Nampak musim buah durian kembali lagi. Nak tahu macam mana caranya? Selain tengok di tepi-tepi jalan, lihat sahaja dalam Facebook.
Kalau ramai yang share tengah makan durian dekat timeline masing-masing, haa.. tengah musim durianlah tu!
Selepas makan durian, apa yang sering dialami oleh penggemarnya adalah aroma durian itu akan kuat melekat serta panas badan mulai terasa.
Namun demikian, tahukah anda bahawa rasa panas itu sebenarnya boleh dihilangkan? Caranya adalah seperti berikut :
Ambil buah belimbing dan kisarnya bersama sedikit air. Selepas itu, anda boleh tapis airnya untuk diminum. Kalau suka seratnya juga, pun tiada masalah.
Ambil pangsa durian yang berlekuk dalam, tuangkan air mineral dan minumlah terus dari pangsa itu. Setiap apa yang dicipta, ada kelebihan masing-masing.
Tahukah anda kalau durian dipanggil raja buah, buah manggis sebenarnya digelar ratu buah! Ini kerana fungsinya yang mampu menyejukkan badan.
Ambil pucuk daun teh dan bersihkannya. Keringkan pucuk daun teh itu dan kisar bersama air. Rendam dalam air panas dan jadikannya sebagai satu minuman.
BACA : Kalau Ramai Tahu Rahsia Buah Durian, Mesti Yang Tak Suka Pun Terus Jadi Minat!