Parut pada wajah sebenarnya boleh dihilangkan dengan langkah yang sangat mudah menerusi bahan-bahan yang boleh diambil dari dapur anda.
Tambahan pula, apabila anda berniat untuk menghilangkan parut pada wajah, tindakan itu sudah menunjukkan anda seseorang yang sangat menjaga ketrampilan diri.
Maka dengan itu, ketrampilan diri sememangnya perlu dititik beratkan lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan orang ramai.
Jadi jom tengok apa cara-caranya untuk mulakan proses itu. Boleh praktikkan pada setiap malam sebelum tidur :
Kalau parut lama?
Anda cuma perlukan satu bahan sahaja iaitu kulit kayu manis. Ambil sebatang kulit kayu manis dan asahkannya di atas permukaan yang keras seperti batu asah misalnya. Asah sehingga ia menjadi serbuk dan kemudiannya, letakkan beberapa titik air.
Ads
Adunkan serbuk kulit kayu manis dengan air tadi menggunakan hujung jari sehingga sebati. Kemudian, sapu pada wajah anda. Anda akan merasa sedikit pedih-pedih namun ia hanya sementara. Nak cepat sembuh kan?
Kalau parut baru?
Ads
Anda boleh memilih untuk menggunakan kulir rambai, kulit pisang atau kulit limau mandarin.
Caranya, gosok bahagian dalam kulit pada wajah anda terutamanya yang terkena parut. Sambil tengok TV pun boleh gosok-gosok. Tiada masalah.
Ads
Kalau parut tinggal bekas?
Anda boleh menggunakan lemon dan soda bikarbonat. Caranya, sapukan sebatian adunan tersebut pada parut anda perlahan-lahan.
Ini kerana lemon bersifat peluntur yang mampu mengurangkan kesan parut secara semula jadi.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki kalau sudah memasuki usia 40-an sememangnya akan berdepan dengan rambut putih atau uban. Ia merupakan ‘fenomena’ normal yang berlaku kepada kebanyakan lelaki. Petanda bahawa usia sudah semakin meningkat dan juga faktor biologi dalam diri anda.
Namun bagaimana jika uban tumbuh pada usia yang lebih awal. Sebagai contoh pada penghujung 20-an atau awal 30-an. Pastinya ia meresahkan anda, bukan?
Bagi sesetengah lelaki mungkin rambut putih tumbuh lebih awal kerana faktor genetik. Namun ada beberapa sebab luaran yang lain boleh menjadi penyebab kepada mengapa uban atau rambut putih tumbuh pada usia lebih muda.
Jadi apa punca penyebabnya? Terdapat 10 punca utama yang boleh membuatkan rambut putih anda tidak segan silu untuk menyapa dunia luar lebih awal.
KETURUNAN
Sama seperti masalah kelemumur, rambut beruban juga boleh terjadi sekiranya anda mewarisi genetik yang cepat beruban. Jika kedua-dua ibu bapa anda jenis orang cepat beruban, maka anda juga ada risiko yang sama.
Jangan terkejut, haba dari peranti elektronik seperti pengering dan penggulung rambut boleh menjadi punca rambut tumbuh uban lebih awal. Jika anda seorang yang kerap menggunakannya , rambut akan jadi mudah rapuh. Suhu panas juga turut mengganggu penghasilan melanin lalu menyebabkan rambut cepat beruban.
STRES
Pernah tak dengar orang kata “banyak uban ni sebab banyak berfikir”. Ya, ia telah terbuktilah faktor tersebut juga boleh menjadi penyumbang kepada rambut beruban. Selain uban, stres juga boleh menyebabkan rambut rosak dan gugur.
SELALU MAKAN FAST FOOD
Mengambil makanan yang tidak sihat seperti makanan segera dan jajan boleh menjadi punca rambut rosak. Malah tabiat pemakanan seperti ini boleh memberikan kesan negatif terhadap penghasilan melanin dalam rambut. Hasilnya rambut menjadi putih.
KERAP WARNAKAN RAMBUT
Memang nampak lebih mengancam jika rambut ada warna. Namun tahukah anda prosesnya boleh merosakkan sel melanin sehingga menjadikannya putih.
Faktor ini berkait rapat dengan jenis syampu yang anda gunakan. Disebabkan itulah sangat penting untuk anda pilih dan guna syampu yang bebas bahan kimia bahaya. Ini kerana kerana bahan kimia itu boleh menjadi punca rambut beruban dengan cepat.
MEROKOK
Tabiat yang menjadi punca kepada banyak masalah kesihatan! Sebuah kajian yang pernah diterbitkan oleh J.G. Mosley pada tahun 1996 mendapati, perokok akan mengalami empat kali ganda masalah rambut beruban.
Kekurangan asid folik, zat besi dan vitamin B12 dalam tubuh akan melambatkan serta menjeas pertumbuhan rambut baru yang sihat.
DIET TAK SEIMBANG
Pemakanan yang tak seimbang boleh mengakibatkan tubuh kekurangan nutrisi. Jika badan kurang nutrisi, sistem dalam badan tidak dapat berjalan dengan baik.
KURANG VITAMIN B12 & ZAT BESI
Uban yang tumbuh di usia muda boleh juga kerana kadar vitamin B12 yang rendah. Selain itu, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi adalah disarankan untuk sering mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B12 dan zat besi.
Pesan MASKULIN, kepada anda yang sudah ada uban yang banyak usahlah risau. ‘Embrace’ uban dengan sepenuh hati. Ingatlah uban itu tak bermakna anda tidak boleh menjadi lelaki awesome!
Usia bukanlah penentu untuk seorang lelaki untuk sentiasa tampil kemas, segak dan kacak. Malah usia juga tidak harus dijadikan sebagai salah satu faktor untuk seorang lelaki berputus asa dalam penjagaan diri untuk tampil lebih menarik.
Seorang lelaki boleh nampak kacak dengan seadanya tanpa perlu mencurahkan usaha yang banyak. Namun tidak semua lelaki begitu. Bagi mereka yang dikurniakan bentuk badan yang menarik dan wajah kacak, pasti ia bukan satu masalah besar.
Tapi jika melakukan grooming dengan teknik yang salah pastinya ia boleh membuatkan anda kelihatan berlawanan dengan apa yang dimahukan.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa kesilapan penjagaan diri atau grooming yang sering dilakukan oleh lelaki.
IN DENIAL
Sesetengah lelaki pasti berdepan dengan situasi kepala mula botak. Atau dalam erti kata lain rambut botak tengah. Terimalah hakikat itu seadanya dan usah cuba menyembunyikan kawasan botak dengan rambut lain. Mungkin tiba masanya untuk anda bergaya dengan fesyen kepala botak.
MELUPAKAN KAKI
Wajah, checked. Body, checked! Tapi bagaimana pula dengan kaki? Inilah di antara kesilapan yang selalu lakukan kerana membiarkan kebersihan dan kecantikan kaki. Usah segan untuk pergi mencuci kaki dan kuku di salon.
TERLALU BANYAK PRODUK
Terdapat perbezaan di antara seorang lelaki yang pandai menjaga penampilan diri dengan lelaki yang obses dengan penampilan diri. Gunakah produk yang betul-betul diperlukan sahaja. Usah terlalu ghairah menggunakan pelbagai jenis produk hinggalan boleh menjejaskan penampilan sendiri.
ABAIKAN SUNSCREEN
Negara kita mempunyai cuaca yang sangat panas. Jadi mahu atau tidak kita memang perlu memakai dan menggunakan krim pelindung matahari. Ramai lelaki menganggap penggunaan produk seperti ini tidak penting sedangkan cahaya matahari terik boleh memberikan kesan negatif. Gunakan sekurang-kurangnya krim SPF 20 untuk perlindungan kulit.
POTONG IKUT SUKA
Tidak semua potongan dan gaya rambut sesuai dengan semua orang. Malah ia haruslah sesuai dengan bentuk wajah anda. Keluarkanlah sedikit pelabura untuk mendapatkan khidmat tukang gunting berpegalaman yang boleh memberikan tip dan potongan rambut baik.
TERLALU CEREWET
Ingat satu perkara, penjagaan diri adalah untuk anda bukanlah orang lain. Ada sesetengah lelaki sangat cerewet memilih produk atau cerewet dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
KONDISI BELAKANG
Bayangkan anda mempunyai wajah yang kacak, berbadan tegap tapi bahagian belakang menggerutu penuh dengan jerawat. Walaupun ia tidak boleh dilihat orang lain namun anda tidak seharusnya mengabaikan kondisi belakang.
KELUMUMUR
Ini merupakan antara masalah besar yang dialami ramai lelaki terutamanya berambut lebat. Masalah kelumumur boleh menjejaskan bukan sahaja penampilan tetapi keyakinan diri seorang lelaki.
Sebagai solusi awal anda boleh menggunakan syampu yang khusus untuk rawatan kelumumur. Atau boleh juga dapatkan rawatan dengan cucian menyeluruh di salun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Membasuh muka dengan hanya menggunakan pencuci muka tidak memberikan impak yang besar. Sebenarnya, ramai yang tidak menitik beratkan kepentingan menggunakan scrub muka. Untuk pengetahuan anda, scrub muka sangat penting digunakan kerana ia membuang kulit mati, mencerahkan wajah serta mengelakkan pori-pori daripada tersumbat. Selain itu, scrub muka dapat mencerahkan lagi kulit yang kusam.
Ini antara produk yang boleh anda gunakan untuk membuang kulit mati:
Garnier Pure Active Anti-Acne White Acne & Oil Clearing Scrub
Scrub muka untuk jerawat yang murah
Ini ialah rekomendasi scrub muka yang terbaik untuk menyelesaikan masalah jerawat dan kulit berminyak. Dengan hanya 4 minggu sahaja, kesan jerawat dan bintik hitam akan hilang sekelip mata serta masalah kulit berminyak berkurangan. Ia juga mempunyai sijil Halal.
Garnier Men Powerwhite Whitening Scrub
Scrub muka untuk lelaki kulit berminyak
Lelaki juga perlu memakai scrub muka untuk mendapatkan kulit yang segar. Produk ini dapat menghilangkan semua kekotoran dan mengawal kulit berminyak. Ia adalah dual produk yang membersihkan kulit secara mendalam serta mencerahkan muka.
HIMALAYA Apricot Scrub
Scrub muka apricot yang boleh didapati di Watsons
Terdapat banyak sel kulit mati dan kekotoran pada wajah. Justeru itu, scrub muka apricot ini membantu untuk mengupas sel kulit mati serta bintik hitam. Ia juga mengandungi vitamin E semulajadi yang dapat melembutkan kulit. Pasti muka kelihatan berseri-seri selepas ini!
St Ives Nourished & Smooth Oatmeal Scrub & Mask
Scrub muka drugstore yang mengandungi oatmeal
Ini merupakan produk 2-dalam-1 kerana boleh digunakan sebagai scrub muka atau mask. Ia mempunyai aroma yang menyenangkan iaitu bau oatmeal dan juga madu. Dengan menggunakan scrub, muka pasti nampak lebih sihat, lembut dan segar. Selain itu, ia diperbuat 100% daripada serbuk kulit badam dan dijamin selamat digunakan.
Jangan lupa ke Karnival Karangkraf 1-3 Jun ni! Mungkin anda boleh dapat produk scrub secara percuma? Siapa tahu kan?