Lelaki dan seluar jeans memang tak dapat dipisahkan. Malah tak keterlaluan untuk MASKULIN katakan bahawa jeans merupakan antara pakaian yang WAJIB ada dalam almari seorang lelakli.
Dan seluar jeans di pasaran sekarang juga ada banyak jenis. Ada yang murah dan ada juga yang harganya cukup mahal. Ia bergantung kepada jenama dan juga jenis kain denim yang digunakan.
Jeans yang berkualiti biasanya memiliki denim jenis yang tebal dan tahan lama. Inilah jeans yang seharusnya anda ada sekurang-kurangnya sepasang. Jenas jenis ini semakin lama anda pakai ia akan menjadi semakin cantik.
Untuk memastikan jeans tahan lama dan cantik berapa kerapkah perlu anda membasuhnya? Jom ikuti kupasan MASKULIN berkenaan perkara yang cukup menarik ini.
SECARA IDEAL
Secara ideal anda hanya perlu membasuh seluar jeans anda setiap 5 hingga 10 kali memakai. Namun bagi penggemar jenas yang sejati mereka tidak akan membasuh jeans mereka dalam tempoh yang lama. Ada yang tak basuh selama setahun pun ada. Tapi dengan syarat meraka pastikan jeans bebas dari sebarang kotoran luar.Kain denim biasanya akan luntur warna dengan banyak apabila ia dibasuh terutamanya buat kali pertama. Inilah perkara yang paling ditakuti oleh penggemar jeans.
CARA ELAK WARNA LUNTUR
Walau bagaimana cara sekalipun anda mengelak tapi lama-kelamaan jeans akan luntur warnanya. Jika anda bimbang warna akan pudar apabila nak mencucinya, anda boleh rendam jenas dalam campuran air sejuk dan cuka selama sejam. Ini boleh menghalan warna jeans luntur dengan teruk.
CARA BASUH
Mesin basuh
Jika menggunakan mesin basuh pastikan anda terbalikkan dahulu jeans sebelum memasukkannya. Sedikit sebanyak ia boeh mengelak warna luntur lebih teruk. Selain itu anda juga boleh pastikan bahagian dalam diberishkan dengan lebih baik.
Cuci tangan
Kepada anda yang lebih cermat basuh dengan menggunakan tangan pastinya menjadi pilihan. Mula-mula rendam jeans campuran air sejuk dan detergen. Kemudian pijak jeans dengan menggunakan kaki untuk keluarkan kesan kotoran degil selama beberapa minit. Bilas dan jemur dengan segera. Kalau boleh jangan gunakan detergen terlalu banyak kerana risau ia melunturkan warna jeans dengan lebih teruk.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI