niat anda itu.
Bagaimana Air Manis Boleh Menjejaskan Kesuburan Lelaki?
Gangguan Hormon Testosteron
Gula berlebihan dalam badan boleh mengganggu keseimbangan hormon, terutama sekali hormon testosteron yang penting untuk kesuburan lelaki. Apabila tahap gula meningkat, insulin dalam darah juga meningkat, menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Ini akan menjejaskan fungsi sperma dan boleh menurunkan bilangan sperma yang sihat.
Menurunkan Kualiti dan Kuantiti Sperma
Pengambilan air manis yang tinggi juga dikaitkan dengan kualiti sperma yang rendah. Gula yang tinggi menyebabkan kerosakan oksidatif pada sperma, menjadikannya kurang aktif dan tidak berfungsi dengan baik. Sebagai lelaki yang ingin menjadi bapa, anda memerlukan sperma yang aktif dan berkualiti, dan ini boleh dicapai dengan mengurangkan gula dalam diet anda.
Obesiti yang Mempengaruhi Kesuburan
Pengambilan gula berlebihan sering menyebabkan kenaikan berat badan. Obesiti merupakan salah satu faktor utama ketidaksuburan lelaki, kerana ia menjejaskan pengeluaran testosteron dan meningkatkan estrogen dalam badan. Lelaki yang obes sering mempunyai bilangan sperma yang rendah serta motiliti sperma yang lemah, yang menyukarkan proses persenyawaan.
Mengurangkan Tenaga dan Libido
Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan tenaga mudah turun naik dan meningkatkan rasa letih. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan prestasi harian tetapi juga keinginan untuk bersama pasangan. Kurang tidur akibat turun naik gula dalam badan juga boleh menjejaskan keseimbangan hormon lelaki, termasuk testosteron, yang penting untuk libido dan kesuburan.
Menyebabkan Keradangan Dalam Badan
Pengambilan gula yang tinggi meningkatkan risiko keradangan dalam badan. Keradangan ini boleh menjejaskan fungsi organ, termasuk organ pembiakan. Bagi lelaki, keradangan kronik boleh menyebabkan masalah prostat dan mengganggu fungsi sperma. Jadi, mengurangkan pengambilan air manis dapat membantu mengurangkan risiko ini.
Tips Mengurangkan Pengambilan Gula untuk Kesuburan yang Lebih Baik
Pilih Air Kosong atau Minuman Tanpa Gula
Daripada memilih air manis atau minuman berkabonat, pilih air kosong, teh tanpa gula, atau air lemon yang lebih sihat. Ini akan membantu menjaga keseimbangan gula dalam badan dan mengurangkan risiko kesan negatif pada hormon anda.
Gantikan Minuman Bergula dengan Jus Buah Tanpa Gula Tambahan
Jika anda gemar minuman berperisa, cuba minum jus buah segar tanpa gula tambahan. Tetapi, minum dengan kadar sederhana kerana buah juga mengandungi gula semula jadi.
Elakkan Minuman Tenaga dan Minuman Bersoda
Minuman tenaga dan bersoda mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi, yang boleh merosakkan kualiti sperma dan hormon dalam badan anda. Jadi, elakkan minuman ini terutama dalam fasa TTC.
Perhatikan Label Minuman yang Dibeli
Sentiasa baca label pada minuman yang dibeli untuk melihat kandungan gula. Sesetengah produk mengandungi gula tersembunyi, jadi perhatikan saiz hidangan dan jumlah gula untuk membuat pilihan yang lebih bijak.
Kawal Snek Manis dan Makanan Tinggi Gula
Selain minuman, elakkan makanan ringan yang tinggi gula seperti kek, coklat, dan biskut. Pilih snek yang lebih sihat seperti kacang tanpa gula atau buah-buahan segar untuk mengekalkan tenaga tanpa menambah gula berlebihan.
Siapa tak kenal dengan pelakon Thailand yang pernah mendapat gelaran Hundred Million Hero selepas mencipta nama dan dikenali di pentas antarabangsa menerusi filem box office Nang Nak dan Bang Rajan.
Terbaru, berita duka diterima apabila Winai Kraibutr, 54, dilaporkan meninggal dunia pada 20 Mac yang lepas, lapor portal 8days.
Winai yang cukup terkenal menerusi watak Mak dalam filem romantik seram, Nang Nak (1999) meninggal dunia akibat penyakit Bullous Pemphigoid.
Ia merupakan penyakit kanser kulit yang jarang ditemui dan mendiang menderita penyakit tersebut sejak lima tahun lepas.
Menerusi satu hantaran di media sosial isterinya, Chonrada Saenrangsi memaklumkan mendiang meninggal dunia di Hospital Bangkok selepas alami masalah tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada salur darah.
Kata isterinya lagi, tahap kesihatan Winai merosot sejak 15 Mac yang lepas, sebelum diserang sawan dua hari kemudian. Selepas itu, mendiang dilaporkan tidak sedarkan diri dan akhirnya disahkan meninggal dunia minggu lepas.
Menurut 8days, kehidupan Winai berubah selepas dia didiagnosis menghidap Bullous Pemphigoid, penyakit autoimun yang menyebabkan lepuh pada kulit pada tahun 2019.
Takziah kami ucapkan buat ahli keluarga Winai Kraibutr.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!