Minggu hadapan, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan dan keinsafan. Sepanjang tempoh berpuasa, salah satu aspek kesihatan yang tidak boleh diabaikan ialah tahap gula dalam darah.

Pemahaman mengenai bacaan gula dalam darah yang normal dapat membantu mengelakkan risiko hiperglisemia (gula tinggi) dan hipoglisemia (gula rendah), sekali gus memastikan kesihatan kekal terjaga.

Mengapa Tahap Gula Dalam Darah Penting?

Tahap gula dalam darah mencerminkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa, yang merupakan sumber tenaga utama bagi sel-sel badan.

Bacaan gula yang stabil dan dalam julat normal amat penting bagi individu yang ingin mengekalkan kesihatan optimum, terutama ketika berpuasa.

Cara Kawal Gula Dalam Darah Ketika Berpuasa, Tip Sihat Ramadan!

Bacaan Gula Normal Mengikut Umur

Setiap peringkat umur mempunyai tahap gula yang berbeza berdasarkan keperluan tenaga dan sistem metabolisme badan. Berikut adalah julat normal tahap gula dalam darah:

Ads
Kumpulan UmurTahap Gula Berpuasa (mg/dL)Selepas Makan (mg/dL)
0 – 5 tahun80 – 180Lebih dari 200
6 – 12 tahun80 – 180Lebih dari 180
Remaja (13 – 19 tahun)70 – 15090 – 180
Dewasa (20 – 39 tahun)70 – 9990 – 140
Dewasa (40 – 59 tahun)70 – 10090 – 140
Warga Emas (60 ke atas)80 – 12090 – 150

Bacaan Gula Normal Semasa Puasa

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tahap normal semasa berpuasa adalah antara 70 mg/dL hingga 100 mg/dL. Sementara itu, bacaan selepas 2 jam berbuka puasa boleh meningkat kepada 200 mg/dL atau lebih.

KategoriTahap Gula Berpuasa (mg/dL)Selepas Makan (mg/dL)2 Jam Selepas Makan (mg/dL)
Normal70 – 100170 – 200< 140
Pra-Diabetes101 – 126190 – 230140 – 200
Diabetes> 126230 – 300> 200

Cara Kawal Gula Dalam Darah Ketika Berpuasa, Tip Sihat Ramadan!

Bacaan Gula Normal Individu Sihat

Bagi individu tanpa diabetes, tahap gula dalam darah yang normal adalah seperti berikut:

KeadaanTahap Gula (mg/dL)
Berpuasa< 100
1 jam selepas makan90 – 130
2 jam selepas makan90 – 110
Lebih 5 jam selepas makan70 – 90

Bacaan Untuk Pesakit Diabetes

Pesakit diabetes perlu lebih berhati-hati dalam mengawal tahap gula mereka, terutama ketika berpuasa. Berikut adalah tahap gula dalam darah yang disarankan bagi mereka yang menghidap diabetes:

UmurBerpuasa (mg/dL)Selepas Makan (mg/dL)1-2 Jam Selepas Makan (mg/dL)Sebelum Tidur (mg/dL)
Bawah 6 tahun80 – 180100 – 180~ 180110 – 200
6 – 12 tahun80 – 18090 – 180Lebih dari 140100 – 180
13 – 19 tahun70 – 15090 – 130Lebih dari 14090 – 150
20 tahun ke atas< 10070 – 130< 180100 – 140

 

Ads

Mengetahui tahap gula dalam darah dan memahami bagaimana ia berubah mengikut usia dan status kesihatan adalah penting bagi memastikan kesejahteraan tubuh, terutama ketika berpuasa di bulan Ramadan.

BACA: Dr Say Shazril Menyeru Rakyat Malaysia Dapatkan Vaksin Influenza Setahun Sekali

Dengan memantau bacaan gula secara berkala dan mengamalkan gaya hidup sihat, kita dapat mengurangkan risiko komplikasi kesihatan serta mengekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa.

Ads

Bagi individu yang mempunyai risiko diabetes atau yang sudah didiagnosis dengan penyakit ini, pastikan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan puasa.

Dengan perancangan yang baik dan pemantauan kesihatan yang berterusan, ibadah puasa dapat dilakukan dengan lancar tanpa menjejaskan kesihatan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI