Bukan mudah nak hilangkan ketuat kalau tak kena dengan caranya. Ia tidak boleh dicungkil macam itu saja kerana bimbang boleh berlakunya jangkitan lain.
Masalah ketuat ini boleh berlaku sama ada di tapak kaki ataupun di telapak tangan. Apabila ia terjadi, pasti anda ingin membuangnya kerana rasa tidak selesa apabila timbul rasa keras pada permukaan kulit.
Menurut Wikipedia, ketuat merupakan sejenis penyakit kulit di mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ia boleh merebak melalui sentuhan dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Runsing dengan kehadiran ketuat ini dan takut ia semakin merebak, seorang pengguna Facebook bernama Hanis Samsuddin telah berkongsi cara-cara menghilangkan ketuat yang hanya boleh dilakukan di rumah. Dengan menggunakan 4 bahan, caranya juga cukup mudah.
Cara Hilangkan Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah
Kongsikan untuk kebaikan semua. Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?
Punca
Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.
Cara nak atasi
Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.
Bahan-bahan yang diperlukan
Apple Cider Vinegar – Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.
Ads
Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
Plaster atau Duck Tape – Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.
Mari lihat pada gambar di bawah untuk mengikuti langkah Rawatan Membuang Ketuat. Selamat mencuba.
2. ☝Sapu vaseline dekat keliling ketuat (jangan terkena ketuat). ☝Basahkan kapas dengan cuka, letak atas ketuat dan plaster. ☝Biarkan semalaman.
3. ☝Ketuat yang tidak disapu Vaseline. Kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka. Jadi pastikan ada menyapu Vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.
Hari ketiga: ☝Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedu,a tiada rase pape sebab cuka memakan sel kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rase sedikit pedih.
4. ☝Kelihatan akar ketuat menjadi hitam. Ini menandakan sel² ketuat mula mati dimakan asid.
Ads
5.☝Kelihatan ketuat dah mati.
6. ☝Apabila ketuat jadi macam ni, boleh la korek sikit demi sedikit.
7. ☝Ketuat yang berjaya dikorek.
8. Kesan sekitar ketuat sudah kering.
9. Ketuat sudah hilang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salah satu cara untuk menguruskan saiz perut adalah dengan hentikan tabiat makan lewat malam.
Ini kerana makan lewat malam hanya menyebabkan perut anda susah nak hadam makanan yang ada.
Jadi apa perlu buat? Jom baca lima tip mudah ini
1. Makan sebelum 6:00 petang
Ini akan memberikan anda rasa kenyang, mengurangkan kelaparan pada lewat malam dan menyediakan badan anda untuk tidur malam yang baik.
2. Ambil menu rendah kalori
Apabila anda berkeinginan untuk makan lewat malam, makan atau minumlah sesuatu yang rendah kalori yang akan memberikan anda khasiat dari segi emosi dan fizikal. Satu paket oat panas, dengan pengisian 150 kalori adalah memadai.
3. Tukar atau kurangkan makanan
Jika anda mempunyai tabiat makan lewat malam, anda boleh secara perlahan menukarnya dengan mengurangkan jumlah makanan yang anda makan setiap malam dan kemudian memilih makanan yang lebih berasaskan sayuran dan semulajadi. Makanan seperti ini adalah lebih sihat, lebih berkhasiat serta lebih rendah dalam kalori.
4. Makan benda lain
Jangan makan makanan yang telah diproses, tepung putih atau gula selepas 6:00 petang. Makanan ini boleh menyebabkan gangguan regulasi tahap gula dalam badan anda dan membawa kepada kelaparan lewat malam yang lebih teruk.
5. Berus gigi awal-awal
Satu strategi menarik untuk mengelakkan tabiat ini adalah dengan memberus gigi lebih awal pada sebelah petang. Ramai mendapati bahawa selepas mereka berus gigi mereka, mereka tidak berkeinginan untuk makan lebih banyak makanan kerana tidak mahu mengulangi rutin kebersihan gigi mereka lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagaimana seorang lelaki, anda sudah semestinya terdedah dengan cara mencuci muka dengan seketul sabun (yang juga menjadi sabun badan) dan mengelapnya dengan tuala. Selesai sudah!
Namun, dengan kaedah dan cara-cara yang tepat, anda boleh memiliki kulit muka yang sihat dan licin. Langkah-langkah tersebut bukanlah sesuatu yang menyusahkan, cuma perlukan dedikasi yang betul-betul.
Dalam entri ini, anda akan didedahkan dengan 3 langkah/cara penjagaan dan cara melicinkan kulit muka lelaki, merangkumi:
Langkah #1 : Membersih dan Exfoliate
Langkah #2 : Pelembapan
Langkah #3 : Mencukur
Tips Tambahan
Amaran dan Nasihat
Harap entri ini boleh membantu anda dan jadi lebih maskulin!
Langkah #1: Membersih dan Exfoliate
Salah satu petua untuk mendapat kulit muka yang licin adalah dengan menjaganya dengan baik. Baik membawa maksud anda kerapkan mencucinya dari sebarang kotoran dan minyak yang berlebihan. Selepas itu, anda perlu mengamalkan kaedah exfoliate yang betul. Ketahuilah langkah-langkah tersebut dibawah!
1. Pilih Pencuci Muka Yang Sesuai dengan Jenis Kulit
Pencuci muka yang berkualiti mampu membersih dengan penuh dan menghilangkan sebarang kotoran yang terdapat dalam riang roma (yang mana boleh menyebabkan masalah ruam).
Jangan menggunakan mandian badan untuk tujuan ini kerana boleh mengeringkan kulit muka dan dalam sesetengah keadaan, boleh menyebabkan iritasi kulit. Anda digalakkan untuk memilih pencuci muka yang dibuat khas dan sesuai untuk kulit muka anda.
Pencuci muka untuk menghilangkan minyak pada muka merupakan satu pilihan yang sesuai dengan semua jenis muka, lebih-lebih lagi untuk muka yang berjerawat.
Jika anda mempunyai masalah jerawat, anda perlu mencari pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, glycolic acid, ataupun benzyl peroxide. Bahan-bahan tersebut adalah kualiti anti-bakteria dan mempunyai agen merawat jerawat.
2. Mencuci Muka Setiap Hari
Mencuci muka lebih dari sekali boleh mengeringkan muka anda. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada ingin mencuci setiap pagi ataupu setiap malam, tapi jangan kedua-duanya sekali.
Jika anda ingin menyegarkan muka, anda boleh membilas muka dengan air (seperti mana anda mengambil air sembahyang), tapi jangan menggunakan pencuci muka.
Jangan menggunakan air panas semasa mencuci muka! Ia boleh keringkan muka anda dengan cepat.
Elak menggosok muka selepas cucian, sebaliknya tepuk dengan kain sehingga kering.
3. Jangan Masuk Tidur Dengan Memakai Krim Matahari (sunscreen)
Jika anda memakai produk krim pelindung matahari, adalah sebaiknya anda membilasnya sebelum masuk tidur. Kebiasaannya produk seperti ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit muka sekiranya dibiarkan terlalu lama.
4. Exfoliate Secara Berkala
Guna skrub muka (face scrub) setiap beberapa hari secara berkala boleh menghilangkan sel-sel kulit yang mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa cucian setiap hari.
Exfoliate boleh memberikan kulit anda lebih cerah dan lebih sihat. Selain itu, ia boleh memudahkan anda mencukur kerana bulu dan kulit akan menjadi lebih lembut selepas aplikasi.
Semasa menyapu face scrub tersebut, and pelu lakukan dengan perlahan-lahan. Ataupun anda boleh membeli dan menggunakan berus muka, berus yang dibuat khas untuk muka.
Sebelum aplikasi, gunakan berus tersebut untuk menanggalkan sel kulit yang sudah mati. Pastikan kulit anda kering sebelum menggunakan berus tersebut kerana ia tidak efektif semasa kulit basah.
Langkah #2: Melembapkan Kulit dan Menjaganya
Kelembapan kulit adalah salah satu faktor yang penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan licin. Mungkin lelaki kurang mengamalkan kaedah ini, namun ia boleh memberikan anda hasil yang sangat baik, cubalah!
1. Kerapkan penggunaan pelembap
Sama ada anda menggunakan krim, minyak, ataupun produk yang lain, adalah langkah terbaik sekiranya anda menggunakan pelembap setiap hari, selepas cucian.
Pelembap boleh mengekalkan keanjalan kulit dan mengelakkan kegatalan kulit. Pilih produk pelembap yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda.
Sekiranya kulit anda mudah kering, maka pilihlah pelembap yang mengandungi minyak zaitun, minyak argan, ataupun lanolin.
Sekiranya kulit anda berminyak, pilihlah pelembap yang mengandungi bahan yang tidak mengekalkan minyak pada muka anda.
2. Lembapkan Sekitar Mata
Sekiranya anda tidak melembapkan mana-mana bahagian muka, sekurang-kurangnya sapu sedikit krim pada bahagian mata. Ia boleh memberikan kesegaran kepada anda.
Mengekalkan kelembapan pada bahagian ini sangat penting kepada orang yang lebih tua, namun tidak terlalu awal jika ingin mempraktikkannya sekarang.
Anda tidak perlu membeli krim yang mahal. Gunakan pelembap yang biasa ataupun sapu sedikit minyak kelapa (coconut oil) sekitar mata anda.
3. Lembapkan Bibir
Lapisan kulit sekitar bibir tidak mempunyai kelenjar minyak sepertimana kulit yang lain, oleh itu bibir lebih cenderung untuk kering dan merekah. Gunakan lip balm ataupun minyak kelapa untuk mengekalkan kondisi bibir.
4. Guna Krim Pelindung Matahari (sunscreen)
Kulit muka mudah terjejas dengan cahaya matahari, jadi penggunaan krim pelindung matahari amat penting. Memakai cermin mata hitam juga boleh melindungi bahagian mata anda.
Langkah #3: Mencukur
Mencukur adalah amalan yang tidak asing lagi bagi seorang lelaki yang maskulin. Namun, masih ada yang tidak mencukur muka mereka dengan cara yang betul sehingga mengakibatkan luka pada muka selepas mencukur. Adakah anda kerap mengalaminya? Ketahuilah langkah yang betul dibawah!
1. Guna Pisau Cukur yang Berkualiti
Sama ada ingin mengayakan fesyen jambang ataupun misai, anda perlu menggunakan pisau cukur yang berkualiti. Dapatkan pisau yang tajam, tahan lama dan tidak berkarat. Ia mungkin agak mahal, namun anda akan berpuas hati dengan kualitinya.
Jika anda menggunakan pisau cukur pakai buang, pastikan anda memilih pisau cukur yang mempunyai dua mata (double blade). Hal ini kerana ia jauh lebih efektif dan cukurannya lebih cantik.
Anda juga boleh dapatkan pisau cukur elektrik, pastikan anda menggunakan dalam keadaan kulit yang kering.
Pisau cukur yang biasa (straight razor) juga menjadi pilihan ramai, namun anda perlukan sedikit latihan agar tidak melukakan diri sendiri.
2. Mencuci Muka Dengan Air Suam
Air yang suam boleh melembutkan kulit muka dan rambut, memudahkan anda mencukur. Anda juga dinasihatkan supaya menghilangkan kotoran dan bakteria sebelum mencukur.
3. Guna Krim Pencukur
Krim pencukur boleh melicinkan muka anda dan memudahkan pisau cukur mencukur. Jangan mencukur bulu dalam keadaan kering dan tanpa krim pencukur melainkan anda menggunakan pencukur elektrik.
Cuba dapatkan krim/gel pencukur yang kurang kandungan kimianya, sebab kadang- kadang ia boleh memudaratkan keadaan.
Jika anda mahu, anda boleh membiarkan krim pencukur tersebut pada muka anda untuk beberapa minit sebelum mencukur.
4. Gunakan Kaedah Mencukur yang Betul
Anda tidak semestinya perlu tekan dengan kuat semasa mencukur. Jika pisau itu sudah tajam, anda hanya perlu alirkan mata pisau itu pada bulu yang ingin dicukur.
Arah mencukur hendaklah mengikut arahnya, bukan lawannya.
Jika janggut ataupun misai anda sangat panjang, potongnya sependek yang mungkin dengan gunting terlebih dahulu. Kemudian barulah guna pisau cukur.
5. Bilas Muka Selepas Selesai Mencukur
Gunakan air yang sejuk untuk membilas tempat dicukur untuk mengurangkan kesan raum, ataupun kesan luka-luka kecil. Keringkan tempat cukur dengan menepuk kain, jangan menggosok!
6. Sapu pelembap kulit (moisturizer)
Anda digalakkakan untuk menggunakan produk pelembap yang boleh mengurangkan kesan cukuran. Cuma pastikan produk tersebut tidak mengandungi kandungan yang boleh memudaratkan muka selepas mencukur.
Tips Tambahan
Sebagai satu bonus, berikut adalah beberapa tips tambahan yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin:
Semasa mencuci muka, utamakan dahi, pipi dan kawasan kening kerana tempat itu mudah untuk mengeluarkan peluh dan terdedah dengan bakteria.
Bilas muka dengan air sejuk selepas mencukur keran boleh mengurangkan kesakitan dan menyegarkan muka.
Air yang suam (jangan terlalu panas) boleh membantu mengembangkan liang pori dan memudahkan proses mencukur dan mencuci muka.
Gunakan produk pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit muka anda, lebih-lebih lagi bagi orang yang menghadapi masalah kulit sensitif.
Kerapkan minum air dengan banyak untuk bantu kulit untuk hidrat
Amaran
Walaupun kami mendedahkan banyak kaedah di atas, namun anda perlu awasi beberapa perkara untuk mengelakkan berlaku sebarang masalah semasa penjagaan kulit anda.
Elakkan daripada menggunakan produk pencuci ataupun krim pencukur yang berasaskan alkohol kenara dikhuatiri boleh mengeringkan kulit dan memberikan kesan sampingan kepadanya.
Gunakan exfoliating scrubs dengan berpada-pada kerana penggunaan yang berlebihan boleh memberikan kesan yang buruk kepada muka dan mencepatkan kedut pada muka. Pastikan anda membaca panduan penggunaannya dengan sepenuhnya.
Anda akan dapat apa yang anda bayar. Perkara ini merujuk kepada produk penjagaan kulit dan produk-produk lain yang murah. Sekiranya anda menggunakan pisau cukur yang murah, janganlah pula marah sekiranya ia cepat tumpul.
Kesimpulan
Langkah-langkah dan cara melicinkan kulit muka lelaki tidaklah terlalu banyak dan tidaklah terlalu leceh untuk dilakukan. Anda hanya perlu komitmen dan rajinkan diri untuk melakukannya.
Setiap usaha yang kita lakukan pasti akan mendapat hasil.
Adakah anda pernah mencuba langkah-langkah penjagaan kulit di atas? Sekiranya ya, apa komen anda? Adakah anda mendapat hasil yang memuaskan?
sumber: www.panduansaya.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rambutan adalah buah yang popular di Malaysia. Bila tiba musim kita akan dapat lihat banyak gerai menjual buah dibuka di tepi jalan bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Untuk mengetahui tahap kemanisan rambutan tersebut, kita boleh lihat daripada jumlah hurungan semut yang ada pada rambutan. Orang kata lagi banyak semut, lagi manis.
Namun, bagaimana pula dengan orang yang mempunyai penyakit kencing manis, adakah mereka langsung tidak boleh makan rambutan kerana ia bakal menggugat tahap kandungan gula dalam badan.
“Betui ke klu mkn MOKTAN akan akibat batuk? Bahagian mana Moktan buat U batuk? Org kencing manis boleh Tak mkn Moktan? ”
A. Org dulu kan suka main teka teki:
Isinya putih, kulit berbulu,
Merah dan kuning warna berseri,
Hendak dimakan kulit dipulas,
Enak rasanya manis sekali.
La ni musim buah2an di penghujungnya. Muncul le buah MOKTAN, langsat…. Last sekali penutup tirai musim buah… CEMPEDAK le.
Doc ni HANTU MOKTAN…. Ramai luar sana gang doc kan??
B. Info doc nak share2 dgn uoll.
1. Rambutan atau nama saintifiknya Niphelium Lappaceum
Rambutan ni kaya gula spt fruktosa dan sukrosa. Lagi tinggi % gula ikut jenis moktan… Lagi manis Moktan tu. Lagi ramai SEMUT HITAM mengurung moktan yg Manis.
2. Kaya juga dgn vit A, C, protein, karbohidrat & serat
Cam2 Mineral ada spt kalsium, niacin, zat besi, potassium, fosfor, magnesium, dan zinc.
3. Dinasihatkan untk gang doc yg kencing manis
Maximum 5 biji rambutan sehari… Ok tu. Jangan over2 tau.
4. Tahap manis rambutan
Doc nak bgi tau yg lagi banyak kita mkn rambutan atau lagi MANIS rambutan yg kita mkn, maka lagi tinggi dan pekat kandungan GULA YG lekat di Kerengkung anda yg membuat ia rasa irritasi lalu anda kerap batuk2. Tpi Tiada medical proof yg kukuh dlm jurnal. Jadi bukan krn lagi lekang isi rambutan / isinya spt isi nyok… lagi batuk.Tiada ada kaitan pun. Klu anda pesakit yg mudah ALERGIK …. lgi mudah diserang batuk.
Klu uoll batuk sbb mkn banyak Moktan, bermakna saluran kerengkung anda terganggu krn terlekat manisan gula rambutan yg akibat banyak lendir terhasil disitu… Terbaik MINUM AIR SUAM PANAS terbaik melegakan situasi ini dgn mencair lendir tersebut.
APA lagi uoll dah tau secret Moktan…. Pederas le mkn Moktan sepuas hati sebelum musimnya habis.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.