Walau mahal mana pun helmet yang anda beli, pasti tidak akan lari daripada kesan calar kerana bergesel dengan pelbagai objek.
Jika terlalu banyak kesan calar, pasti akan menganggu penglihatan anda ketika sedang menunggang.
Visor helmet adalah bahagian yang paling penting untuk melindungi penunggang serta pembonceng daripada terkena air hujan, sinar matahari serta dimasuki debu. Walau bagaimanapun, ia tidak terlepas daripada kesan calar.
Disebabkan itu, MASKULIN ingin berkongsi bagaimana cara untuk membersihkan visor helmet agar penglihatan anda lebih jelas ketika menunggang dan keselamatan terjamin.
BACA: Elak Sembur Minyak & Jemur Hadap Matahari, Antara 5 Cara Betul Nak Jaga Helmet
Tanggalkan secara cermat, kerana takut jika tersalah tarik, anda berkemungkinan mematahkan sendi penting pada visor. Perhati betul-betul kedudukan skru yang mengikatnya.
Gunakan air sabun ketika mencuci visor dan bilas ia dengan air mengalir supaya kotoran yang melekat boleh hilang dengan cepat.
Permukaan visor yang masih basah perlu dicuci dengan kertas pasir halus (berukuran 1,500-2,200SW) dan lalukan di bawah air. Cuci berulang kali terutamanya bahagian yang banyak calar.
Selesai cuci, permukaan visor akan nampak kusam, tunggu beberapa saat sebelum membersihkannya.
BACA: Jika Pemilik Kereta Tidak Tahu 6 Cara Periksa Brake Pad, Nyawa Dalam Bahaya!
Keringkan visor helmet, kemudian gilap bahagian kusam dengan lilin khas atau White compound. Pastikan guna kain lap lembut untuk pastikan ia kering dan nampak berkilat.
P.s: Sebelum cuci guna kertas pasir, check dulu sama ada visor anda tahan atau tidak bila digosok dengan kertas pasir.
Cadangan MASKULIN, kalau dah banyak sangat calar, lebih baik beli visor baru.