Memiliki Indeks Jisim Badan (BMI) yang ideal bukan sahaja mencerminkan tahap kesihatan yang baik tetapi juga memberikan keyakinan terhadap penampilan diri. Cara kira BMI yang betul – mengaitkan berat badan dengan ketinggian untuk menentukan sama ada seseorang berada dalam julat berat badan yang sihat.

Walaupun ia bukan pengukur kesihatan yang sempurna, BMI sering digunakan sebagai penunjuk awal untuk risiko penyakit seperti obesiti, diabetes, dan masalah jantung.

Cara Kira BMI (Indeks Jisim Badan) Paling Tepat

Jadi, bagaimanakan kita ingin menentukan cara kira BMI sendiri dengan cara paling tepat dan mudah difahami?

Kepentingan BMI dalam Kehidupan Harian

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar obesiti di negara ini terus meningkat. Statistik menunjukkan bahawa 51% rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai antara negara memiliki kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara. Punca utama masalah ini? Ramai pakar kesihatan berpandangan puncanya ialah hidup sedentari, pemakanan tidak seimbang, tekanan dan kurangnya kesedaran tentang pentingnya bersenam.

Obesiti bukan sekadar masalah kosmetik, ia merupakan masalah kesihatan yang serius. Individu yang mengalami obesiti mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan kanser tertentu.

Ads

Oleh itu, memahami dan mengira dengan betul merupakan langkah penting ke arah kesedaran diri dan penjagaan kesihatan.

Cara Kira BMI

Formula BMI adalah seperti berikut:

BMI = Berat badan (kg) / [Tinggi (m)]²

  • Berat badan diukur dalam kilogram (kg).
  • Tinggi diukur dalam meter (m).
  • Tinggi dalam sentimeter perlu ditukar kepada meter dengan membahagikan angka tersebut dengan 100.

Cara Kira BMI (Indeks Jisim Badan) Paling Tepat

Kategori BMI

Berikut adalah panduan klasifikasi BMI yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO):

Ads
  • Kurang berat badan: BMI kurang daripada 18.5
  • Berat badan normal: BMI 18.5 hingga 24.9
  • Berat badan berlebihan: BMI 25 hingga 29.9
  • Obesiti: BMI 30 ke atas

Contoh Pengiraan BMI

Seorang lelaki dengan berat badan 65 kg dan ketinggian 170 cm:

  1. Tukar ketinggian kepada meter:
    170 cm ÷ 100 = 1.7 m
  2. Kira tinggi dalam kuasa dua:
    1.7 × 1.7 = 2.89
  3. Gunakan formula BMI:
    65 ÷ 2.89 = 22.5

Hasil: BMI lelaki ini adalah 22.5, yang tergolong dalam kategori berat badan normal.

Cara Kira BMI (Indeks Jisim Badan) Paling Tepat

Punca Utama Masalah Obesiti di Malaysia

  1. Pemakanan Tidak Sihat
    Pengambilan makanan berkalori tinggi, bergula, dan berlemak seperti makanan segera menjadi kebiasaan di kalangan rakyat Malaysia.
  2. Gaya Hidup Tidak Aktif
    Kebanyakan rakyat Malaysia bekerja di pejabat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Tontonan televisyen atau gajet juga menggantikan masa untuk bersenam.
  3. Tekanan Hidup
    Tekanan menyebabkan ramai individu makan secara berlebihan sebagai cara untuk menghilangkan stres.
  4. Kurangnya Kesedaran
    Ramai yang tidak mengetahui keperluan kalori harian mereka atau pentingnya bersenam secara konsisten.

Cara kira BMI yang betul merupakan langkah pertama yang mudah tetapi sangat bermakna untuk menilai tahap kesihatan seseorang.

Ads

BACA: Panduan Bulanan Cara Turunkan Berat Badan & Naikkan Otot Sepanjang 2025

Dengan pemahaman tentang BMI, kita boleh mengambil tindakan awal untuk mengekalkan berat badan ideal melalui diet seimbang dan senaman.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengambil serius isu obesiti yang semakin meruncing untuk memastikan generasi yang lebih sihat dan produktif.

Jadi, mulakan langkah kecil hari ini—kira BMI anda dan buat perubahan ke arah kesihatan yang lebih baik!

Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI