Penjagaan Diri

Cara Jaga Rambut Panjang Untuk Lelaki Agar Lebih Sihat & Tak Berbau

Share

Menguruskan rambut panjang mungkin memerlukan usaha yang lebih berbanding rambut pendek. Jadi cara jaga rambut panjang memang berbeza dan memerlukan penjagaan yang betul.

Barulah penampilan anda jadi lebih menarik dan dapat elak ada masalah kelemumur dan lebih sihat.

Tidak dinafikan ramai sebenarya lelaki sedar bahawa berambut memerlukan dedikasi menjaga lebih teliti.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi cara jaga rambut panjang dengan cara mudah dan terbaik agar ia lebih sihat dan tak berbau.

Produk Sesuai

Salah satu cara jaga rambut panjang yang paling asas ialah memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Seloknya guna produk yang bebas daripada bahan kimia merbahaya. Pilihlah produk yang berasaskan sumber semulajadi.

Cuci Cara Betul

Selama ini adakah anda guna teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah pertama mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air sedikit suam.

Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala jenis kotoran pada kulit kepala. Ketika guna syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari kepada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya pori kembali tertutup. Ini salah satu cara jaga rambut panjang yang sangat baik!

Guna Sikat Yang Betul

Menggunakan sikat yang betul juga salah satu cara jaga rambut yang memainkan peranan sangat penting bagi memastikan ia sentiasa terurus dan kekal sihat. Gunakan sikat jenis wide-tooth combs

untuk rambut yang panjang.

Mula menyisir pada bahagian hujung rambut dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.

BACA: David Beckham Titip Ucapan Romantis Pada Hari Lahir, 10 Fakta Menarik Victoria Beckham

Kurangkan Guna Curling Iron & Dryer

Kalau boleh elakkan guna sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering dan mudah putus. Jika anda nak guna dryer pastikan ia berada di paras paling rendah.

Minyak Kelapa

Perlu akui tak ramai orang Melayu menggunakan minyak kelapa untuk rambut terutamanya lelaki. Namun minyak kelapa mampu membantu meningkatkan mengekalkan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya.

Ia juga kaya dengan vitamin dan asid lemak bagi menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan sebum pada folikel rambut.

Diet Seimbang & Minum Air Cukup

Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat, segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan juga anda selalu minum air dan tidak terhidrat. Kekal hidrasi sepanjang hari mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim